NAMA DIA...
Nama Dia.
Acapkali kita menyebut Nama Dia, acapkali jugalah Dia menyebut nama kita. Malah, beribu-ribu kali, mungkin berjuta-juta kali sehingga gegak gempita seluruh alam meraikan nama kita kerana menyebut Nama Dia. Kita semakin popular di seluruh petala langit dan bumi hanya kerana menyebut satu Nama tanpa rasa jemu, setiap saat dan detik nadi yang berdenyut.
Apabila Nama Dia dipanggil, Dia akan menjawab dengan rahmat dan kasihan belas. Sayang sekali, ada di kalangan kita melupakan Nama Dia, malah menyebutnya di saat kesusahan menerjah kehidupan.
Sekali sekala Nama Dia disebut, selalu saja Nama Dia dilupa, jarang-jarang Nama Dia disahut, kadang-kadang Nama Dia berpaut. Tetapi kali ini, Nama Dia direbut!.
Hari ini kita berbahas mempertahankan Nama Dia supaya tidak digunakan oleh orang tidak seagama. Kristian mahu melakar Nama Dia di kitab-kitab mereka. Sebilangan kita hanya mahu Nama Dia ada pada Kitab kita. Bilang mereka, hanya Islam yang layak memaktubkan Nama Dia.
Dialah ALLAH, Tuhan kita dan Tuhan seluruh manusia. Sebenarnya, apa yang direbut pada Nama Dia? Perkataan atau Iman?
Tepuk dada, tanyalah siapa-siapa.
3 Comentários:
malu dengan DIA
DIA yg sering kita lupa sewaktu senang ketawa gembira, DIA yang cuma kita ingat bila kesempitan datang menghimpit. Tapi baiknya DIA tak pernah lupakan kita setiap masa!
kita selalu lupa Dia, sbb dlm hati hanya ada 'my dear'. tu pasal la :)
Post a Comment