ANDA MAHU KUASA PELIK?
Hujung minggu datang lagi. Sabtu dan Ahad adalah masa bercuti. Tak perlu bangun awal ke tempat kerja. Tak perlu menunggu bas ataupun bermoody dengan traffic jam. Tak perlu lagi berhadapan dengan pensyarah dan menahan mengantuk semasa kuliah. Tidak lagi berhadapan dengan guru yang sering berleter. Dan majikan yang sentiasa tension dan suka marah-marah. Si ibu pula lega sedikit, tak perlu terkejar-kejar menyiapkan anak ke sekolah. Rugilah kalian yang bertemankan bantal busuk itu. Sudahlah busuk, bila cuti, malas untuk membasuh. Bertebaranlah kebusukan itu pada kebusukan-kebusukan yang lain. Kebusukan malas yang mengundang kebusukan jiwa untuk turut serta. Kegagalan yang dicipta sendiri oleh orang yang suka berehat. Alasannnya ialah mencari kehidupan di zon selesa. Langsung, tekanan itu tidak diizinkan untuk menjengah walau sekejap sekalipun. Maka, terbentuklah kemurungan dengan raut wajah yang menakutkan. Anda mahu memiliki kuasa yang pelik? Kuasa pelik manusia adalah motivasi. Segala yang mustahil akan menjadi dengan motivasi. Motivasi merangsang manusia bertindak luar biasa, jauh dari keupayaan sebenar dirinya. Motivasi memberi kekuatan, keberanian serta keteguhan hati. Selamat mencari motivasi di hujung minggu. Beraktivitilah...panggil motivasi itu kembali. Motivasi....oh, motivasi...
1 Comentário:
salam singgah dari ana...
Post a Comment