Thursday, April 23, 2009

PENAT

Siapa penat? Kita senyum dulu...

Aiks, kambing pun senyum..senyum kambing..

Hihihi..kucing kak milah pun senyum...

Orang beriman, sekalipun penat mampu mengukir senyum


“Penat!, Penatnya…kenapa penat sangat ni?, Aduii penat sangatlah. Tolonglah, along penatlah, tak tahan penat sangat hari ini,” dan macam-macam lagi ngomel penat yang ada.


Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak kebelakangan ni, saya rasa teramat penat. Harapnya tak lah penat tu berpanjangan sehingga semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak ke hadapan pula.


Itulah, mood menulis terbantut dan terus terbantut, idea menulis tidak membesar dan terus membesar, semangat kurang berkembang dan tidak berkembang. Sama seperti tuan empunya blog yang tak besar-besar dan tak kembang-kembang. Maksudnya, kurus…


Erm, taklah sibuk sangat dengan kerja. Deadline pun baru berlalu minggu lepas. Cuma menunggu majalah siap dicetak. Oh, lupa..jangan lupa dapatkan muslimah keluaran Mei nanti. Saya menulis isu tentang 'kematangan politik wanita, mematangnya generasi.' Huraiannya sekitar politik wanita di arena perjuangan rakyat, bagaimana politik wanita mencetak generasi umat terbaik, dan pendidikan politik wanita.


Ok, kembali ke Sri Pentas. Cerita tentang penat.


Bila penat, sudah tentu dikaitkan dengan kerja. Orang Islam kerja kerana agama. Orang Cina kerja kerana untung. Orang Barat kerja kerana kuasa. Orang Indon kerja kerana tiada kerja - tiada kerja kat negara sendirilah! Orang malas kerja kerana terpaksa. Dan Along kutip hutang kerja untuk mengerjakan orang.


Setiap orang bekerja dan rasa penat. Kerana itu, setiap orang wajib mencari motivasi bekerja. Agar yang penat itu menjadi manis untuk dikenang-kenang di hujung bulan.


Bekerja untuk untung, itulah motivasi orang cina

Bekerja untuk kuasa, itulah motivasi orang barat

Bekerja untuk agama, itulah motivasi orang Islam.

Anda pula bekerja untuk apa? Untuk dunia? Untuk Akhirat?


Kalau untuk dunia, itu benar. Untuk makan, minum, rumah, anak-anak nak sekolah, hantar mak ayah pergi hospital, beli kereta, kahwin, kawan, beli coklat dan beli apa-apa saja.


Kalau untuk akhirat, itu juga benar. Dapat gaji, infak untuk agama. Pendapatan selebihnya kutip di Syurga.


Kalau untuk dunia dan akhirat, itulah yang paling benar. Ya, kerja perlu seimbang dunia dan akhirat. Tidak melebihkan antara keduanya. Tetapi seimbang dan sederhana.


Oh meleret lagi. Kembali ke Sri Pentas. Cerita tentang penat.


Sebenarnya sibuk atau tidak sibuk, banyak kerja atau tidak, kedua-duanya tetap rasa penat. Cuba kalau kita dah sibuk Isnin hingga Jumaat, lepas tu sabtu ahad kita rehat dan tak buat apa-apa, pasti badan kita mula terasa penat dan sakit-sakit. Betul tak? Sebabnya, kita dah terbiasa dengan kerja dan bila badan tidak digerakkan, kita rasa tak sedap badan.


Sama juga macam orang yang kuat tidur. Banyak tidur tu bukan merehatkan tetapi memenatkan. Sebab itu orang yang suka tidur dan bermalas-malasan, orangnya kelihatan lembik, buntu, lambat bertindak dan pasif. Seolah-olah macam dia pula yang terlebih penat dari orang yang kuat kerja.


Orang yang penat kerja kerana agama, penatnya hanya fizik dan jasad. Namun, jiwanya sekali-kali tidak pernah penat. Sumber inspirasinya adalah Allah, sumber tenaganya adalah Allah, sumber ucapannya adalah zikrullah, tingkah lakunya membesarkan Allah, ilhamnya dari Allah.


Allah sentiasa sebati dalam setiap rona hidupnya.


Orang yang malas itulah orang yang paling penat. Bukan sahaja penat, tetapi tenat. Penat dengan dosa malasnya, tenat dengan kemunduran jiwanya.


