Tuesday, March 10, 2009

BERSAMA MENENTANG, ATAU IKUT SAMA MENJILAT?







  • PPSMI adalah idea bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI
  • PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibu bapanya bertutur bahasa Inggeris di rumah
  • PPSMI menguntungkan anak orang-orang kaya di bandar
  • Ibu bapanya yang tidak pandai bertutur bahasa Inggeris, tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka di rumah
  • Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI
  • PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin
  • PPSMI dibuat oleh kerajaan tanpa berunding dengan rakyat
  • Kerajaan tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI
  • PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang oleh majoriti rakyat
  • Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI
  • Cendikiawan dan cerdik pandai melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan sebelum melaksanakan PPSMI
  • Kerajaan membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI
  • PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal
  • Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat
  • PPSMI menguntungkan kontraktor krono yang membekalkan bahan-bahan Bahasa Inggeris
  • Kaum Cina pun menentang PPSMI
  • Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan yang mendewa-dewakan BI
  • PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara
  • PPSMI menghina Bahasa Melayu
  • PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu
  • BI gagal mengkayakan negara-negara di benua India dan Afrika yang meminjam BI
  • Semua negara maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing
  • Semua negara yang meminjam bahasa penjajah gagal menjadi negara maju dan kaya raya
  • Di mana-mana negara pun, bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin
  • 2+2, jawapannya tetap 4 dalam mana-mana bahasa, di mana-mana negara

3 Comentários:

Unknown said...

salam ustzh. senarai macam ni lah yang kakchik cari-cari. nak buat sendiri tak reti. kakchik copy ya.

lelucon said...

Pada dasarnya saya sokong PPSMI (sama 'menjilat').

Saya tak rasa ramai pelajar gagal sbb PPSMI saja. Sbbnya, dari sblm PPSMI lagi dah ramai murid gagal. PPSMI blh beri manfaat. Cuma saya tak suka bila ianya dilaksanakan tergesa-gesa tanpa perancangan teliti. Juga, ada kemungkinan bahasa Melayu akan terpinggir (secara umum), sbb perancangan utk memartabatkan bahasa Melayu tidak disertakan.

Tokoh BM seperti Prof Abdullah Hassan ada sbb kuat utk menentang PPSMI. Bahasa Melayunya diaplikasikan dgn baik. Beliau juga banyak mengkaji dan memartabatkan BM dari segi saintifik. Wajarlah beliau dan tokoh lain menentang PPSMI sbb usaha memasyarakatkan BM akan jd sia-sia, dan penggunaannya merosot.

ironinya, ada yg dok kata 'perjuangkan' bahasa Melayu ni juga lebih selesa membahasakan diri sebagai ana/anta berbanding saya/awak. Mana kekuatan dan jati diri bahasa Melayu? Sayang, kalau GMP ini cuma jadi agenda politik saja, tanpa BM itu sendiri dihargai...

Anonymous said...

Sebenarnya bagi aku, memperkasakan bangsa adalah agenda lebih penting buat masa ini.Kebanyakan bahan ilmiah berkualiti terdpat didalam bahasa Inggris dan trend ini tidak akan berubah walaupun 100 tahun akan datang. Sarjana yang ada sekarang pun lebih selesa menggunakan bahasa Inggris jadi salahkah kita memaksa anak2 kita mempelajari bahasa ini kerana ketidak mampuan kita menghasilkan buku2 ilmiah atau rujukan ilmiah yang hebat didalam bahasa kita. Saya telah membeli 2 buku keluaran DBP untuk subjek Kejuruteraan Kimia dan menyesalinya.
sembangjurutera.blogspot.com

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO