Friday, August 1, 2008

ADIKKU NAHWAN DAN MIMAR KOCA SINAN



Kagum…


Saya amat mengkagumi senibina bangunan di Dubai. Teruja melihat kehebatan teknologi yang digunakan dan perasaan kagum itu semakin menebal apabila negara yang membangun dengan bidang senibina ini adalah Arab, negara umat Islam. Wah, kita juga mampu menjadi seperti Jepun, seperti Amerika dan Cina. Fikir saya dengan akal yang dangkal dan ilmu yang sedikit. Kagum melihat senibina Al-Burj Dubai dan The Palm melalui foto-foto kenalan friendster seorang pengurus projek di Dubai.



Angan-angan yang kadang-kadang kejap di hati saya, alangkah seronok jika dapat bekerja di Dubai lalu membawa pulang ilmu kejuruteraan mereka ke Malaysia. Jika Dubai hebat dengan senibinanya, Jepun dengan kecanggihan teknologinya, dan Amerika semakin tercabar dengan Iran melalui projek Nuklearnya.. Malaysia? Oh, Malaysia kaya dengan program reality show nya, menghasilkan ramai artis-artis mee segera dan rakyat hedonisme. Bentak saya.


Ohh..rupanya saya tidak berfikir jauh


Minggu lepas, sempat ber YM dengan adikku nahwanNur. Saya meminta pandangan nahwan tentang senibina Al-Burj dan The Palm. Adik Nahwan mengambil jurusan senibina, tentu lebih bijak menilai dan berbeza pandangan daripada saya. Saya nyatakan pandangan nahwan tentang senibina Dubai ini.


"Pada saya senibina dan perancangan di Dubai banyak melawan hukum alam. Sememangnya unik dan teknologinya masyaALLAH hebat. Sungguh kadangkala jangkauan otak tak sampai ke tahap itu. Maksud saya yang melawani hukum alam ialah contoh yang kita lihat kepada The Palm. Mengikut apa yang kami belajar dan tentunya ustzh pun belajar tentang pembinaan man-made island yang melibatkan pelbagai proses dari menggali, menimbus, menyedut dan sebagainya, lalu itu semua tentu memakan ribuan malahan jutaan duit. Satu, fitrah islam tolak, pembaziran. Kedua, melawan hukum alam, dengan satu fakta pembinaan man-made island adalah mengubah corak ombak. Corak ombak semulajadi merupakan suatu kejadian yang cukup sempurna mengikut maha suci ALLAH swt yang maha mengetahui. Dan perubahan arah ombak telah memberi kesan kepada kawasan lainnya. Kawasan sekelilingnya bakal menghadapi kekuatan hentaman ombak yang jauh berbeza dari sebelumnya dan membawa kepada kemungkinan hakisan yang teruk"



"
Dulu sewaktu di tahun akhir, saya ada belajar subjek reclamation and the palm is one of the famous issue. Lagi satu, ia telah mengganggu ekosistem hidupan laut. Berapa puluhan hidupan terpaksa berpindah kawasan dan mungkin menjadi mangsa rakusnya manusia untuk membina suatu tamadun high-teknologi. Perpindahan habitat hidupan lain tidak seperti manusia...manusia mungkin boleh survive atas kelebihan yang ALLAH swt bagi namun hidupan lain tidak, mereka akan terus menghadapi kepupusan lalu tidak lagi wujud di dunia. Lagi satu tentang senibina bangunan di Dubai, ada certain yang tidak diberitahu ketinggiannya dek kerana tidak mahu ada yang melawani ketinggiannya dalam masa terdekat. Ini semua saya lihat suatu perasaan ujub dan ego menolak ada yg lebih dari apa yg kita bina"


"Akak kenal Mimar Koca Sinan? Dia ada kata, janganlah kamu memandang tinggi aku atas apa yang aku bina, tapi pandanglah apa yang aku bina untuk sesuatu yg boleh di manfaatkan buat agamamu. Kalau nak tahu di setiap bangunan yang Sinan bina, di atas bumbung akan ada ayat ni: 'Glory praise to ALLAH who the real creator of heaven/earth without a single pillar'-ayatul quran. Dan bila orang tanya, dia akan kata, pujian itu hanya layak buat ALLAH yang merupakan pencipta sebenar atas sesuatu, dan dia (as architect/engineer) hanya melakukan atas kebenaran ALLAH swt. Dan dia juga menyatakan...sesiapa yang mahu menjadi architect/engineer/designer sebenar-benarnya haruslah memahami agama"


"I dont really agree with the development at Dubai yang mana dalam masa yang sama bangunan-bangunan di Iraq, Palestin etc roboh. Kalau kita concern, it won’t happen until semua negera bergolak aman. Selain itu, pembangunan tidak harus membelakangkan alam. Kita hidup sebagai arkitek atau engineer bukan hanya untuk manusia, but for entire universe. Alam dan hidupan lain juga makhluk ALLAH swt"


Jelas panjang lebar oleh nahwan.


