Friday, February 27, 2009

USRAH INTELEKTUALISME

Kelmarin Nisa’ Gombak bermeeting lagi. Mesyuarat kali ini berkisar tentang Nisa’ Indoor Games peringkat Negeri Selangor dan Malaysia, juga program Karnival Gombak Setia – Menjana Ekonomi Ibu Tunggal.


Merasa akan peri pentingnya usrah remaja, kami membincangkan bagaimana cara untuk menghidupkan kembali aktiviti tarbiyyah generasi muda ini. Hal yang sama ditekankan oleh Ustaz Idris Ahmad dalam Kursus Nuqoba’ yang lalu. Beliau menangis kerana terkilan usrah semakin terhakis dalam pembentukan amilin Islam.


Saya adalah AJK Nisa’ News & Networking (3N) dalam Nisa’ Gombak. Ia bersangkutan sekali dengan tugas saya sebagai wartawan. Namun, dalam meeting tersebut saya menyatakan kepada E (ketua) bahawa saya ingin menarik diri dari 3N. Saya mahu membantu Tie, Che Wan dan lain-lain sebagai AJK Unit Pembangunan Insan (UPI). Rugilah jika pengalaman sebagai ahli tarbiyyah kampus tidak dipanjangkan di lapangan masyarakat pula.


Sebenarnya, sudah lama saya berfikir untuk memperbaharui sistem usrah yang ada. Pada saya, usrah yang dipraktikkan zaman kini adalah sistem tarbiyyah tradisi. Tradisi zaman berzaman. Usrahnya masih menadah kitab-kitab haraki lama.


Saya tidak menafikan kepentingan kitab-kitab haraki ini dalam pembentukan fikrah. Cuma, sebagai da’ie abad-21, perlunya keterbukaan kepada kepelbagaian tradisi intelektualisme yang membina.


Barangkali suatu hari nanti, kita mampu membincangkan darihal sistem politik dan perundangan Islam, cabaran ekonomi global, karyawan filem Islami, sains dan teknologi masa kini, psikologi dan kaunseling remaja, konflik kekeluargaan, keusahawanan ke arah pemantapan ekonomi jamaah, pemikiran pemikir Islam dan pelbagai disiplin ilmu yang lain. Di samping itu, kita selang-selikan dengan kefahaman ilmu agama secukupnya.


Sebenarnya kita boleh, cuma kita malas. Kita masih kurang berfikir, malas membaca, tidak menguasai isu masyarakat dan kurang kemahiran. Masing-masing menyedari hakikat itu, tetapi tidak berusaha berubah.


Paling penting untuk ditegaskan di sini, pendakwah malas membaca. Jika membaca sekalipun, suka membaca bacaan-bacaan ringan. Ada juga pendakwah yang lebih suka membaca novel. Senang cerita, malas membaca!.


Saya tidak mahu cakap orang lain. Saya pun sama juga. Alangkah indahnya sebuah jemaah bila usrahnya mampu melahirkan pakar. Maka, berbaloi juga slogan yang acapkali dilaungkan: ‘Gerakkan usrah, usrah tunjang jemaah’!’


Masalahnya, bagaimana usrah itu dilabel ‘tunjang jemaah’ kalau usrahnya masih usrah ‘comfort zone’. Usrah menjadikan ahli mandom, berasa selesa, membaca kitab semata dan nakib seperti memberi kuliah biasa. Ilmu yang diperolehi dalam usrah adalah ilmu ulangan. Tiada yang membangun dan mencabar minda.


Mentaliti kita masih kaku dan tidak ditekan dengan wacana ilmu tinggi. Wacana kita masih diruang politik sempit. Sarat dengan kritik dan protes tetapi kurang dijelmakan dengan tindakan. Sebabnya? Kita ketinggalan dalam dunia keilmuan dan keintelektualan. Usah sekali berbicara aspek ketemadunan.


Al-Attas berpendapat, kekeliruan umat Islam sekarang menyebabkan mereka tertumpu kepada gerak kerja politik, jhad, ekonomi, sedangkan kekurangan ilmu adalah faktor asas.


Sekadar pandangan.


3 Comentários:

lelucon said...

pandangan yg kontemporari, dan jauh :)
setuju....

kebtulan ustazah, saya ada btanya kawan saya, 'ada join usrah?'. Dia jawab 'malaslah. usrah ni sembang2 je'.

saya sokong sgt cdgn ustazah. Usrah ni pd saya bkn stkt bkumpul dan sembang2. Tp klu pengisiannya tak menarik,'beku' dn tak kontemporari, orang tak minat. Alhamdulillah, saya pernah join, dan dpt byk manfaat dr b'usrah. Skrg dh tak ada, rindu plak. cuma kalau nak dibudayakan, kena ada corak pengisian yg bermutu. Ibarat bekas dgn 'jajan'. Bungkus cantik, isi tak sedap, cane? hmmm... :|

Anonymous said...

cdgn baik. tp ana cdg kan spy kita susun sistem yg baik untuk usrah intelektualisme ini.

Sebagai contoh, kita kekal dan perbaik usrah marhalah ta'rif. sbb basic perlu dibina dahulu. sirah... akidah... etc...

barangkali perbincangan seperti ini sesuai untuk marhalah takwin dan tanfiz. barangkali.

pandangan sahaja.

Anonymous said...

Syukron atas pandangan bernas kalian.

Pada saya, perlu kenal sasaran usrah. Saya setuju dgn aiman. Peringkat taarif adalah pengenalan islam, membawa mad'u mengamal & menghayati Islam dan menggabungkan diri dgn Islam yang memenuhi ciri2 Islam tersebut. Bila disebut ttg taarif (pengenalan) maka ia tidak lari dgn tiga pokok perkara iaitu akidah, syariah & akhlak. Saya setuju ttg itu.

Cuma pandangan saya ttg pendekatan kontemporari ini adalah pada sasaran tahap ketiga yang sudah banyak pengalaman dan kebanyakannya adalah graduan mahasiswa yang sudah tentu intelek dan menceburi bidang kerjaya profesional.

Mereka terlibat dlm usrah pada masa kini yang bkn sahaja untuk membentuk nuqoba' yg baik, ttpi seorang pemimpin yg berkarismatik. Usaha perlu bermula sekarang.!

apapun, perlu kenal sasaran. Kalau terlalu ideal dlm perlaksanaan tetapi tdk mampu diterima sasran, sama seperti usaha yg sia2.

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO