Wednesday, December 10, 2008

ARTIS BERTUDUNG? OH, BAHAGIANYA






Artikel ini merupakan ‘bicara editor: Wanita, kita boleh!, Majalah Muslimah Bil 203.


MUSLIMAH mula meletakkan artis sebagai penghias kulit depan pada tahun 1991 iaitu ketika penyanyi terkenal ketika itu, Rahimah Rahim berhijrah dengan tampil bertudung. Ketika itu, jualan MUSLIMAH umpama goreng pisang panas. Kemudian pada 1994 pula, sekali lagi MUSLIMAH menjadi tumpuan apabila seniwati Sarimah (kini Datuk) pula dijadikan penghias kulit depan, juga selepas beliau mengambil keputusan untuk bertudung. Dan diikuti pula pada tahun 2000, Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy) juga mengambil langkah yang sama selepas kembali mengerjakan umrah. MUSLIMAH mencatat jualan yang membanggakan menerusi ketiga-tiga keluaran ini.


Selain selebriti, kami turut menampilkan pengacara televisyen yang mengambil langkah serupa menghias muka depan MUSLIMAH. Nyata pembaca ingin mengetahui kisah dan iktibar penghijrahan mereka. Dan sebagai public figure, mereka mendapat perhatian pembaca.


Bermula Januari 2008 pula, kami mencuba pendekatan baru dengan meletakkan artis biasa (yang belum bertudung) tetapi tampil dengan imej bertudung. Nyata sambutan juga amat menggalakkan sama ada dari pembaca mahupun mereka (artis) sendiri. Semoga dengan langkah ini mereka terbuka untuk berhijrah seperti rakan-rakan artis yang sebelumnya. Malah hari ini, semakin ramai artis-artis wanita serta selebriti televisyen sudah mula bertudung dan ternyata khidmat mereka tetap cemerlang, tiada cacat celanya.


Mendekati mereka, ternyata mereka juga seperti kita. Kehidupan kanak-kanak mereka sama seperti kita dulu, pulang dari sekolah rendah, terus pula ke sekolah agama. Asasnya, mereka mendapat pendidikan agama sejak kecil di samping galakan daripada ibu bapa. Meningkat remaja mereka mula mengenali dunia hiburan, lantaran minat yang mendalam mereka menceburi bidang ini. “Dunia ini terlalu banyak cabarannya”. Ramai di kalangan artis veteran telah berubah, mengeluarkan pendapat sedimikian.


Tertarik dengan pandangan aktivis teater dan pengkritik filem tanahair, Faisal Tehrani yang berpendapat tidak semua artis jahil atau teruk akhlaknya. Mereka juga ingin beramal, jika tidak mereka tidak menunaikan umrah saban tahun, bersedakah dan meraikan anak yatim. Saya bersetuju. Rata-rata kita meraikan mereka setelah mereka berhijrah sedangkan semasa mereka perlukan bimbingan, kita mengutuk mereka. Apakah peranan dan langkah kita untuk membimbing mereka? Mereka sama seperti kita, bezanya mereka di alam glamour. Kami mendekati mereka menerusi dunia penulisan, kepada anda semua, mulakan langkah mengikut cabang kemahiran, kemampuan dan kuasa yang ada.


Agak-agak siapa artis yang tampil bertudung selepas ini? Nak tahu, belilah MUSLIMAH!


3 Comentários:

Anonymous said...

Saya jarang jumpa Majalan Muslimah ni. Selaluny jumpa Anis, Majalah I, dan bnyak majalah lain.

Tapi saya akan cari majalah ni...TQ untuk info nih....

Anonymous said...

oh, mjlh ni mmg susah sket nak dijumpai. mungkin sbb dia comel saiznya berbanding mjlh lain yg tebal. Cuma dia ada kelainan berbanding majalah islam yg lain.

InsyaALLAH, yang pasti MUSLIMAH bukan membawa islam sekular @ islam separuh-separuh. Mungkin ada yg kata ianya ada bau-bau pembangkang, tp taklah bau sgt. Berani kerana benar prinsipnya!

selamat mencari, kalau tak jumpa bgtau saya.

RrR said...

ya.. saya sangat bersetuju dengan ustazah-engineer... artis pun macam manusia biasa inginkan kebaikan... kalau mereka buat perubahan, memang mendapat tarikan... seperti Yusuf Islam, Dawud Wharnby..micheal jackson (aka mikael)...

salaam

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO