Friday, March 27, 2009

MEMBINA 'KERAJAAN IMPIAN' DALAM BUKU IMPIAN



Bayangkan seandainya anda diberi panjang umur sampai 10 atau 20 tahun ke depan, apa yang akan anda hasilkan?
Prestasi dan karya apa yang ingin anda persembahkan untuk kemanusiaan? Bagaimana kira - kira orang akan mengenang anda 100 tahun yang akan datang ketika semua harta, teman dan keluarga anda sudah pula tiada?

Ini perlu anda rumuskan sejak sekarang. Membangunkan kerajaan impian dan merencanakan masa depan sangatlah penting. Tanpa itu, kita akan berjalan tanpa semangat. Kerana itu, apapun yang anda impikan perlu anda tulis dan catat dalam BUKU IMPIAN anda. Apa maksudnya buku impian itu? Buku impian adalah buku yang berisi daftar keinginan (Wish List) yang ingin anda capai dengan batasan waktu tertentu.

Tuliskan apa impian anda dalam hidup dalam buku tersebut dan...

...TAKE ACTION!



6 Comentários:

Adibah said...

Kak, saya kurang faham... maksud kak engineer, kita hendaklah merancang daripada saat ini mengenai perancangan masa depan kita 10 hingga 20 tahun akan datang ?

Saya sudah buata dah.. Alhamdulillah.. cuma saya kurang disiplin dalam melaksanakan perancangan. Knp? sebab tak ada orang nak marah saya.. Betul kak... Malah saya buat ketika mood saya ada saja atau ketika saya teringat saja.. ketika saya tak berapa bersemangat, saya lewa saja. Tak bersungguh!

Sekadar memohon nasihat, bukan ingin mengaibkan diri sendiri. Mohon tunjuk ajar Kak engineer.

ustazah-engineer said...

itulah maksud akk..merancang masa depan dengan spesifik. Ada spesifikasi masa, spesifikasi matlamat, ada spesifikasi angka (jika berkaitan dengan keuntungan), spesifikasi strategi dll spesifikasi yang diperlukan.

Ia bukan mudah, kdg2 akk sendiri termiss dalam melaksanakan.

Ia memerlukan kesungguhan, konsisten dan berterusan.

Macam orang buat bisnes MLM, bagaimana mereka boleh berjaya? Mereka ada cita2, bersungguh2, ada strategi dan sanggup menghadapi risiko.

Ia memerlukan motivasi atau paradigma..motivasi dan paradigma itu yang perlu dicari dan digarap dalam diri.

Beransur-ansur, jangan terburu-buru, rasional dan sesuai dengan kemampuan.

akk pun sedang belajar...perlu saling nasihat dan mengingati. Banyak berdoa smg Allah memberikan ketabahan itu.

lelucon said...

perlu dijelaskan juga, 'take action' tak semestinya sekaligus. Boleh dimulakan sedikit demi sedikit. Sebaiknya usaha itu yang menampakkan hasil, supaya lebih bersemangat untuk melakukan kerja/tugas seterusnya :)

ustazah-engineer said...

sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..

bukit kalau ditambak, lama-lama ia meninggi. bukit kalau di potong, lama-lama ia togel

nak tambak atau nak potong?

Dua-dua menampakkan hasil..cuma hasilnya berbeza..hasil baik atau hasil buruk...

Adibah S said...

okeh kak! Tq kak... Walau apa yang dikata.. jika tak 'take action' tak kemana perancangan yang dibuat. Syukran perkongsian..

lelucon said...

ustazah,

itulah gunanya post-mortem. Setiap usaha walau sekecil mana, perlu dinilai. Setiap hasil usaha perlu dikaji kesannya. Kalau buruk, takpe. Masih boleh diperbaiki. Kesannya minima saja. Kalau baik, lagi bagus. Mungkin hasil penilaian akan membantu usaha seterusnya.

baik/buruk hasil tindakan dinilai kepada matlamat. Matlamat yang baik memastikan hasil usaha akan jadi baik. Setiap hasil tindakan yang memenuhi matlamat yang baik perlu diteruskan, walaupun pd mata orang lain nampak buruk. Sebabnya kita tahu matlamat kita baik. Berani kerana benar. Jgn cepat putus asa dan mengalah.

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO