OH, MANUSIA TANAH!
Jika saya benar-benar seorang engineer, maka saya akan menilai:
Bangunan itu runtuh kerana asasnya tidak kuat!
Bangunan itu runtuh kerana tiangnya tidak stabil!
Bangunan itu runtuh kerana lantainya tidak kukuh!
Bangunan itu runtuh kerana dindingnya tidak kebal!
Bangunan itu runtuh kerana tanah runtuh! Tanah runtuh kerana etika pembangunan diruntuhkan oleh manusia yang rakus kemodenan.
Maka apa yang runtuh sebenarnya? Manusia yang runtuh!
Jangan salahkan pada asas bangunan jika ia tidak kuat. Jangan salahkan tiang bangunan jika ia tidak stabil. Jangan salahkan pada lantai jika ia tidak kukuh. Jangan salahkan pada dinding jika ia tidak kebal.
Sebenarnya... asas, tiang, lantai dan dinding dalam diri bernama manusia itu yang tidak tersedia menghadapi amukan dunia.
Jangan salahkan tanah, salahkan pada diri yang berasal dari TANAH!.
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” [al-Ruum 30: 41]
2 Comentários:
Surah AlRum - sudah jelas lagi nyatakan itulah cerita yg kita abaikan bertahun.4.6 billion tahun lamanya bumi ini memberi kepada kita...akhirnya ( bumi menangis lagi ).
Apa yg boleh kita kata : Kerosakan didarat dan di laut disebabkan tangan2 manusia.Keangguhan dan kedangkalan ilmu selain konsep pembanggunan ( apa aku akan dapat ) menjerumus kita terus kepada apa yg berlaku.
Dasar , akta sudah terang lagi nyata semakin diperkotak katik oleh mereka yg mencipta.memegang.melaksana dasar....kita semakin tidak ada banyak pilihan...
Hari ini : Jemu dan jelak dengan apa yg di paparkan.retorik..Semuga Allah sahaja yg memberkati mereka2 yang tahu + sedar dihujung kehidupan kita akan dipersoalkan itu dan ini.......
saya sangat, sangat, sangat setuju dgn anda jinggo...
Akta sudah menjadi orta..
Post a Comment