Penjelasan nahwan menyebabkan saya semakin kagum. Bukan lagi kagum dengan senibina Dubai. Tetapi kagum dengan adikku Nahwan dan mungkin juga Mimar Koca Sinan.


Jika anda seorang arkitek dan jurutera muslim, apakah pemikiran anda?

4 Comentários:

Anonymous said...

assalamualaikum kak,

Jangan di kagum manusia, tetapi kagumlah kepada ilmu ALLAH swt yang mereka miliki, dan jangan di benci manusia, tetapi bencilah perangainya lalu doakan mereka berubah dengan sebaik akhlak nantinya.

saya kagum juga dengan keperibadian mimar koca sinan dan berharap diri bisa menjadi sepertinya dan semua arkitek dan jurutera muslim punya pemikiran sepertinya.

Apapun, kita pulangkan kembali semua pujian kepada yang hak, ALLAH swt yang menciptakan bumi tanpa tiang dan membenarkan kita [dengan kekuasaannya] membina suatu peradaban dunia yang kelak jika di lakukan dalam syariat nya, insyaALLAH menjadi manfaat buat kita di akhirat kelak.

p/s: syukran ya ukht. sy ingat akak main-main semalam. Tapi, sy rasa kurang layak untuk di jadikan tajuk perbincangan, terlalu kerdil. Ala kullihal, jazakallahu khairan katsira

Nurhidayah Jaafar said...

assalamualaikum. syukron ats komen adikku nahwan.

tdk salah kadang-kadang kita mengkagumi manusia asalkan kagumnya itu tidak menyebabkan dia lalai mengingati bahawa Allah lebih layak diperbesarkan dari segala-galanya. kekaguman itu kita kembalikan kepada Allah. manusia juga punyai kelebihan untuk dihargai dan dicontohi oleh orang lain.

kagum ilmu seseorang dan mengembalikan rasa kagum itu kepada Pencipta nikmat yang menyebabkan kita merasai kagum.

semoga dirimu yang dijadikan tajuk perbincangan lebih bermotivasi untuk mencari ilmu dan menghargainya kerana kamu akan rasakan ilmumu itu amat berguna untuk dikongsi dan difikir-fikirkan.

akak terfikir untuk menghargai adik walaupun kita hanya banyak berinteraksi melalui blog dan baru berjumpa sekejap semalam..namun nikmat ketenangan bertemu masih kekal hingga saat ini. dan apa salahnya jika akk menambahkan rasa penghargaan ini dengan mem'post' artikel ini sebagai cara menghargai seorang sahabat dan seorang adik.

sesungguhnya, segala pujian tetap milik Allah...

hargailah hadiah sebuah pertemuan itu.

suara said...

Salam.

Saya bukanlah engineer dan bukan juga arkitek. Saya tak pandai mengulas ttg senibina sbb ilmu tak sampai ke tahap itu. Tapi saya bangga menemui dua insan yg punya ilmu yg tinggi dan pemikiran yg luas seperti kalian.

Semakin meningkat usia, saya semakin faham bahawa segala ilmu yang wujud di dunia ini semakin hilang ’kemanusiaan’nya bila ia dikuasai dan diterajui oleh mereka yang alpa tentang kehadiran Tuhan.

Dunia sedikit demi sedikit menuju kearah kemusnahan bila ilmu yang seharusnya mampu menyumbang kearah kebaikan tapi sudahnya menjadi penyebab kepada kemusnahan.

Semoga Allah sentiasa memelihara hati kita.

Ibnurashidi said...

salam..

Tidak ada perkataan lain ingin ana sebutkan melainkan "antara tanda2 akan berlaku kiamat ialah manusia berlawan mendirikan bangunan pencakar langit"...

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO