RE-ENGINEERING DAKWAH METHOD (2) : MANUSIA YANG MATI AKAR
Jangan Hanya Bercakap Soal Pucuk dan Bunga
Apabila bercakap soal permasalahan sosial masyarakat, maka pelbagai pihak yang merasai amanah berusaha mengembalikan ketemadunan sikap masyarakat. Telah banyak forum, kuliah, ceramah dan bahan-bahan didikan yang bermesej Islam muncul di tengah-tengah masyarakat. Malah kumpulan-kumpulan nasyid dengan kepelbagaian penampilan juga semarak tumbuh dengan banyaknya. Produk-produk Islamik semakin melambak di pasaran. Anehnya, masalah sosial dan keruntuhan moral juga semakin bertambah. Media ponografi, dadah, dedah, aksi lucah pelajar sekolah, belasah guru, budaya gangster, ragut, pecah amanah dan macam-macam lagi gejala negatif semakin berleluasa. Di mana salahnya? Mungkinkah pendekatan kita untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sudah tersasar?
Begitu ketara sekali, betapa lambakan maklumat dan ilmu tentang kebaikan hanya bagaikan pelita yang diletakkan di atas atap rumah. Justeru, di dalam rumah tetap bergelap kerana cahaya pelita hanya tersebar di atas atap. Begitulah jika ilmu tidak meresap menjadi keyakinan di dalam hati. Ia tidak mendarah daging untuk dapat dipraktikkan. Cahayanya hanya tersebar sekitar teori dalam bentuk lisan dan slogan.
Senario ini menterjemahkan penawar yang kita pilih sudah tidak berkesan lagi. Atau kita berlegar-legar pada ‘pucuk’ masalah sedangkan masalah sebenar terletak pada ‘akar’nya. Boleh kita katakan masyarakat kita sudah lama ‘mati akar’ (walaupun kebanyakan masyarakat lebih gemar bercakap soal mati pucuk…)
“Akar dalam diri kita sudah semakin goyah daya tahan dan kemampuannya untuk menolak keburukan dan kejahatan yang datang menggoda dengan wajah yang begitu mengiurkan!
Kita gemar menggunakan yang ‘lahir’ untuk mengawal yang ‘batin’. Sedangkan hakikat manusia itu bukan lahiriyyah tetapi batiniyyah – akal, hati, perasaan dan nafsunya. Pelajar yang jahat, perketatkan disiplin. Isteri tidak taat, longgokkan harta. Suami curang, naik court. Pekerja malas, potong gaji. Majikan yang tamak, boikot. Membuang sampah, denda. Mengedar dadah, gantung! Inilah pendekatan yang kurang berkesan yang kita amalkan sekarang.
Umpama hendak memadam lampu elektrik hanya dengan meniupnya, tidak mungkin. Yang tepat kita cari suisnya. Lalu di manakah suis yang mengawal perilaku manusia?
Belief System dan Worldview
‘Belief System’. Manusia itu adalah apa yang diyakininya. Keyakinan ini dibentuk oleh fitrah insani dan soal keimanan yang bersumber daripada wahyu. Dalam Islam, ‘Belief System’ ini dinamakan sebagai akidah atau iman. Bila keyakinan sudah teguh, maka terbentuklah ‘worldview’ atau pandangan alam. Dari situlah terbentuknya sistem nilai yang menjadi penentu dalam diri dan mempengaruhi pilihan seseorang. Dia akan memilih sesuatu yang dilihatnya bernilai dan meninggalkan sesuatu yang tidak benilai. Inilah ‘akar’ yang membentuk sikap dan kelakuan seseorang.
“Aku ini siapa?. Alam ini apa? Manusia ini siapa? Dari mana aku datang? Hidup ini apa? Ke mana aku selepas ini? Kematian itu apa? Bagaimana keadaan akan datang? Yang menanti aku sesudah ini? Adakah lagi ‘hidup’ selepas ini?”
Walaupun kini teknologi sudah semakin canggih namun tamadun dalaman manusia masih kuno. Semakin ramai yang tidak tahu jawapan yang tepat tentang soalan-soalan asasi tentang hidup. Sepertimana kereta yang tidak ada pemandu, atau ada pemandu tetapi tidak ada arah tujuan. Begitulah hidup orang yang gagal mendapat jawapan yang tepat tentang apakah tujuan asasi dalam hidup.
Soalnya, berjayakah kita menanam soal kepercayaan (belief system), pandangan alam (worldview) dan sistem nilai dalam generasi kita?. Guru dan ibu bapa berjaya mengajar ilmu Matematik, Sains, Geografi tetapi mereka gagal menanam nilai-nilai dalam diri murid dan anak mereka. Bagaimana mendidik tentang nilai syukur, sabar, jujur, integriti, amanah dan sebagainya. Bagaimana para guru dan ibu bapa menanam soal keyakinan (belief system) dan memandu pelajar mempunyai pandangan alam (worldview) yang betul dan benar.
“Sistem pendidikan harus dibangun di atas kerangka kuat yg memungkinkan generasi muda memiliki kekuatan keislaman, kesempurnaan akhlak, pengetahuan yang memadai tentang ajaran agama mereka & kebanggaan terhadap kejayaan peradabannya yg agung.”
Ini adalah soal maknawi, soal akar, soal yang tidak nampak, yang hanya mampu dilihat secara tersirat. Analoginya, pelukis apabila melukis pokok tidak melukis akarnya. Yang dilukis dan diwarnakan hanya batang, dahan, ranting dan buahnya. Sebab kenapa? Sebab akar itu tersirat, tidak nampak! Apabila soal akar ini tidak dapat dilihat secara mata kasar, segalanya menjadi terlepas pandang untuk dilaksanakan.
“Marilah kita mengorak langkah untuk menyuburkan hati dan budi di dalam. Marilah kita bicarakan soal akar setelah lama kita bercakap soal pucuk dan bunga!”
3 Comentários:
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit.
QS. Ibrahim (14) : 24
Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.
QS. Ibrahim (14) : 25
Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.
QS. Ibrahim (14) : 26
Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.
QS. Ibrahim (14) : 27
sememang nya akar itu sangat penting. Saya sangat gerun dengan musibah dunia pada umat islam, dan seakan-akan peringatan Tuhan itu di permain2kan. Nauzubillah. Teruskan perjuangan.
Betul tu..
Jika diambil analogi sebuah bangunan, akar pokok ibarat struktur asas kepada bangunan. Asas bangunan tujuannya memindahkan beban dari bangunan ke tanah...memastikan bangunan sentiasa selamat dan berdiri kukuh
bagaimana agaknya jika tiadanya asas yang kuat dalam diri manusia? jawapannya menanti masa utk roboh...
Harus ada konsep akar, batang dan buah......
Jika nak menghasilkan buah jambu, maka tanam benih jambu, nanti tumbuh batang akar jambu, bebbatangkan jambu dan berbuahkan buah jambu. Itulah fitrah semulajadi.
Tapi hari ini kita nak buah jambu, tapi akarnya akar duria, batangnya batang durian masakan berbuah jambu.
Kita ingin menjadi umat Islam, tapi aturannya demokrasi, negaranya demokrasi, maka manakan bisa menghasilkan umat Islam. Yang terhasil lambakkan umat demokrasi.
Islam bukan sekadar agama tapi sistem yang Allah peruntukkan, cara hidup yang menjadi fitrah semulajadi manusia.
Mardhotillah
Post a Comment