NGOMEL SKET SAJA!
Hari ini hari apa? Oh hari ini hari Rabu. Hari Rabu hari apa? Hari Rabu 3 hb Dec lah!.
Ohh pening, jauhilah dari diriku. Kalau pening ni macam papan, aku karate jer...diiish, diiish! Kalau pening ni macam ayam, aku halau jer, Syohh…syoohh…syoohh! Kalau pening ni macam api, aku siram air, buuushh! Tapi pening bukan papan, pening bukan ayam, bukan juga api. Pening perlu dihadapi.
Buat apa saya ngomel sorang-sorang pasal 3 hb Dec? Sebenarnya hari ini adalah hari yang ketiga saya bergelar wartawan. Hari Isnin lepas masuk kerja, Jumaat ni kena hantar assignment. Tak ke pening? Tarikh dateline semakin hampir.
Tangan saya boleh dipush untuk laju menaip, tapi otak saya tidak boleh dipush untuk laju berfikir. Saya kaget di hadapan komputer hampir 2 jam, tapi baru dapat dua perenggan ayat. Oh, menulis blog rupanya lagi mudah.!
Maafkan saya, saya tidak boleh ngomel panjang-panjang kali ini. Saya perlu menyiapkan artikel untuk 4 ruangan majalah terutamanya ruangan fokus yang membuatkan saya termenung panjang seperti orang yang kena angau.
Namun saya seronok. Teringat pesan Rasulullah, “Sampaikan dariku walau sepotong ayat”. Menjadi wartawan satu keterujaan bagi saya. Menjadi wartawan bukan sekadar menyampaikan sepotong ayat tapi berayat-ayat. Semoga saya ikhlas.
Doakan saya benar-benar menjadi wartawan, bukan wartawan jadian!. Jumpa lagi sedikit masa lagi.
Dapatkan majalah ini bulan hadapan ya...tapi saya tidak menulis untuk siri ini. Siri yang seterusnya.
11 Comentários:
Tahniah : semuga tanggungjawab yang diberi dan dipikul mampu dilunasi berasaskan kepada asas yg sepatutnya. Insyallah - bila atikel pertama keluar - bagi tahu : saya akan beli...
gambate.....
hehehee
Tahniah..semoga menjadi Ustazah Wartawan pula ya:)
SubhanAllah!
Bestnya! Alhamdulillah...itulah cita2 saya sedari kecil Ustazah...teruskan perjuangan...you can do it..just pretend that you are writing a blog, surely the ideas to write will flow uninterruptedly...:D
Salam...
Dah jadi wartawan ya. Tahniah! Alhamdulillah, dapat jadi wartawan ni, maknanya berpeluang untuk dapat pahala penyebaran ilmu. Bukankah salah satu yg akan kekal menemani kita bila mati nanti ialah ilmu yg dimanfaatkan?
Wah.... tahniah untuk ustazah ya. Jadi wartawan Muslimah rupanya. Yg gambar tu kakchik dah beli. Maknanya bulan depan, ada artikel ustazh dlm tu... yang mana satu agaknya
Sejak bila NORA pakai tudungg? Alhamdulillah atas perubahan dia.
;
Syabas atas kerjaya ini. Patutlah blog ini dah bau-bau glomour sekarang(",)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH
MARDHOTILLAH
:-)
Saya juga pernah menjadi wartawan. Hehehehe. Saya faham sangat la masa nak mengejar dateline tu.
Nak pump story bkn mudah bila otak tengah kering. Memakan masa gak. Tapi, bila dah mula susah nak berhenti....
Tahniah, ye. Kerja ni mnuntut komitmen yg tinggi.....
betul la arryani. stress tu takla sangat kalau kita memang suke menulis. Cuma, bak kata wartawan anis, Zakaria Sungip, kreativiti akan lahir dalam tekanan.
masa tgh free, cam malas nak fikir lalu bertangguh2. tapi bila dah dateline, mencurah2.
Kalau dh malas tu mmg tak boleh buat apa, tapi bila idea dh dtg, tak bangun2.
awak dulu wartawan ape?
Tahniah k.Dayah.. Which magazine? Muslimah kot, tu yg dok promosi sokmo.. Huhu
Majalah kesayaman (sayang sangat la maknenye tu) adalah Anis. Baca tulisan editor dia (Jalilah Ahmad) saja pun dah mengisi iman dan ilmu. Sangat amat tabik pada skuad Anis (antaranya Ust Hasrizal, Ust Bad pelukis Syaitan Musuhku, Ust Abu Hasan Morad, Ust Pahrol, ramai lagi lah)
Teruskan kak, jangan lupa bg taw majalah ape eh...
Post a Comment