Monday, April 6, 2009

TAG DARI KAK NIK


Akhirnya saya di tag juga. Tag ini diterima dari kak nik editor. Wooo..kak nik semakin hebat berblog sekarang. Alhamdulillah, sama-sama bertukar fikiran dan wadah.


1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?

'Re-engineering of Islamic Building'. Kenapa memilihnya? Pertama, saya pelajar kejuruteraan bangunan dan mahu mengaplikasikan term kejuruteraan, mewujudkan satu term analogi barangkali. Kejuruteraan itu adalah pembangunan dan apa yang saya bangunkan adalah bangunkan Islam. Kedua, namanya ada momentum yang dinamik, tegas dan punyai terjemahan yang sangat luas jika memahami benar-benar apa itu 're-engineering' . Saya bermatlamat menjadi agen perubahan yang berkarektor 'membina semula'.


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya

http://youmusthink.blogspot.com.
Saya sukakan pemikiran dan perubahan. youmusthink-kombinasi 3 perkataan- You, Must, Think bermaksud kamu mesti berfikir. Untuk melakukan proses re-engineering iaitu proses kembali membina, perlu ada minda dan buah fikir yang kritis, kritik dan baru. Cuma saya akui, masih belum seluasnya menguasi konsep berfikir itu.


3) Apakah method dalam penulisan blog anda?

Saya cuba mempelbagaikan genre penulisan. Lebih-lebih lagi, saya seorang yang mudah jemu terhadap sesuatu yang sama. Kekurangan saya ialah tidak meminati cerpen, novel, puisi dan bahasa berbunga-bunga. Maaflah, kalau penulisan saya tidak ke arah itu. Saya juga amat tidak suka penulisan yang panjang.


4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

Belum lagi setakat ini. Jika saya sudah berhenti menulis, blog inilah yang akan diwariskan kepada anak-anak saya nanti sebagai medium menceduk ilmu dan belajar dari pengalaman ibunya. Sebab itu, saya berhati-hati dari penggunaan bahasa dan intipati blog. Inilah library online family saya di masa hadapan. Kalian juga harus menvisikannya terhadap blog kalian agar blog kalian tidak terhapus ditelan zaman dan usia.


5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Oh, Kak nik blogger yang lebih hebat dari saya. Pengalaman, itulah kelebihan kak nik.


6) Senaraikan calon yang akan di tag: Nak tag brp org?

Sesiapa yang berminat, dipersilakan, tidak terhad.


2 Comentários:

Hasbullah Pit said...

biasanya 5 org

alQasam said...

Salam Ukht,

Menarik.

Pint tidak suka tulisan panjang dan blog sebagai warisan.

Blog ini menarik, ringkas tetapi padat ternyata seorang Muslimah yang cemerlang intelek dan hatinya. InshAllah. Doa ni.:)

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO