JANGAN OPTIMIS MESKIPUN DALAM KETAATAN
Kehidupan yang dilalui oleh manusia ibarat susunan angka dalam carta matematik. Setiap susunan angka tidak memberikan kesimpulan kecuali pada angka yang terakhir merupakan jawapan yang sebenar. Pada angka penyudah itulah akan diketahui sama ada jawapan itu betul atau salah.
Begitulah...
Kematian sebagai kesudahan hidup yang memberi jawapan betul atau salah, husnul khatimah atau su’ul khatimah...
Jangan optimis meskipun anda seorang da’i kerana da’i sekarang mungkin bukan lagi da’i esok...beriman sekarang mungkin bukan lagi berimannya esok!
4 Comentários:
Salam.. Ana amat tertarik dengan tajuk yang ingin dikupaskan.. Namun ana masih tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan ( mungkin kerana ilmu dan daya pemikiran ana terlalu rendah).. Ana inginkan penjelasan yang lebih tepat mengenai OPTIMIS itu sendiri dan kepada apa ia ditujukan.. Mungkin enti boleh menerangkan dalam bentuk situasi..
Wallahualam...
kita selalu mendengar kisah abid pada zaman dulu, terkenal dengan seorang yg beriman dan sangat kuat beribadah tetapi mengakhiri kehidupannya dengan suul khatimah bila dia mati dlm maksiat & tidak sempat bertaubat. sbg cth kisah seorang abid yg telah berzina dgn seorang gadis yg datang bertabib dgnnya (kita biasa mendengar kisah ini). kerana hasutan syaitan abid itu akhirnya berzina wlupun dia seorang abid, hamba yg soleh.
begitu juga kita mendengar kisah seorang yg zalim membunuh 100 orang tetapi dia memohon taubat kepada Allah & akhirnya diterima sebagai seorang yg husnul khatimah & mendapat rahmat syurga Allah.
2 situasi yg saya jelaskan di atas menggambarkan kpd kita jgn optimis meskipun kita skrg dlm ketaatan krn kita tidak dapat menjangkakan adakah kita akn mengakhiri kehidupan kita baik atau buruk? itulah yg ana analogikan sbg ilmu matematik. penghujung angka itu menentukan betul atau salah.
Allah itu mampu membolak-balikkan hati manusia, sebab itu slps solat kita slu berdoa dgn doa rabbana la tuzi'kulu bana..(ya allah jgn kau bolak-balikkan hatiku...). kita amat berharap agar iman kita sentiasa kekal atau semakin bertambah dari hari ke hari krn kita amat rungsing tidak mustahil kita akn semakin jauh dari Allah, semakin jauh dari perjuangan bila pelbagai ujian yg Allah berikan kpd kita pada hari-hari akan datang.
itulah maksud ana jgn optimistik atau jgn terlalu berpandangan jauh tentang kehidupan kita hari ini. ada orang zalim yg akhirnya bertaubat namun ada orang beriman akhirnya kufur dengan nikmat.
sifat tidak terlalu optimistik inilah yg akan menjadikan kita sentiasa menghisab diri, istiqamahkan diri dgn kebaikan, mengingati mati dan takut melakukan maksiat krn kita tidak pasti apakah penghujung kehidupan kita. Ini yg rasulullah selalu berpesan pada kita. krn itulah ada doa yg mengajar kita, "akhirilah hidupku dgn husnul khatimah dan jgnlah Kau akhiri hidupku dgn suul khatimah.
jangan optimistik meskipun dlm ketaatan adalah satu proses mengingati mati.kita menikmati syurga Allah bukan dengan nilaian ibadah krn nikmat sebiji mata ini belum mampu dibayar dgn ibadah seribu tahun. tetapi kita dapat nikmat syurga krn rahmat Allah. Dan Rahmat Allah inilah menyebabkan orang yg membunuh 100 org manusia tadi memdapat keampunan Allah diakhir hidupnya dan orang yg hanya memberi anjing minum air masuk syurga. adakah kita rasa kita sedang dlm ketaatan ini akan mendapat rahmat dan syurga Allah menyebabkan kita mudah menghentam dan menyalahkan orang jahil dan zalim dengan penuh ego? mungkin mereka akhirnya bertaubat tetapi kita pula akhirnya semakin kufur dgn Allah...
assalamualaikum warahmatullah...
ana just nak share di sini... ada suatu doa yang selalu Rasulullah saw galakkan untuk kita amalkan
'Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala deenik'
ya ALLAH yang berkuasa membolak balik kan hati kami, tetapkanlah hati kami di dalam agamaMU
wallahua'lam...
salam..
bg ana, tiada salah optimis. krn Allah tlh menjanjikan ganjaran n pahala bg stp yg kita lakukn..
tp kita perlu sedar krn apa kita b'sikap optimis tu.. apakah matlamat n niat kita. apakah sudah jelas? krn optimis tanpa niat n matlamat yg jelas sering membuatkan kita tersasar n tidak istiqomah. jd, apa pun niat yg benar2 ikhlas kerana Allah ta'ala tidak mudah diganggu gugat oleh syaitan n iblis laknatullah! sprt yg tlh drakamkan di dalm alquran berkenaan janji iblis yg akan menyesatkan umat manusia melainkan hamba2nya yg ikhlas.. jd, dgn keikhlasan hati mudah2an Allah pelihara kita. n agar kita tahu matlamat sebenar kita adalah akhirat, hidup d dunia hnya smentara n penuh tipu daya. mudah2an Allah pelihara kita. sesungguhnya Allah tidak akan menyia2kn 'amal hamba2Nya yg benar2 beriman pdNya. itu keyakinan ita. wAllahua'lam
Post a Comment