Tuesday, November 25, 2008

MARI KE SEKOLAH CINTA, BELAJAR TENTANG CINTA


Nisa’ Gombak menghela nafas lega. Bahu kami sedikit ringan jika sebelum ini terasa seperti senget sebelah. Program 'Berpaut di Dahan Cinta' selesai dijayakan dengan gandingan daya usaha ahli jawatankuasa, gabungan kerjasama pihak-pihak penganjur, kemantapan hujah panelis forum dan kebijaksanaan moderator mengeksploitasi peluang sebagai pemudah cara. Sesungguhnya, program ini meninggalkan 1001 kenangan manis buat kami, seluruh ahli jawatankuasa penggerak program lebih-lebih lagi kepada para hadirin sebagai pendengar forum yang setia.


Saya secara konon-kononnya, menunaikan amanah sebagai AJK pendaftaran forum


Barisan AJK Nisa' Gombak, penganjur bersama, moderator forum & panelis forum.




Seronok, menarik, best, bermanfaat, kelakar, semangat, motivasi dan macam-macam lagi adalah antara gambaran perasaan bagi mereka yang hadir ke forum percintaan dan perkahwinan ini. Bagi mereka yang tidak berpeluang atau melepaskan peluang ini secara sengaja, satu sahaja: RUGI! Benarkan saya menanggapinya sebagai program Motivasi Perkahwinan dan Percintaan.


Kenapa perlu Motivasi Perkahwinan dan Percintaan? Asalnya, berkahwin dan bercinta itu tidak perlukan motivasi. Kahwin dan cinta tak perlu diajar dan ditekan-tekan untuk keluar. Tiada siapa yang perlu ke program motivasi untuk membangunkan diri dengan semangat cinta dan semangat berkahwin. Perasaan ingin bercinta lalu berkahwin akan datang dengan sendirinya. Budak sekolah rendah pun sudah pandai bercinta dan berbicara tentang seksual walaupun tiada matapelajaran cinta dan seks di sekolah. Namun, apa yang perlu dimotivasikan ialah bagaimana membangunkan diri dan masyarakat dengan kebenaran cinta dan kebahagiaan perkahwinan. Cinta juga perlu disekolahkan!


Kenapa cinta? Sikit-sikit cinta, sikit-sikit cinta. Zaman sekolah dahulu, ibu bapa menegah anak: "sekolah dahulu, habiskan belajar, baru bercinta." Masuk universiti, usia semakin matang, nafsu melonjak-lonjak ingin bercinta dan dicintai. Namun, di slogankan oleh ahli Persatuan Islam di universiti: "No Coupling, Jauhi Maksiat!" Pengisian dominan dalam program-program di universiti sememangnya tak lari dari bicara tentang cinta dan couple. Ini tandanya cinta perlu di sekolahkan agar ia sentiasa terbimbing dan terdidik untuk berada pada landasan yang sebenar. Orang kata cinta itu buta, tapi kalau kita orang yang celik, kita akan jumpa cinta yang celik juga. Setiap orang berhak mencari cinta yang dibangunkan atas redha Allah.


Kenapa kahwin? Kahwin ini perihalnya ada dua. Bahagia atau kecewa. Setiap orang mengimpikan rumahtangga yang sakinah mawaddah warahmah. Rumahtangga yang merdeka, yang bahagia, yang sentiasa dalam rahmat dan keampunan Allah. Rumahtangga yang dipanggil juga sebagai 'baldatun, thaibatun wa Rabbun Ghafuur.'


Maka, untuk menikmati kebahagiaan alam rumahtangga, masing-masing perlukan ilmu dan belajar daripada pengalaman orang yang lebih dahulu makan garam. Ibarat hendak menyelamatkan kereta, perlu berbuat sesuatu. Jangan sama menjerit dengan penumpang, jangan ikut mengutuk pemandu lain atau melompat ikut pintu belakang. Maksudnya, drebar itu adalah suami, kelindan itu ialah isteri dan penumpang itu adalah anak-anak. Harapannya, agar rumahtangga jangan ibarat orang memakan tebu daripada pangkalnya, semakin ke hujung semakin tawar, semakin hambar, semakin sejuk. Tapi seperti orang meminum teh tarik, semakin hirup semakin sedap, semakin tua semakin mesra, berbimbing-bimbing ke dalam syurga.


Pada penilaian saya, forum 'Berpaut di Dahan Cinta' ini bukan sahaja membicarakan tentang perihal 'dahan cinta' tetapi seluruh 'pohon cinta' – akarnya, dahannya, batangnya, rantingnya, pucuk dan bunganya. Jika hendak mendapatkan buah jambu, tanam biji jambu maka hasilnya akar, batang, dahan, daun dan buah jambu. Tiada yang menanam biji jambu keluar buah durian. Seperti mengambil kata-kata panelis forum, Dr. Rubiah K.H, "Kalau awal jalannya bersih, maka hujungnya pasti bersih. Tapi kalau kotor jalannya, hujungnya takkan jumpa yang bersih." Inilah penilaian keberkatan dalam perkahwinan, awal jalan menujunya baik, pasti di hujungnya berakhir dengan kebaikan. Cintanya atas redha Allah, perkahwinannya sebagai sinergi yang menyatukan dua perbezaan, keluarga terbina atas dasar baitul dakwah dan baitul muslim, InsyaAllah jawapannya ketemu di Syurga.


Saya sarankan anda ke laman web Ustaz Hasrizal: Saiful Islam [link] untuk memperolehi catatan pengisian forum ini. Luangkan masa ke laman web Nisa’ Gombak juga. [link]


"Mari ke Sekolah Cinta, Belajar tentang Cinta"



6 Comentários:

Nur said...

Wow!

Best nyer baca! the way that you write makes the forum far more interesting. How i wish to be there and join you guys. True, in what ever we do, especially marriage, the foundation must be niat for Allah swt. I learn this in a hard way, hope you wont be like me..*wink wink*

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri- isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (Ar-Rum:21)

Carilah yang kita cenderung dan berasa aman dan tenteram bersamanya! Hati itu tidak akan sesekali menipu, insyaAllah..

Unknown said...

Saya membaca dan tertarik dalam beberapa hal disini - saya linkkan ke blog saya. Mungkin ada ruang untuk kita kongsi2kan....

Anonymous said...

SALAM...
persoalan pkok yg slalu dhujah sama ada wjud ka perbezaan cinta n couple. skrg rmai pimpinan persatuan Islam sendri byk bcara soal anti couple tp bercinta...mohon akak jawab..hehe

Anonymous said...

salam dari Dublin.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog.. :)

Miss X said...

Akak, the way u worn your tudung seems a bit different. Itu pasal syi xperasan akak dlm gmbo. Jenoh teropong...

Oho, Nisa Gombok eh skank.. Nanti kite kije samo2

Anonymous said...

akk kecik saje, syi takkan perasan dlm gambar kecuali kalau akk duduk di posisi ust hasrizal atau dr Robiah, atau jd pengacara mcm farah adeeba..huhu

yup, akk join semua. Nisa pun ye, muslimat pun ye..sementara masih bujang trang tang tang ni...

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO