Monday, April 27, 2009

SAYA, BUKU & PESTA BUKU

Alhamdulillah, Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung minggu lepas meninggalkan pelbagai kenangan bagi saya. Mungkin bagi sebilangan orang, tiada apa yang mahu dijadikan kenangan sebab Pesta Buku bukan peristiwa penting dalam hidup. Keperluan utama, dapat memiliki buku yang kita gemari. Itu sudah cukup.


Membeli dan memiliki buku baru ibarat memiliki semangat membaca yang baru. Selainnya, memperbaharui buku sama dengan memperbaharui ilmu, pemikiran dan pandangan masa hadapan. Pasti itu yang dirasai kebanyakan orang yang optimis dengan buku.


Sebenarnya buku bukan memuaskan kemahuan hobi, tetapi buku membentuk peribadi. Baik kandungannya, itulah yang mengubat hati yang sakit. Mantap ideologinya, itulah yang membentuk pemikiran yang matang. Tinggi ilmunya, setinggi itulah daya intelektual yang bakal terbina. Kalau kita gagal merasainya, tandanya kita gagal memilih sesuai dengan keutamaan dan keperluan semasa.


Hati-hati dalam memilih antara dua keadaan. Sama ada buku yang suka dibaca atau buku yang perlu dibaca. Perlunya keupayaan memilih.


MENGUTIP MUTIARA DI LAUTAN BUKU

Segala puji bagi Allah yang memberi kelapangan kepada saya. Saya berpeluang 5 kali ke Pesta Buku. Kebetulan ofis Muslimah dekat dengan PWTC. Dengan kesempatan itu, saya dan Kak Nik editor mencari bahan untuk majalah. Meninjau buku-buku tertentu untuk ulasan, sesi temubual dengan penulis, hadir ke beberapa pelancaran buku, dan mendapatkan maklumat berkaitan.


Amat banyak sekali mutiara yang dapat dikutip di sebalik lautan buku yang sebegitu luas. Mutiara yang paling mahal harganya ialah bersama dengan Tuan Guru Nik Aziz dan isteri sepanjang pelancaran buku Bidadari Dari Timur, karya Tuan Sabariah, isteri Tok Guru. Saya dan dua sahabat Nisa’ Gombak bertugas sebagai pengiring. Rasa macam ‘bodyguard’ pula. Paling seronok, dapat makan semeja.



Saya mengagumi akhlak Tok Guru dan isteri sepanjang bersama. Sukar saya mahu ceritakan di sebalik ketenangan pada wajah, ucapan dan perilaku beliau. Cuma saya akui satu hikmah, "tanda orang yang beriman ialah bila kita melihat dia, kita akan teringat Allah." Itulah ketrampilan yang lahir dari ulama’ pemimpin tersohor itu.


Jika pertemuan tersebut merupakan sebuah mimpi, saya berdoa agar Allah jangan bangunkan saya dari tidur. Amat indah sekali!. Banyak saya belajar dari beliau secara tidak langsung.


Rabu, saya dan Kak Nik ke pelancaran buku tulisan Ust Riduan Mohd Nor iaitu Gaza Menangis dan Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden keluaran Jundi Resources. Dalam pelancaran tersebut, Ustaz Riduan berkongsi pengalamannya dalam misi keamanan di Gaza.


“Saya teringat satu keadaan di hospital Palestin. Ketika sampai di hospital, saya melihat semua orang membaca Al-Quran tidak henti-henti. Mereka membaca bukan untuk mengisi masa kosong atau sebagai amalan biasa semata. Memandangkan hospital kekurangan bekalan perubatan maka ayat-ayat Al-Quran itu dijadikan ubat bius untuk mengurangkan rasa sakit mangsa-mangsa keganasan.”


“Malah, saya juga melihat kanak-kanak Palestin yang putus tangan dan kaki. Apabila ditanya, tahu apa yang mereka jawab? Mereka menjawab, “Walaupun jasad kami masih di dunia, kami yakin kaki dan tangan kami yang terputus berada di Syurga.” Kanak-kanak Palestin sudah tahu apa itu syahid berbeza dengan anak-anak di Malaysia,” perkongsian ustaz Riduan dalam pelancaran bukunya.


Dan banyak lagi mutiara yang dapat dikutip…cukuplah ini untuk diceritakan.


BUKU BELI DAN BUKU PERCUMA.

Adat orang media, kalau pergi ke pelancaran buku, mesti dapatkan buku percuma. Dalam pelancaran buku Ann Wan Seng, Kak Nik dapat buku Murtad-Jangan Pandang sebelah mata. Saya tidak hadir masa itu.

Masa ke pelancaran buku Ustaz Riduan, kami dapat dua buku terbaru beliau. Selepas sesi temubual, dapat lagi sebuah buku bertajuk Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden.

Selepas itu, singgah pula ke booth An-Bakri, dapat buku Bidadari Dari Timur. Sembang punya sembang, dapat lagi gift dari En Masri, pengarah An-Bakri.

Alhamdulillah, bertambah koleksi buku lagi.

Antara buku percuma yang diperolehi di Pesta Buku

Ini buku yang dibeli. Biasa-biasa saja bukunya. Simpan duit untuk peristiwa penting bulan hadapan.

Saya membeli 12 buku semuanya. Dalam mengurus pembelian, saya seimbangkan mengikut keperluan dan keutamaan. Kemungkinan tidak akan membeli buku dalam tempoh tiga bulan akan datang. Jadi, saya pilih buku yang betul-betul akan digunakan dalam tempoh tiga bulan tersebut.


Saya membeli buku dari pelbagai genre. Buku agama, motivasi, pembangunan diri, dakwah, novel, kemudi rumah tangga, dan ilmiah. Seimbang. Dua karya Hilal Asyraf iaitu VT dan Langit Ilahi pun turut dibeli walaupun ia bacaan remaja. Sebabnya, banyak intipati dua buku tersebut sangat berguna untuk pengisian usrah dan program remaja nanti.


Ingat, buku bukan untuk tuntutan peribadi tetapi untuk ditebarkan ilmunya ke seluruh manusia.


Buku yang paling banyak dibeli ialah buku kemudi perkahwinan. Ahaks!. Sebagai persediaan untuk perubahan fasa kehidupan nanti. InsyaAllah, saya bakal menamatkan zaman solo saya bulan hadapan. Nanti saya maklumkan.

Inilah buku yang saya paling sayang sekali. Salah satu koleksi The Risale-i Nur karya Bediuzzaman Said Nursi. Bukan mudah hendak dapatkan karya ini di pasaran. Harganya pun mahal, hampir RM 43 selepas diskaun. Saya membeli koleksinya bertajuk The Reasonings – A Key to Understanding the Qur’ans’ Eloquence. Satu sahaja yang tinggal, yang lain habis dijual. Kira orang yang terakhir belilah ini.


Saya ada ‘aim’ satu buku lagi karya Malik Bennabi, tentang Islam dan ….(tak ingat tajuk apa). Tetapi ongkosnya tak cukup pula. Ada lagi buku yang menarik di Utusan, Pusat Terjemahan Buku Kebangsan, Majlis Ilmiah, DBP dan Buku Universiti tapi tidak berpeluang membelinya. Mahal. Tak apalah, Kinokuniya dan MPH dekat, boleh beli kemudian.


Hendak cerita juga fasal pengalaman di NB Kara, syarikat buku novelis terkenal Norhayati Berahim. Bersama dengan novelis lain, Kak Nora Ahmad dan Kak Lily Haslina. Tapi gambar dekat kamera Kak Milah. Nantilah.


Penat round PWTC. Jumpa lagi tahun hadapan.

9 Comentários:

nahwanNur said...

Assalamualaikum kak, banyak beli ya. Alhamdulillah rezekinya ya. Saya berkesempatan pergi sekali saja. Itupun bersama beberapa kumpulan usrah pelajar dan guru-guru. Alhamdulillah dapatlah beli 3 buku.

Karya malik bennabi banyak di jual di uia. Bukunya yang paling meletup adalah The Quran Phenomenon. But then, tak tahu yang mana satu aim akak. Hehe.

Buku The Risale-i Nur tulisan Said Nursi antara yang menjadi kegemaran saya selain kitab al hikam tulisan ibnu atthailah. Ada dealer nya untuk kitab Said Nursi ni. Kalau akak nak nanti saya bagi, insyaALLAH. Setakat ni saya ada buku intisari nya dan introduction sahaja. Yang jilid sebenar belum mampu saya miliki :)

All the best dear sis.

Azurah Anuar said...

banyak hasil tangkapan :)

lelucon said...

"InsyaAllah, saya bakal menamatkan zaman solo saya bulan hadapan."
laaa, dah nak berkumpulan rupanya. agaknya berapa banyak fail si dia bawak ya?

rm43 tu belum mahal tu. Buku ilmiah universiti di tingkat 2 (plg atas). > rm200 - rm400 sebuah! Adus...

ustazah-engineer said...

Nahwan, lepas ini akk pi uia jelah pinjam buku. Guna lesen adik. Mesti byk buku bagus2 kat universiti internasional ni. Oh, ada dealer ke? Bagusnya, nntilah tunggu stabil. Nak abiskan satu koleksi ni pun terhegeh2. Maklumlah takla terror English. Tahap tinggi pulak tu bahasanya.

Wawa, 'banyak hasil tangkapan', buku macam ikan pula ye :). Ada macam2 ikan kat Pesta tapi saya mampu tangkap ikan bilis je. Ikan Jaw banyak isi, so mahal, tak mampu. :)

Lelucon, jemputlah nanti. Teringin nak jumpa pengunjung dan pengomen aktif blog saya ni. Jgn lupa bawa fail dan resume ye jika datang bertandang ke kenduri saya...

Erm, bunyi macam tak mahal. Tapi bagi saya mahal untuk buku 150 m/s sahaja. Itu baru satu koleksi Risale - i nur, kalau semua koleksinya, makan ratus2 juga tu..

Maklumlah, dulu duduk U, duit habis beli buku2 pengajian. Sekaranglah baru nak baca buku yg berbeza disiplin ilmunya..

MS Rizal said...

Pesta Buku Antarabangsa sudah menjadi acara tahunan yang paling dinanti-nantikan. Teringat dahulu kali pertama datang, hanya berjaya membawa balik senaskah majalah dan sebuah novel sahaja-sebab waktu itu saya masih lagi bukan pembaca yang tegar, sekarang pun masih belum lagi sebenarnya.

Nanti kalau dah penuh rak ustazah dengan buku bolehlah pakai title 'Al-Qurtubi'='Ulat Buku' pula ye..hehe..

Miss X said...

Akak, nk buku.. Poskan

az_abrar said...

salam akk. leh pinjam buku..hehe

pergi juga KLIBF 09 hari tu. Dapat beli buku Kenzaburo Oe, The Silent Cry terbitan Kondasha International, Bunkyo-ku Tokyo.

Mahal la tapi dah lama nak beli, beli la jugak hari tu.

ustazah-engineer said...

to kelawarhijau,,
hehe...nak ke,,bgtau jelah nak buku apa kat sini,bleh akk postkan...

to nida,,
wah baca buku jepun pulak ke?? buku pasal apa tuh? boleh la tukar2 baca

Syed Azharul Asriq said...

oh..minat buku yer...bagus2..sama la dgn kita..

hari tu saya ada beli buku Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan karya Ust Riduan Mohd Nor dgn Ustaz Mohd Fadli Ghani..

best tu buku ni..kalo minat pasal sejarah ulama, mesti kene cari ni..ada story pasal Hang Tuah pergi ke Turki dan dpt hadiah meriam Uthmaniyyah, Terengganu mahu menjadi negeri naungan Istanbul, Haji Abdul Rahman Limbong kibarkan bendera Stambul (Istanbul) semasa menentang British dll fakta yg x pernah belajar dlm buku teks skolah...

saya syorkan anda cari buku ni...sbb saya pun giler buku gak..hehe

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO