Friday, December 19, 2008

SEMOGA BERBAHAGIA ARTISKU

Semalam, Norman Hakim baru melafazkan cerai ke atas Abby Abadi. Esok, Mawi akan melafazkan akad nikah untuk mengahwini Ekin. Semoga Abby akan tabah meneruskan liku-liku hidup yang berbaki. Manakala Ekin akan kekal bahagia bersama Mawi dalam menongkah cabaran dunia hiburan. Harapan saya, agar pasangan ini boleh menjadi ikon di kalangan artis bagi menunjuki jalan-jalan kebahagiaan rumah tangga.


Saya bukanlah wartawan hiburan untuk mengulas tentang isu semasa dan gossip di kalangan artis. Namun, saya juga punyai hati untuk berasa ihsan dan belas kasihan terutama terhadap kaum sejenis saya. Mereka adalah kaum wanita, malah mereka juga Muslimah, Islam. Walau apa jua keadaan sama ada kelebihan atau kelemahan, mereka tergolong di kalangan sasaran dakwah kita.


Kebiasaan orang agama tidak menyenangi artis. Barangkali kerana dunia artis itu penuh kejahilan dan kemaksiatan melata. Namun jangan kita tegahi fitrah manusia sentiasa ingin beramal. Ada di kalangan artis ingin menunaikan umrah dan haji saban tahun. Mereka juga ingin bertudung, melahirkan anak-anak yang huffaz Al-Quran, memiliki anak-anak berpendidikan akademik dan agama yang baik, juga cenderung melakukan sumbangan amal. Dalam hal ini, salah satu kejahilan mereka iaitu gagal memahami matlamat tidak menghalalkan cara.


Apakah usaha di kalangan orang agama untuk membawa artis kita mengenal jalan hidup?


Memadaikah akta yang keras dan fatwa untuk mengawal penglibatan mereka walhal ‘akar umbi’ Islam itu tidak mereka fahami secara jelas. Tidak keterlaluan jika dikatakan, golongan artis telah dikesampingkan daripada menjadi agenda dakwah kita secara total.


Satu daya fikir yang perlu kita perluaskan sebesar-besarnya. Siapakah golongan yang akan membawa halatuju karya perfileman bercorak Islam suatu masa nanti? Siapakah yang akan menjadi watak-watak sinetron dakwah di Malaysia? Siapakah yang perlu disandarkan harapan sebagai penulis novel-novel Islamik? Di manakah posisi yang sesuai bagi mereka yang berbakat dalam dunia pengacaraan dan penyiaran dakwah?


Bersedialah untuk melahirkan karyawan dan artis yang pro-dakwah. Kerana Islam itu membenarkan hiburan dan hiburan tidak dapat dijauhkan daripada jiwa manusia. Alternatifnya? Cukup sekadar artis nasyid sahaja? Penerbit, pengarah filem, pelakon, penulis skrip, jurutera bunyi, juru mekap, juruteknik, pengacara.... Oh, lebih dari itu…



3 Comentários:

rossees said...

saya setuju

Unknown said...

kakchik setuju benar kalau ada pihak yang bersungguh-sungguh meneroka dan membuat RnD untuk pembangunan iman artis & dunia perfileman kita.

mungkin boleh belajar serba sedikit dari karyawan Iran dan Indonesia cuma terjaga dalam kaedah menghasilkan filem/drama/hiburan Islam yang tidak steriotaip seperti nasyid.

Miss X said...

salam akak. Kalau beriman islam itu syumul, maka hiburan itu perlu disentuh. Kerana saya percaya method da'wah kotemporari adalah melalui media, lebih tepat hiburan. Lihat bagaimana Ayat-ayat Cinta mengayat jiwa manusia, lihat bagaimana Opick mengalun kasihnya, dan lihat bagaimana Sang Murabbi membawa mesejnya.

Pernah terfikir, jika Islam didaulatkan di Malaysia, agak-agak siapa yang akan menjawat Menteri Kesenian?

Jemput baca entry saya yg lebih kurang nadanya MUKMIN : Semuanya Boleh

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO