Monday, March 30, 2009

HATIKU YANG LETIH...

“Aiman tak kisah!”, kata Aiman.

Aiman memang tak kisah, tapi saya kisah. Sebabnya, saya bukan Aiman…

Apa yang saya kisahkan?


Ahad semalam saya sudah merancang usrah remaja. Hendak diturutkan hati memang tak mampu. Saya buntu dan emosi saya agak terganggu. Badan saya terlalu penat, fikiran saya bercelaru, ditambah dengan demam, batuk & selesema. Dimudahkan, saya mahukan tidur dan istirehat.


Namun begitu, saya sangat serba salah. Temujanji bersama adik-adik usrah telah ditetapkan. Pasti mereka sedang bersemangat malah lebih semangat dari saya. Biasalah, remaja memang sukakan loving and caring. Mereka sukakan kakak yang selalu bertanya khabar mereka, sudi menjadi tempat meluah rasa mereka, bercerita masalah dan memberi nasihat. Malah, jika dapat kakak fasi yang pandai tackle, kakak itulah yang lebih dipercayai dari keluarganya sendiri. Kerana itu, mereka sukakan usrah.


Oh, saya sangat serba salah jika membatalkan usrah. Tapi saya mahu tidur...saya tak sihat. Pergi usrah... tidur, pergi usrah...tidur, pergi usrah...tidur, mana satu pilihan di hati saya?


Kelihatan jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Saya masih menimbang tara. Usrah bermula jam 9.30 pagi. Sementara menunggu masa, saya berbaring di katil. Saya terus berfikir...mahu teruskan usrah atau batalkan usrah.


Sedang menimbang tara, entah bagaimana saya tertidur. Sedar-sedar jam 11.30 pagi. Asalnya dari perasaan serba salah, kini menjadi sangat bersalah. Saya sudah terlepas usrah. Ada 9 missed call di handphone saya. Kata fatin pembantu fasi yang tidak dapat hadir, ada 7 orang adik datang ke usrah, mereka balik setelah menunggu saya terlalu lama.


Aduh, lemahnya saya…saya terlepas 7 sasaran dakwah hari ini dengan begitu mudah. Saya memanjakan diri saya dengan berbaring di katil sehingga tidur. Saya membuang masa adik-adik usrah saya. Saya memutuskan harapan mereka. Saya menyusahkan fatin yang berusaha menetapkan janji dengan adik-adik usrah.


Saya berfikir…adakah Allah sengaja tidurkan saya untuk memberi ruang istirehat kepada saya atau Allah mahu menguji kekuatan saya? Adakah ia wujud kerana kecuaian saya atau kesihatan saya yang tidak mengizinkan saya?


Tiba-tiba kata Rabiatul Adawiyyah menyentak hati bersalah saya;

“Sesungguhnya aku tidak pernah berasa letih dan jemu beribadah kepada Tuhanku, kerana yang letih dan jemu itu adalah jasadku bukan hatiku.”


Rupa-rupanya, saya memiliki hati yang letih…

Jika badan saya sakit sekalipun tetapi hati saya sentiasa sihat, pasti saya mampu meneruskan usrah sekalipun sakit. Hati yang sihat itulah ubat buat jasad yang sakit.


Semoga Allah mengampuni saya dan adik-adik usrah memaafkan saya.

5 Comentários:

madziani said...

Salam.
minta izin copy paste entri ni.
untuk saya sendiri dan seorang teman yang sering 'letih'

ustazah-engineer said...

dipersilakan..

MS Rizal said...

Halaqah saya pernah mempunyai pengalaman ditinggalkan murobbi. Memang rasa fed up pun ada, tetapi saya belajar satu ibrah yang berguna. Jika mutorabbi semuanya ikhlas dan saling bantu-membantu antara satu sama lain, insyaAllah biar murobbi datang dan pergi mereka tetap tegar dalam lingkungan halaqah ini.

Jangan sampai anak halaqah fed up sudah ustazah. Nampaknya macam kena minta maaf, kenalah ustazah keluarkan duit sedikit untuk belanja mereka makan..hehe

serikandi86 said...

salam..masyaAllah..bole jadi penguat semangat tika hati letih:

kata2 Rabiatul Adawiyyah:

“Sesungguhnya aku tidak pernah berasa letih dan jemu beribadah kepada Tuhanku, kerana yang letih dan jemu itu adalah jasadku bukan hatiku.”

Akak..rindu lah..hehe
semoga dikurniakan kesejahteraan utk terus berjuang!

ustazah-engineer said...

waalaikumussalam to serikandi86 & the gang!

I pun rindu bangat dengan u all semua..huhu
Erm, hari tu dtg UTHM, korang plak pi pgrm. Sedih tak dpt jumpa. Jumpa hujung bln 5 nanti ek. Kita pakat2 buat renion UTHM kt gombak dunia tercintaku ini...

Ok, adik2 kampus rerajinlah buat usrah & dtg usrah. Klu kat kampus dh malas, kat luar lagi berjuta2 lemon malasnya...mehnah & tribulasinya lagi menggunung tinggi.

Yang amik PSM tu sabo jelah...
Tu baru PSM (Projek Sarjana Muda), nanti kat luar ada gak PSM..Pekerja Sepenuh Masa (untuk jemaah). lagi memerlukan kesabaran yg tinggi...klu tak sabar buat keja utk dunia, macam manalah nak sabar buat keja utk akhirat. Pesanan buat diri akk jgk

Ok, semoga berjumpa nanti...ken salam kat the gang...

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO