Tuesday, January 19, 2010

Pimpin Diri Sendiri

Pada team building Nisa' Gombak yang lalu, saya telah membentangkan satu tajuk 'Apa Yang Pemimpin perlu urus?'. Bertepatan dengannya, saya menyentuh tentang aspek kepimpinan diri yang sepatutnya harus diselesaikan oleh sesiapa yang mahu menjadi pemimpin termasuk saya. Secara tidak langsung tunjang kepimpinan efektif bermula dengan memimpin dan mengurus diri.


Bersumberkan buku Pemimpin 360 darjah tulisan John C.Maxwell, ada 7 perkara yang mesti diurus iaitu mengurus emosi, mengurus masa, mengurus keutamaan, mengurus tenaga, mengurus fikiran, mengurus ucapan dan mengurus kehidupan peribadi.


Terlalu sedikit daripada kita yang berjaya memimpin dan mengurus diri. Saya katakan kepada sahabat Nisa', untuk mengurus organisasi dengan baik, lihat bagaimana kita mengurus diri. Untuk melihat ketelitian dan kesempurnaan dalam gerak kerja organisasi, nilai juga bagaimana ketelitian dan kesempurnaan solat kita. Pimpin dan urus organisasi adalah jelmaan kepada pimpin dan urus diri.


Di bawah ini, saya letakkan slaid pembentangan tersebut kerana kekangan masa menulis. Jika ada pandangan, kritikan dan soalan, boleh tinggalkan di ruang komentar di bawah. Kemungkinan slaid tersebut kurang jelas atau kurang difahami.














1 comment: