Wednesday, April 29, 2009

SILA PEKA ISU INI

Tak sampai sebulan menjadi Perdana Menteri, pelbagai perkara merapu yang dilakukan oleh Najib termasuk dalam soal ekonomi, pembentukan kabinetnya hinggalah soal agama.


Baru-baru ini kabinet Najib telah mengeluarkan kenyataan tentang status agama anak, jika salah seorang ibu bapanya menukar agama.


Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.


Sebagai contoh, jika ibu bapanya menganut agama Hindu semasa mereka berkahwin dan selepas itu, bapanya menukar ke agama Islam, maka anak-anaknya masih beragama Hindu sehinggalah berumur 18 tahun. Selepas 18 tahun, baru anak-anak dibenarkan membuat pilihan agama yang disenanginya.


Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.


Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Islam menyifatkan tindakan menyerahkan sesuatu perkara kepada orang yang bukan ahlinya sebagai tindakan zalim. Persoalan akidah anak penganut agama Islam diserahkan kepada Koh Tsu Koon dan Subaramaniam sedangkan perkara itu boleh dilakukan melalui timbang tara pelbagai pihak yang lebih adil dan memahami.


Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti.


Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.


Di bawah ini, saya nyatakan links berkaitan tentang perkembangan isu setakat ini. Turut serta, beberapa respon dari sudut pandang agama dan perundangan.


Sila baca mengikut turutan.

Anak mengikut agama asal ibu bapa - Berita Harian

Anak mengikut agama asal ibu bapa bercanggah syarak - Berita Harian

Penentuan status perlu ikut hukum dan perundangan - Berita Harian

Isteri Ridzuan fail saman pemula hak penjagaan - Berita Harian

Keputusan status agama anak ikut hukum syarak - Berita Harian

Keputusan kabinet Najib takutkan rakyat peluk Islam - Harakahdaily

Gadai agama tidak wujudkan perpaduan



Saya 'memaksa' seluruh masyarakat yang mencintai Islam dan perpaduan agar cakna dengan isu ini. Jika tidak, jangan salahkan saya seandainya anda dikatakan sangat mementingkan diri sendiri.


InsyaAllah, saya akan terus mengkaji, menyelidik dan mengutip perkembangan dari semasa ke semasa. Dan akan menemui orang yang lebih layak untuk mengusulkan pandangan dan kritikannya bagi topik muslimah akan datang.

SELAMAT MENJADI MASYARAKAT YANG CAKNA!


12 Comentários:

Anonymous said...

Dia masih terawang2 sbb hantu altantuya menghantuinya!!!!

Anonymous said...

ya allah...sedih dan kecewa bila pemimpin yg tdk berilmu diangkat memerintah negara..ikut logik akal tdk dpt menyelesaikn segalanya...

MS Rizal said...

Anonymous jangan bersikap pesimis!
Ini bukan soal Altantunya, kita tiada bukti untuk memperkatakannya selagi tidak benar2 terbukti, cukuplah seseorang itu dianggap berbohong apabila memperkatakan sesuatu yang tidak diketahuinya...

------

Saya juga cukup terkejut dengan pengumuman YB Nazri Aziz tentang hal ini. Ini adalah satu kenyataan bahaya memandangkan layanan kepada muaalaf di negara ini amat lemah. Sudahlah dilemahkan dengan sistem dan sosiologi masyarakat yang memandang sinis golongan mualaf, ditambah pula dengan hal ini.

Saya risau, jika kerajaan benar-benar serius untuk mengatasi masalah sambutan politik yang pudar maka gerakan IRC akan kembali menjadi modal pusingan untuk p/raya seterusnya. Siapakah dia yang mahu ulama' yang dengan ikhlas bermatian-matian mahu membela. Jamil Khir? Saya tidak yakin dia orangnya.

ustazah-engineer said...

Isnin, berita najib tentang liberalisasi kewangan. Selasa, nak buat bank mega. Hari ini, nak buat modenisasi sektor awam....macam2 perubahan drastik hendak dibuat...

...dan akidah umat Islam semakin krisis dari hari ke hari, isu ini pula dipandang remeh.

Takut jadinya lepas ini timbul pula idea nak buat transformasi undang2 Islam.

ustazah-engineer said...

MS Rizal..

Ana rasa, golongan liberal semakin ketawa hari ini. Sedikit sebanyak isu ini macam ada 'bias' IRC dulunya..bukan islam terlibat dengan keputusan berkaitan agama Islam...

Autoriti ulama semakin sempit..

Ada ulama dlm kerajaan yg 'melenting' dgn isu ini, tapi nak buat macam mana, depa pun masih terhimpit dengan autoriti. Ada kuasa tapi tak boleh bersuara.

lelucon said...

jgn cepat emosi. Bila terlalu ikut emosi, mudah silap langkah.

Cuba nilai sebab (root cause) kenapa Kabinet (tergamak) bertindak begitu. Satu kemungkinan sebabnya, mungkin jika Kabinet benarkan tukar agama anak, ada pasangan yang akan 'mengaku' Islam semata-mata nak penjagaan anak. Yang jd mangsa/rugi yang tak 'ngaku' Islam sbb tak dapat hak penjagaan. Jika ini alasannya, apa penyelesaian alternatif? Jika kaedah analisis yg matang digunakan, blh digunakan sebagai hujah balas yg efektif (dan yg penting dipertimbangkan), berbanding melenting mcm 'beruk kena belacan'.

Tapi saya pun kesal dan tak sokong juga. Kabinet patut ambilkira pandangan ulama.

ustazah-engineer said...

lelucon,,

Persoalan status agama dan akidah sebenarnya sudah dikaji lama dan dibuat analisis oleh kumpulan yang lebih berautoriti dalam membuat keputusan. Sejak dulu2 lagi semenjak penubuhan IFC dan kemudian menjadi IRC.

keputusan itu akan memberi satu implikasi dan intikasi yang buruk pada masa depan umat Islam di negara ini.

Ini bertitik tolak dgn pelbagai isu akidah umat Islam sebelum ini..dari kes lina joy, natrah dll.

""Jika tahun 1950 isu Natrah yang telah dimurtadkan melalui proses undang-undang pada hari ini kes itu berulang. Himpunan membantah isu Natrah itu juga telah berjaya menyatukan umat Islam tanpa mengira etnik"

Ini persoaln hukum, bukan ikut rasional membuta tuli. Walaupun saya percaya Najib ada alasannya untuk memutuskan demikian, namun alasan berdasarkan logik hingga menolak hukum tuhan adalah alasan picisan.

Banyak lagi impak pada agama yang perlu difikirkan jika dibandingkan dengan alasan-alasan semacam itu.

persoalan tentang hak penjagaan anak juga telah ada alternatifnya. Sila baca kenyataan sebelum ini.

""Dalam Islam hak membela anak diberikan kepada bapa yang beragama Islam begitu juga jika ibu yang memelok Islam,"

Pada saya, dalam kes akidah ini, orang yang bertindak mengikut emosi adakalanya lebih baik dari bertindak mengikut 'rasional yang menipu'

Takut nanti ramai pemimpin kita menjadi golongan realitivis

Hati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bersangkutan hukum agama. Ia boleh merobek akidah kita tanpa sedar!

Azurah Anuar said...

"Satu kemungkinan sebabnya, mungkin jika Kabinet benarkan tukar agama anak, ada pasangan yang akan 'mengaku' Islam semata-mata nak penjagaan anak."
Mana boleh kabinet "membenarkan" atau "tidak membenarkan."

Kabinet sudah berada di atas undang-undang?

MS Rizal said...

Malangnya banyak kes yang tidak berpihak kepada orang Islam telah berlaku sebelum ini. Cumanya kes ini terpencil dan tidak dihebahkan.

Bayangkan, anak-anak muda sebelum berumur 18 tahun tidak ada hak untuk menukar agamanya(baca kepada Islam). Sedangkan waktu selepas akhil baligh mereka sudah punya pemikiran rasional kenapa dan mengapa untuk menukar agama.

Saya bimbang puak pelampau agama(terutamanya Hindu) di negara ini akan bertindak akan mengambil kesempatan.

Malang sungguh, tiada langsung pandangan ulama' diambil dalam hal berkaitan bidang mereka ini. Saya menunggu komen mantan Mufti Perlis.

az_abrar said...

salam. mungkin mereka lupa kisah Rusuhan Natrah dulu. Moga ambil pengajaran.

Anonymous said...

Apa la yang duk kalut sangat. Perkara ni bersangkut dengan perlembagaan negara. Tunggu dan tengok dulu la, apa nak jadi. Kalau duk heboh pun, nak jadi apa? Yang duk kata PM macam2 ni, apa hal. Islam apa yang ajar pengikut dia kata macam2. Dah pandai tulis blog ni, belajar mana? Bukan kah orang yang hampa duk tuduh macam2 ni ka, yang bagi peluang belajar. Patut mau hantar semua hampa yang pandai ni duk di Afrika, baru nak berakai kut. Patut2 la, nak kata kat orang pun.

Nurhidayah Jaafar said...

Pembela pertahan umat Islam dari konflik tukar agama
Harakahdaily
Thu | Apr 30, 09 | 11:41:31 am MYT

Kami pertubuhan-pertubuhan NGO Islam yang bergabung di bawah PEMBELA menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia agar bertenang dalam menghadapi kemelut berkenaan dengan isu agama yang tercetus kembali baru-baru ini susulan kes Muhammad Ridzuan Abdullah dan Indira Ghandi.

Seruan ini berasaskan pada kebimbangan kami bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

Perbicaraan ini masih dijalankan, baik di Mahkamah Syariah mahupun Sivil.
Justeru, PEMBELA berpandangan proses undang-undang perlu dibiarkan berjalan tanpa tekanan dari mana-mana pihak.

Kami ingin merayu semua pihak yang berkenaan dan pihak yang mempunyai kepentingan supaya jangan mengambil kesempatan dan memperalatkan perbezaan yang timbul di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Sehingga keharmonian undang-undang dapat dipersetujui, PEMBELA meminta semua pihak menghormati undang-undang syariah dan undang-undang sivil.

PEMBELA tetap mematuhi ajaran Islam dan akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela hak-hak orang Islam dan masyarakat Malaysia secara umumnya secara adil dan saksama.

PEMBELA sedang menjalankan kajian mendalam berkaitan konflik undang-undang syariah dan sivil dan bersedia mencari penyelesaian dengan mana-mana pihak.

Dalam menangani sebarang konflik membabitkan perundangan syariah dan sivil, PEMBELA menyarankan satu penyelesaian jangka panjang harus diusahakan agar ia mampu membawa kebaikan kepada semua pihak terbabit.

Sebarang perbezaan pendapat harus disalurkan menerusi proses perbincangan ilmiah membabitkan pelbagai pihak agar semua perbezaan ini dapat diselesaikan serta tidak menjejaskan kestabilan negara.

Kami juga menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dan keharmonian Malaysia dapat ditingkatkan atas semangat persefahaman, muhibbah dan setiakawan di antara semua kaum.

Kenyataan Media
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
29 April 2009 / 4 Jamadilawal 1430. - mr_

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO