Wednesday, November 11, 2009

Kritikan Seminar Memperkasakan PAS


Saya sukakan sesi komentar dalam Facebook antara saya dan Raunsyanfikir berkenaan satu kritikan olehnya tentang Seminar Memperkasakan PAS yang lalu.



Beliau menyatakan:

"Cara berfikir seperti UMNO dan cara bekerja seperti kakitangan awam masih banyak dalam PAS. Sukar untuk berubah."

"Tiada ta'dib, jumud, taksub, tiada budaya ilmu yang tulen, indoktrinasi, malas membaca, syok sendiri, emosional, keliru antara kepentingan teori dan praktis, etc. Senang cerita PAS memang perlu reform bukan saja Hj Hadi tapi sistem sekali. Gerakan Islam diambang kehilangan stim."

"Saya tak boleh blah Haji Hadi dan sekutunya tidak langsung menjawab kritikan Dr. Abu Hasan Hasbullah dan Prof. Aziz Bari dengan hujah yang kemas sebaliknya menyangkal dengan emosional."




Saya mempunyai pandangan yang selaras dengan beliau. Saya cuba untuk mengimbangi kritikan tersebut dengan pandangan saya selaku wakil media yang berpeluang hadir dalam seminar tersebut.
"Akak hadir ke seminar memperkasakan PAS tempoh hari sebagai ajk pelaksana & wakil media. Akak terima jika dikatakan ahli berhujah tidak kemas dan emosional. Tetapi kritikan kepada Haji Hadi seperti di atas tidak betul.

Akak melihat Haji Hadi tidak langsung beremosional, malah lebih banyak berdiam, menyalin kritikan, tenang dan sangat dikagumi responnya.

Manakala dari ahli sendiri memang begitu. Ahli perlu banyak belajar dan perlu difahami tidak semua ahli PAS golongan terpelajar. Mereka dari pelbagai latar dan environment.

Jika itu yang terlihat kepada ahli PAS, maka kekurangan itu lebih adil dipulangkan kepada peribadi ahli, bukan kepada parti keseluruhan. Sebab tarbiyah parti amat mendidik ahlinya lebih beradab, berilmu dan tidak beremosi.

Adakalanya akak kurang berpuas hati dengan sistem tarbiyah PAS yang kurang menyengat dalam pembentukan ahli. Namun akak sangat suka untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan perlaksana yang menjana perubahan itu dengan perkataan dan tangan ini.

Kadang-kadang PAS terjerat antara sindrom 'ahli membentuk keadaan' atau 'keadaan membentuk ahli'. Jika kita mengambil keseimbangan keduanya, kita boleh fahami PAS mampu membentuk ahli dalam lingkungan memahami keadaan ahli yang pelbagai ragam, latar, tahap umur, pelajaran, pemikiran dan lain-lain. Jika anda mahu merasai proses betapa sukarnya membentuk ahli mengikut pandangan anda, silalah turun ke cawangan-cawangan terlebih dahulu. Cukup buat permulaan...
"

Seterusnya, saya sangat sukakan respon Rausyanfikir dalam menjawab kembali komentar saya di atas.


Saya bersetuju dengan pandangan Uztaz Zolkharnain Abidin bahawa seminar politik PAS sabtu lalu seperti "gulai yang pernah dimakan sebelum ini.

"Kalau tiada (Prof) Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, tiada yang baru kepada seminar itu, kecuali mengulangi komitmen lama yang memang telah diketahui umum," tulis bekas exco Pemuda PAS itu dalam blognya semalam.

Sebahagian besar pembahas yang membahaskan Ucaptama Presiden tidak memberi cadangan konkrit untuk memperkasakan parti. Sebaliknya mereka lebih gemar memberikan kuliah atau berceramah, tidak menjurus kepada objektif seminar iaitu merungkaikan semua masalah yang ada.

Perkara paling penting sepatutnya dibincang ialah apakah 'root cause' atau penyebab kepada parti tidak perkasa dan bermasalah. Selepas itu pembahas sepatutnya memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Lebih dikesalkan ada pimpinan yang menghentam tetamu yang dijemput iaitu Dr Aziz Bari. Ini ibarat panggil orang makan kenduri selepas pukul tetamu kita sendiri yang sedang makan nasi kenduri." sumber: http://mutaligat.blogspot.com/2009/11/seminar-tidak-capai-objektif-100.html

Bagi saya sekali lagi apa yang berlaku adalah masalah epistemologi PAS yang bertitik tolak dalam arena Siasah secara tegar.

Ada baiknya saya cadang akak buat kajian semula berkenaan bagaimana Anwar Ibrahim pada zaman ABIM dan PKPIM mampu membawa gagasan yang besar lagi kompleks dan pada masa yang sama tidak kira pakcik makcik kelas rendah atau menengah tetap mampu mengikuti idea tersebut.

Boleh juga buat kajian berkenaan gerakan Gulen yang mirip ABIM zaman Anwar.

Kalau DAP boleh, PKR boleh, mengapa kita tidak?

Saya melihat sindrom ini berlaku tak kira kampus, luar negara atau dalam PAS pusat sendiri.

Tesis saya masih sama: PAS ada masalah epistemologi perjuangan."

Kemudian, beliau mencadangkan kepada saya untuk merujuk artikel beliau yang terdahulu.


http://rausyanfikir.com/2009/04/fiqh-al-hadharah-satu-renungan-awal.html

http://rausyanfikir.com/2009/05/fiqh-al-hadharah-satu-renungan-awal.html

http://rausyanfikir.com/2009/05/fiqh-al-hadharah-satu-renungan-awal_10.html



Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO