Friday, April 3, 2009

SESEKALI TERGELINCIR

“Aku terkilan betul dengar dia cakap macam tu kat aku, be profesional la sikit!,” sungut Mira.

“Kau tu pun janganlah sensitif sangat, dah tahu dia tu memang macam tu. Cakapnya memang straight da point, pujuk Siti. Berkerut dahinya memikir Mira yang mudah berkecil hati.

“Kau Siti tak habis-habis nak menangkan dia, cuba kau faham sikit aku ni. Dah aku memang macam ni, inilah aku. Dia kenalah faham aku tak boleh diperlekehkan sesuka hati dia”, bengis Mira mempertahankan diri.

“Kalau kau mengharapkan dia memahami diri kau kerana kau adalah begini, maka dia tentu mengharapkan perkara yang sama. Fahami dirinya kerana dia adalah begitu, pujuk Siti lagi.


Setiap yang bernama manusia mahu dirinya dihargai dan dihormati, tiada pertembungan antara sayang dan benci. Tidak mahu dirinya diketepikan dari mana-mana sudut. Mencari ruang-ruang selesa untuk kehendaknya dipenuhi dan bersedih hati bila tidak diperhatikan. Asasnya fitrah, tergelincir landasan, menjadi barah.


Adakalanya kita tersilap langkah, malah tidak jujur dan adil. Kita mahukan kelebihan dari orang lain, yang kita tampakkan dari diri kita adalah kelemahan. Kita mahukan perhatian dari orang lain, yang kita tampakkan dari diri kita adalah kepentingan. Kita mahukan kemesraan, yang kita tampakkan adalah kritikan.


Merungut, mengkritik dan menghukum orang lain sama seperti ‘menjolok sarang lebah untuk mendapatkan madunya’. Kemahuan pada manisnya madu tetapi cara terburu-buru dengan menjolok sarang… madu terlepas, sengatan mengipas. Kemahuan pada manisnya perhubungan tetapi jalannya kasar tidak berbudi…kenalan menjauh, fitnah bersauh.


Sesekali saya tergelincir dalam realiti ukhuwwah antara kehendak dan keperluan. Gagal menjelmakan akhlak hubungan menurut perintah dan sunnah. Antara serba salah dan rasa bersalah, kedua-duanya perlu diraikan demi memperbaiki diri.


Apakah tindakan yang harus saya mulakan jika ini titik masalahnya?

Mungkin belajar tentang manusia...

Memahami antara kehendak dan keperluan ukhuwwah…

Menuruti berdasarkan perintah dan sunnah…



3 Comentários:

nahwanNur said...

Assalamualaikum.

Sahabat saya pernah berkata,

"Untuk menyayangi seseorang, kita tidak perlu sebab. Kerana jika kita sayang seseorang atas sesuatu sebab, bila 'sebab' itu hilang, maka sayang tu pun hilang"

Mungkin orang bisa berkata, sayang pasti perlu bersebab, kerana ALLAH dan agama, namun saya faham dengan maksud sahabat saya. Sayang kita kepada sahabat sekeliling yang punya agama yang sama di bawah panji ILAHI, maka apa sebab lain yang perlu kita pasakkan? Jika sedari awal telah kita fahami mendekati seseorang atas satu tujuan yang jelas, maka jalan kita terkadang kabur dengan keinginan kita melihat dia menjadi seperti apa yang kita ingini sehingga terlupa/tanpa sedar kita seakan mendesak sahabat itu menjadi seperti apa yang kita inginkan.


Sahabat saya juga berkata;

"...terkadang kita buat baik, kita jaga hati orang-orang yang kita sayang, sehinggakan kadang-kadang hati kita terluka bagai disiat-siat. Namun jangan mudah mengalah. Ingatlah, kita adalah petugas(khalifah) Allah, kita hanya berusaha semampu kita. Dan hidayah tu daripada Allah. Jangan lupa kejut sahabat-sahabat bangun subuh. Jaga waktu solat. Jaga ukhwah..."

Suka duka itu inti persahabatan, terkadang kita terluka, namun ada kalanya pasti ada waktu sahabat kita juga terluka. Ia seakan kitaran diversiti ukhwah dan perasaan. Pelengkap hidup insan dalam menuju redha Tuhan. Menegur bukan bererti membenci, memberi tahu tidak bererti mahu berhenti menyayangi. Malah itu tandanya persahabat itu punya nilai yang tinggi.

Berlapang dadalah, bukan erti berdiam diri, tetapi ia gabungan; bersama-nasihatmenasihati-langsung menerima seadanya... apalah mahu dipandang kecil nya hati dengan tindakan sahabat sendiri sedang diri bukan sesempurna seperti apa yang kita ingini.

Wallahua'lam

p/s: Salam sayang dan rindu

ustazah-engineer said...

Akak berkata:

"Tuhan sendiri tidak bersedia mengadili manusia hingga pada saat akhirnya."

Akak berkata lagi:
"Perlakuan seolah-olah lahir setelah adanya perasaan, tetapi dlm keadaan sebenar, perlakuan dan perasaan berlaku serentak. Oleh itu, dgn menggerakkan perlakuan yang banyak diperolehi dengan keinginan, kita secara tidak langsung akan melahirkan perasaan. Oleh itu suatu cara yang dapat membantu mewujudkan keriangan, jika keriangan kita hilang ialah dengan melahirkan keriangan dan bersikap serta menyuarakannya seaakan-akan keriangan itu telah sedia wujud."

Kesimpulannya, lupakan kekalutan dan lahirkan keriangan itu semula...seperti keriangan2 yang telah kita lahirkan sebelum ini malah lebih baik lagi...

salam sayang & rindu kembali

suara said...

Salam...
Setiap manusia dilahirkan dengan sikap dan peribadi yang berbeza. Adakala perbezaan ini yang membuatkan kita menjadi semakin bagus kerana ia saling melengkapkan. Tapi kak su tahu ia tak mudah untuk dilakukan.

Apapun setiap dari kita punya pilihan... Kemaafan adalah langkah pertama untuk penyesuaian.

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO