BERKUASA DENGAN JIWA, BUKAN EMOSI
Biar siapa pun kita, sama ada kita duduk atas timbangan atau sudah naik ke bulan mahupun bermata satu, yang pastinya kita sudah pun tidak berupaya. Kita sudah pun menjadi bangsa yang hampir gugur akibat kuasa yang ada di tangan. Kita berpecah akibat kuasa yang kita ingin perjuangkan tetapi tanpa sedar kita memberi orang lain berkuasa kerana kita sibuk untuk bertelagah.
Kuasa yang kita perjuangkan itu tiada erti bila kuasa itu kita perjuangkan untuk diri sendiri, kita bukan pertahankan kedaulatan bangsa tetapi kepapaan diri. Diri yang sudah jatuh miskin akibat jiwa yang kosong. Kuasa hanya boleh dipertahankan apabila kita meletakkan Allah s.w.t sebagai pemandu utama dalam perjuangan. Jika kita lihat zaman sahabat juga begitu, apabila kita meletakkan diri sebagai wadah untuk berkuasa maka sistem khalifah menjadi kucar-kacir.
Berkuasalah dengan jiwa bukan emosi agar kuasa tidak menguasai kita. Jika kita benar-benar ingin mendaulatkan bangsa, meninggikan darjat beragama, lihatlah pertikaian yang ada ini boleh membuat kita kuat atau sebenarnya menjadi wayang gambar yang menghiburkan orang lain.
1 Comentário:
salam ustazah..
mmg tak dinafikan ramai yg inginkan kuasa untuk kepentingan diri..mnyebbkan rakyat terus menderita, menteri terus bebas melakukan apa2 ikut selera msg2...mana tak nye, undang2, hakim, polis semuanye boleh DIBELI oleh menteri yg tak ada akal..
sebb tu, kiter perlu lah pilih pemimpin yg selanyaknya untuk berada diatas agar semua pihak mndapat keadilan...
dan ciri yg terpenting adalah mewarisi ciri2 nabi Muhammad SAW..
Post a Comment