Sibuk atau tidak sibuk, kedua-duanya penat. Jadi pilihlah, mahu penat yang bermakna atau penat yang sia-sia…


"Mai Radix secawan...", minumlah Radix, hilangkan penat!

7 Comentários:

nahwanNur said...

Salam kak,

peliknya saya kepeningan selepas minum radix suatu ketika dahulu, terus saya simpulkan radix kurang sesuai untuk saya. Mungkin ada sistem badan tidak mampu terima.

tak sempat nak komen banyak. Tak baca habis pun entri akak ni. Kejar waktu untuk melayan chenta lepas ini :)

do smile always :D

madziani said...

Salam,
Seringkali saya terkesan dengan entri-entri akak. Beberapa hari lepas, saya mendapat keluhan dari seorang teman, dia penat bekerja. Dia merasa diperkotak-katikkan oleh majikannya. Saya juga berikir tentang motivasi. Mungkin dia jemu, jemu bekerja dan sememangnya penat. Namun, saya tidak tahu kata apakah yang ingin diolah hanya untuk dia sedar kenapa perlu penat sebegini. Alhamdulillah, entri akak kali ni mampu menolong saya menhurai lebih panjang tentang permasalahannya. Terima kasih.
wassalam

ustazah-engineer said...

Oh, yeke pening. Mungkin tak biasa kot. Ada minuman yg memang taklek diterima perut. Biasanya org yg suka minum nescafe atau kopi boleh 'ngam' ngan radix. Sebabnya, radix ini ibarat alternatif terhadap 2 jenis minuman tu...

Erm, lagipun kalau org tu tak suka mkn ubat pun memang takleh masuk. Sebab, radix ni kan herba, lebih kurang ubat jugaklah...huhu :) akk tak perli tau...

Wah, terus melayan chenta ya..selamat berjaya..

Rindu sama adik...

ustazah engineer to hana said...

Alhamdulillah kalau begitu.

Barangkali dia kehilangan motivasi. Bukan saje dia, kitapun adakalanya hilang motivasi. Sebab itu buku2 motivasi paling byk di pasaran. Maksudnya, motivasi itu perlu digarap dan digilap selalu dlm apa jua bentuk sekalipun..

teruskan mencari motivasi itu kembali.

Dan motivasi terunggul adalah ALLAH, pemilik hati dan sumber inspirasi

alqasam said...

Tulisan bagus. Memberi impak.

Tentang Radix tu. Memang kepada sesiapa yang punya penyakit tertentu i.e migrain etc akan menerima beberapa kesan awal semasa awal minum. Simptom biasa bagi tubuh sedang adjust dengan rawatan atau dipanggil kesan ubatan herba. I.e badan panas, sakit kepala. Ibarat tubuh kita dipenuhi toksid dan radix merawat dan membaik pulih badan. In a while, badan akan kembali ok dan mula adjust dengan rawatan herba radix. InshAllah. It happen to many.

Radix sesuai untuk semua kecuali Hepatatis B @ penyakit hati kerana herba akan terkumpul di hati.

ustazah-engineer said...

wah, bagus al-qasam komen entri ni...
ana pun tak tahu pasal info kesihatan tu. suka minum tapi tak amik tahu, mgkn sebab tak rasa kesan2 sebegitu.

Alhamdulillah, radix jika terus diamalkan banyak kelebihannya. Begitu juga dgn produk hpa yg lain. Tetapi tulah, yg ana perasan klu guna produk herba ni memang ada risikonya di peringkat awal, hasilnya lambat dan kena terus amalkan. Tu yg kdg2 ada yang kurang sabar dgn kesan2nya, cepat berhenti amalkan produk herba.

walau macamanapun ia lebih baik daripada produk kesihatan yg banyak unsur2 chemical. Lebih baik, amalkan madu sebelum mcm2 penyakit datang kan..

terima kasih atas perkongsian

lelucon said...

alqasam tu dealer, kan? kan? (tengok blog) hehehe

"A:awak kerja untuk siapa?
B:saya kerja untuk apa.
A:Sama la tu. Untuk siapa?
B:untuk apa la.
A:Awak kerja sebab apa?
B:ya la. Untuk apa!"
A:Awak tanya saya kenapa. Saya tanya awak kerja untuk apa?
B:Betul la to! Saya cakap saya kirja untuk saya punya Apa (ayah). Dia tada kirja, macammana mau kasi makan?"

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO