Tuesday, November 17, 2009

Bercerita Tentang Beberapa Perkara

Banyak perkara yang ingin saya tulis dan kongsikan kepada anda. Saya rindu untuk bercerita dan mengulas serba sedikit tentang ‘Menuju Personaliti Rabbani’, program anjuran lajnah tarbiyah muslimat Gombak. Di dalamnya banyak intipati menarik yang boleh dicaknai muslim haraki yang lemah dan mula hilang semangat.


Begitu juga tentang buku ‘Kebangkitan Semula dan Pembaharuan Dalam Islam: Satu Kajian tentang Fundamentalisme Islam’, karya Fazlur Rahman. Ia hadiah daripada suami tercinta sempena hari lahir saya. Ingin sekali saya perkenalkan kepada anda tentang penulis buku ini iaitu cendikiawan Pakistan dan ilmuwan muslim moden. Jurus karya beliau lebih kepada idea perubahan atau modenisme Islam.


Penulisnya, Prof. Fazlur Rahman antara pelapor kaedah Hermeneutik dalam memahami al-Quran melalui teori “Double Movement” yang diketengahkan beliau. Mungkin istilah ‘Hermeneutik’ kurang dominan dalam lingkungan ilmu kita kecuali bagi mereka yang tekun mengkaji tentang pemikiran liberal Islam.



Saya juga mahu mengisi masa yang berbaki dengan menonton movie. Sudah tentu filem terbaru hasil illmuniti, 2012 antara dalam senarai movie pilihan. Sebelum ini, saya sudah menonton 2012: Doomsday, suatu movie yang terselit doktrin akidah Kristian tanpa sedar. Saya fikir 2012: Doomsday ialah filem terbaru yang disebut-sebut itu. Rupa-rupanya saya salah tafsiran dan membelinya. Itulah padahnya membeli CD cetak rompak tetapi saya tetap tidak akan serik-serik.



Dalam filem 2012: Doomsday, fakta berkaitan Hari Kiamat dari kacamata Islam dimanipulasi kan kepada agama Kristian traditional. Di penghujung cerita, 21 Dis 2012 yang diramal berlaku ‘Doomsday’ (kiamat) menurut Mayan Calendar tiba-tiba terhenti dan kembali tenang setelah kelahiran anak tanpa bapa dari perut ibunya di sebuah gereja (piramid) di Mexico. Mungkin mesej di sebaliknya ialah kelahiran ‘Nabi Isa’ (Jesus) semula ke dunia bakal menyelamat penganut Kristian dari kemusnahan dunia.


"Mereka mengadakan tipudaya, sedangkan Allah juga mengadakan tipudaya. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pembuat tipudaya." ( Ali Imran:54)


Saya mencadangkan kepada anda untuk membaca buku berkaitan Gerakan Freemasonary. Buku tersebut membantu kita mengenali secara lebih dekat dan mendalam tentang gerakan penentangan terhadap Islam dan dakyah musuh-musuh Islam.


Lambang Freemasonry atau Vrijmetselarij.

Nampaknya, mereka makin ke hadapan dan industri filem tanahair seakan merestui apa yang mereka lakukan. Justeru, keluarlah movie Senario Beach Boy mengisi keluangan cuti sekolah dan kelompangan akidah anak kita. Saya menanti mesej terselindung di sebalik 2012 pula. Bagaimanapun, saya tidak berniat menontonnya di pawagam. Seperti biasa, saya akan menanti makcik saya membeli CD tersebut lalu meminjamnya atau saya mencari sendiri di pasar malam.


Namun begitu, banyak hasrat-hasrat saya di atas belum mampu ditunaikan setakat ini. 2009 bakal melabuh tirai dan diganti dengan tirai yang baru. Saya sedang diasak dengan idea-idea perubahan kepada Nisa’ dan Dewan Muslimat untuk 2010 nanti. Asakan perubahan ini tercetus dari karektor sukakan kemajuan. Ya, saya dambakan kelainan dan mudah jemu dengan sesuatu yang sudah sebati.


Jika movie 2012 menjanjikan momentum illuminati yang menggugat Islam, maka setiap pendakwah harus menjadikan tahun 2010 sebagai movie perjuangan masing-masing. Movie ini harus terdiri dari bukan watak-watak tertawan yang lemah, jumud, tidak mahu berubah dan berada di takok lama. Perancangan wajib bermula sekarang juga sebelum 2010 menjengah muka.


Pakar teori politik, Thomas Paine berkata,

“Saya suka orang yang masih mampu tersenyum semasa dalam kesusahan, yang mampu mengumpulkan semangat semasa dalam kedukaan, dan menjadi berani melalui fikiran.”


Berani melahirkan keyakinan. Keyakinan ialah formula untuk meningkat naik.



1 Comentário:

nur 'adli azhari said...

great view!

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO