FALSAFAH INTERAKSI MANUSIA
Nisa’ Pillow Talk ’08 berakhir ahad lepas. Program yang telah menyatukan hati-hati kami dengan kecintaan dan kerinduan persahabatan yang dalam.
Program Nisa’ Gombak kali ini memberi ruang seluas-luasnya untuk masing-masing saling berinteraksi. Daripada interaksi, kita mengkoreksi diri. Belajar memahami dahulu dan kemudian
Apa yang saya pelajari dari Nisa’ Pillow Talk?
Saya amat meminati kemahiran interaksi manusia. Rata-rata bahan pembacaan yang saya miliki juga ke arah itu. Kerana itu, saya cenderung kepada melihat, mengkaji, menganalisa dan mempelajari falsafah dan psikologi manusia itu sendiri. Saya
Pertama: Falsafah Menang-Menang
Menang-Menang adalah rangka pemikiran dan perasaan yang sentiasa mencari faedah bersama dalam semua interaksi manusia. Menang-Menang bermakna persetujuan dan penyelesaian untuk kepentingan bersama dan kepuasan bersama. Falsafah ini memandang kehidupan sebagai bidang kerjasama, bukan bidang pertandingan. Ia berdasarkan paradigma bahawa ada manfaat untuk semua dan kejayaan seorang tidak diperoleh daripada kegagalan orang lain.
Kedua: Falsafah Menang-Kalah
Satu alternatif kepada Menang-Menang ialah Menang-Kalah. Kebanyakan orang telah diberi ajaran Menang-Kalah sejak lahir. Antara kuasa kuat yang paling utama dan penting dalam ajaran ini ialah keluarga. Apabila seorang anak dibandingkan dengan anak yang lain – apabila kesabaran, kesefahaman atau kasih sayang diberi atau ditarik balik berasaskan perbandingan antara satu sama lain.
Dalam persahabatan atas landasan dakwah pun begitu juga. Sebahagian kehidupan mereka ialah realiti saling bergantungan, bukan kebebasan individu. Kebanyakan hasil usaha bergantung kepada kerjasama antara kita dengan orang lain. Mentaliti Menang-Kalah tidak berfungsi dalam kerjasama.
Ketiga: Falsafah Kalah-Menang
“Aku kalah, Kau menang”. “Teruskanlah, buatlah apa yang kau nak buat”. “Yang penting damai, bukan bergaduh”.
Orang begini biasanya ingin memujuk hati orang lain sahaja atau cepat hendak memuaskan hati orang lain. Mereka tiada permintaan, tiada jangkaan, tiada wawasan dalam perhubungan. Mereka kurang berani untuk melahirkan perasaan atau kepercayaan sendiri. Mereka mudah terancam dengan keegoan orang lain.
Masalah dengan orang Kalah-Menang ialah mereka banyak memendam perasaan. Perasaan yang tidak dilahirkan tidak akan lesap begitu sahaja; perasaan ini terbenam dan mungkin dilahirkan secara tidak sihat. Penyakit psikosomatik, terutama sekali penyakit sistem penafasan, saraf dan peredaran seringkali merupakan kesan perasaan sakit hati, kecewa dan hampa yang terkumpul disebabkan oleh pemendaman mentaliti Kalah-Menang. Kemarahan yang berlebihan, reaksi keterlaluan terhadap provokasi kecil dan sifat sinis juga merupakan penjelmaan emosi terpendam.
Orang yang sentiasa memendam perasaan mereka dan tidak melahirkannya ke arah yang lebih bermakna akan mendapati mutu penghargaan kendiri terjejas dan akhirnya mutu perhubungan mereka dengan orang lain juga merosot.
Keempat: Falsafah Kalah-Kalah
Apabila dua orang Menang-Kalah ada bersama iaitu apabila dua individu yang tegas, degil, egois berinteraksi, hasilnya ialah Kalah-Kalah. Kedua-duanya akan saling membalas.
Kalah-Kalah juga merupakan falsafah orang yang bersifat terlalu bebas dan sentiasa memikirkan orang lain patut sepertinya. “Jika tiada orang yang menang, kalah pun jadilah”.
Kelima: Falsafah Menang
Suatu alternatif yang biasa ialah berfikir untuk Menang. Orang yang memiliki mentaliti Menang tidak semestinya mahu orang lain mengalah. Apa yang paling penting ialah mereka mesti dapat apa yang mereka mahu.
Menang biasa digunakan dalam perundingan harian. Mereka berfikir dari segi mencapai tujuan sendiri dan membiarkan orang lain mencapai tujuan masing-masing.
Keenam: Falsafah Menang-Menang atau Tak Main
Jika kedua-dua individu itu tidak mencapai penyelesaian sinergi iaitu penyelesaian yang memuaskan kedua-dua pihak, maka pemilihan terhadap falsafah ini lebih sesuai. – Tak Main
Tak main pada asasnya bermakna jika kita tidak dapat mencapai penyelesaian yang memanfaatkan kita, kita patut bersetuju untuk tidak bersetuju – Tak Main. Apabila kita berada dalam situasi Tak Main dalam pilihan minda kita, kita akan bebas daripada memanipulasi orang lain, menonjolkan agenda kita sendiri dan memaksa orang lain menerima kehendak kita. Kita dapat bertindak secara terbuka.
Dengan adanya Tak Main sebagai pilihan, kita dapat berkata dengan jujur.
“Saya hanya mahukan Menang-Menang. Saya mahu menang dan saya mahu anda menang. Saya tak mahu mencapai tujuan saya dengan menghampakan anda. Anda juga tidak akan berasa selesa jika anda yang berjaya dan saya kalah. Jadi, kita patut mencuba mencapai Menang-Menang dengan sedaya upaya. Kalau tiada penyelesaian juga, lebih baik kita tidak membuat sebarang keputusan. Lebih baik kita tidak bersekutu daripada kita membuat keputusan yang tidak sesuai untuk kita berdua. Mungkin lain kali, kita akan
Pilihan Mana yang Paling Baik?.
Antara enam falsafah di atas – Menang-Menang, Menang-Kalah, Kalah-Menang, Kalah-Kalah, Menang dan Tak Main, manakah yang paling berkesan?
Jawapannya ialah bergantung kepada keadaan.
Namun, walau apa jua keadaan, setiap orang tentu tidak dapat mengelak daripada realiti saling bergantungan. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain khususnya dalam merencana gerak kerja dakwah yang memerlukan kerjasama. Menang-Menang ialah falsafah yang paling sesuai. Bidang dakwah adalah merupakan bidang kerjasama.
Anda tentu sudah banyak kali menonton kartun wonderpets bukan?
Wonderpets, Wonderpets,
Kami Datang.
Membantu orang dalam kesusahan.
Kami tak besar, dan kami tak kuat
Dengan kerjasama semua jadi mudah.
Wonderpets!.
Kemungkinan kartun ini menjadi ikon kepada Nisa’ Gombak. Sebab itulah sepanjang program kami sering mengajuk kata Wonderpets yang sering disebut dalam beberapa slot kartun ini.
“Yang Penting……”(kata Afifah)
“Kerjasama…….”(sahut Nisa’ Gombak beramai-ramai)
Jom Nisa’ Gombak. Kita jadi Wonderpets!.
1 Comentário:
prinsip 2 pilihan ni sebenarnya 'pandangan sempit' (maksud saya, sengaja dimudahkan) untuk memudahkan kita berfikir. hakikatnya kita ada lebih dari 2 pilihan (selain menang,kalah) ...
cth: adakah dgn memberi lawan menang, kita kalah? Misalnya ada 1 gula-gula. kita beri adik makan lebih sedikit dari separuh. kita makan selebihnya. Kita kalah? atau seri? Menang-menang pun tak juga. kita rugi (kurang dari separuh). hmmm...
Mungkin ahli falsafah muslim perlu wujudkan prinsip/falsafah yg lebih tepat dr sudut Islam (sbb ikut prinsip 2 pilihan, kalau bersedekah, kita kalah! sanggup ke? bukankah bagus bersedekah?)
Post a Comment