Antara 'SEPI' dan 'CINTA'
Saya bukan ingin mengulas tentang filem SEPI mahupun filem CINTA, atau...
Saya bukan sedang dilanda SEPI atau sedang dilamun CINTA...
Saya berharap agar perasaan SEPI itu tidak hadir...
Dan jika ia datang...
Moga-moga perasaan CINTA itu boleh menutupi perasaan SEPI
CINTA pada Tuhan,
CINTA pada Manusia,
CINTA pada Makhluk dan,
CINTA pada Perjuangan ini.
Bila waktu telah berakhir
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi
Jangan ada SEPI, hadirlah CINTA
Biarkan SEPI itu terus menyepi
Dan CINTA mengambil tempatnya
2 Comentários:
Salam...
CINTA insan tak ada nilainya bila hati telah terluka.
SEPI begitu berharga bila ketenangan memenuhi jiwa.
Semoga Allah memenuhi jiwa kita dengan CINTA dan SEPI yang hanya membawa kita dekat padaNYA
sepi itu suatu seksaan bagi mereka yang tidak faham akan erti hidup bertuhan, sedang sepi tiada erti dalam beragama, cuma yang ada adalah sendiri, sendiri itu anugerah ALLAH swt kepada kt pada suatu masa itu hanya kita berdua-duaan denganNYA..memahami DIA sebagai pencipta dan kita sebagai hamba, memahami cinta yang telah lama hadir mengiringi namun buta di mata manusia yang tidak mahu memandang dari kaca mata iman dan hati...moga kita semua sentiasa celik menilai ujian dan anugerah, mengenal cinta berbanding keinginan, mengenal peranan bukan kehendak
Post a Comment