INSPIRASI CINTA YANG SENGAL
Selamat Bergraduasi.
“Selamat bergraduasi. Semoga berjaya menamatkan degree dengan ijazah kelas pertama”.
Sebaris ayat tersebut saya nukilkan di atas sekeping kad lalu diselitkan di celah sejambak teddy bear + bunga. Bangga dan kagum memiliki adik seperti Murnirah. Hadiah sejambak teddy bear + bunga belum tentu tandingannya dengan kesungguhan Murnirah menamatkan Diploma Mikrobiologi, UiTM dengan sipi-sipi kelas pertama. Harap-harap, baki pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Biomolekul berakhir dengan keputusan pecah rekod keluarga, kejayaan kelas pertama. Usaha sedaya mungkin, doa sebanyak usaha dan tawakkal sehebat burung.
Inspirasi Cinta.
Usai menghadiri majlis konvokesyen adik saya, Murnirah, saya luangkan masa membaca akhbar Harian Metro lalu terjumpa dengan satu berita ini.
“Orang kata bercinta boleh melalaikan tapi bagi saya, cinta memberi inspirasi dan semangat untuk lebih berjaya dan hari ini saya sudah buktikan tidak salah bercinta ketika belajar asalkan tahu batas-batasnya,” kata salah seorang penerima Anugerah Naib Canselor yang ditemui ketika Majlis Konvokesyen ke-69, Universiti Teknologi Mara.
Menurutnya, teman lelakinya yang juga seniornya di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sentiasa membantunya dalam pelajaran dan sering memberi nasihat berguna.
"Dia sering mengingatkan saya walaupun bercinta, jangan hingga abaikan pelajaran dan apabila berada di dalam kelas mesti sentiasa fokus pada subjek yang diajar pensyarah," katanya.
"Saya beruntung kerana bercinta dengan senior sendiri kerana secara tidak langsung dia banyak menurunkan tips berguna terutama apabila menjelang peperiksaan", katanya yang mendapat CGPA 3.84 dalam Diploma Kejuruteraan Mekanikal.”
Ibubapanya mengetahui dia mempunyai teman lelaki dan tidak pernah menghalangnya, tetapi sentiasa berpesan supaya tidak mengabaikan pelajaran.
"Ibu saya selalu pesan, tidak salah bercinta ketika masih belajar asalkan jangan keterlaluan hingga pelajaran entah ke mana. Nasihat itulah yang saya pegang sampai hari ini dan syukur akhirnya penat lelah saya selama tiga tahun akhirnya berbayar dengan penganugerahan yang diterima ini".
Saya selesai membaca. Berita yang memualkan. Saya mencipta monolog negatif sendiri, "Kalau aku pun ada teman lelaki senior secourse masa belajar dulu, mungkin aku pun akan grade dengan Anugerah Naib Canselor". Satu inspirasi cinta yang sengal lagi memualkan.
Anda mahu bergraduasi dengan Anugerah Naib Canselor? Carilah inspirasi cinta seperti itu. Tapi jangan tanya saya soal keberkatan ilmu!
7 Comentários:
salam...
persoalan yg adik nyatakan ialah pertama:
1. sebelum ini mereka menyatakan anti couple tp bila masuk IPT tewas
2. xmau bercouple tp bercinta ala Islam
persoalan cinta ni wat adik keliru dan fobia sama ada perlu mencari dan melaksanakan cara elok bermula sekarang atau mcm na?mohon jasa akak klu akak tahu ek..
ustazah - saya terdedah untuk membaca dan membuat kajian seterus beberapa siri ceramah dalam tajuk berkaitan : remaja vs cinta = apa impaknya - ini satu anugerah dan nikmat yg tidak boleh dinafikan kepentingannya. cuma mengendalian cinta itu menjadikan impaknya berbeza pada setiap seseorang. Dan tidak keterlaluan kalau dikatakan -cinta itu lahir dari hanya CARE sahaja.yang lain2 hanya pelengkap sahaja.......
kepada fahmi:
oh, akk berminat dengan soalan fahmi, insyaALLAH, kelapangan nanti, akk akn cuba menulis tentang peihal ini. Menarik!
kepada jinggo:
saya setuju dengan teori CARE itu. Asal kasih sayang itu adalah ambil berat. manusia memerlukan perhatian dan suka diberi perhatian. maka tidak mustahil, ramai remaja bercinta kerana tertarik dngan 'perhatian' lebih2 lagi yang gagal mendapat perhatian daripada keluarga @ sahabat. mereka mencari 'CARE' maka mereka bercinta. dan dengan bercinta mereka memperoleh 'CARE'
Jika dikatakan membuat maksiat(anggapan saya) itu merangsangkan cara pembelajaran maka seharusnya pandang juga kepada orang cina bukan yang bukan islam, berderet dapat 1st class honour.
Bila Allah memberi rezeki dan nikmat bukan sepatutnya rebell, "Eh, aku buat ini tak kena apa-apapun. Murah rezeki lagi!"
Dia boleh berkata begitu jika dirasakan itu adalah kejayaan terakhir yang dia perolehi tanpa tawakkal kepada Allah. Dunia ini ibarat roda. Banyak ujian berupa kejayaan dan kegagalan yang akan dihadapinya dimasa hadapan.
Dan pada akhirnya, yang istiqomah pada jalan mujahadah sahaja yang boleh berbangga dengan kejayaan mereka merebut syurga.
p/s: Kejayaan di universiti adalah subjektif bagi saya. Bukan hanya pada deretan A.
tahniah..
semoga ALLAH kasihi kamu..
post ini tajam..
ha ha..
semoga ALLAH benar2 mengasihi kamu..
engineer ummah kan?
semoga kamu buat yang terbaik
~Hilal Asyraf datang singgah~
Salam,
Benar kecemerlangan akademik sangat penting bagi seorang pelajar, Allah swt menyuurh membaca, pasti ada hikmahnya...
Tapi, benar kah yang dapat A itu benar2 A yang sejati? tiada element2 seperti "toyol" etc? Bila membaca entry sahabat mengenai keberkatan, membuatkan bulu roma saya meremang2...sungguh menakutkan..kerana kehidupan ini panjang...dan seksa dan azab di dunia ini bukan boleh main2...jikalau ia sekadar ujian, mungkin boleh, tetapi dikalau azab...nauzubillah!
yeah, anugerah naib chancelor, i'm sooo sceptical...:D
ramai yg kata post ini tajam...
bg saya, ia biasa2 saja..namun saya berazam menjadi pendakwah yang luar biasa..
kadang2 tajam itu perlu...terpulang apa pandangan kalian.
adakah ketajaman apa yang ditulis adalah ketajaman akal?
Post a Comment