BERCUTI YANG TAK BEREHAT...
Assalamualaikum. Salam motivasi Islami kepada semua pembaca yang setia dan tanpa jemu terus mengikuti perkembangan blog saya setiap masa. Ketika ini, saya menemui khalayak dalam ruang yang mungkin seketika sehingga suatu masa yang agak lama saya akan kembali ke sini semula.
Esok, hari Selasa dan Rabu, saya mempunyai tuntutan kerja luar. Saya akan ke IKIM untuk menghadiri Seminar “Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa” atas jemputan sebagai pihak media. InsyaAllah, telah saya sematkan dalam hati untuk berkongsi ilmu yang diperolehi sepanjang dua hari itu pada entri-entri akan datang.
Bermula Khamis hingga Selasa minggu hadapan, saya akan bercuti sempena Majlis Walimah saya. Ingatan jemputan buat anda yang saya kasihi sentiasa. Andai ada ruang masa dan kesempatan, sudilah menyambut undangan dari pihak saya dan keluarga.
Kak Nik bertanya semasa makan tengahari tadi, “Apa perasaan dayah nak dekat kahwin ini?”
Saya jawab, “Ntah, macam takde apa-apa perasaan pun”.
“Kamu tu memang selalu macam orang takde perasaan,” balas kak Nik semula.
Saya senyum. Betullah tu. Tak tahu apa perasaan saya ketika ini. Nasihat sahabat saya, jangan dilayan sangat perasaan itu. Katanya yang baru sahaja berkahwin, “Redah je!”.
Untuk itu, saya mohon pengunduran diri buat mengambil nafas bertenang dan semangat “Redah je!”.
Jumpa lagi nanti. Kerana Ukhuwwah, akan saya ke sini lagi.
Syukur ada kalian. Assalamualaikum w.b.t.
7 Comentários:
Askum ukht,
Semoga dimudahkan semuanya.
Marriage blues pun tiada ke?
Memang. Redah sahaja. Namun, tentunya dengan tawakal.
Segala kepeningan, kerisauan yang tidak perlu semuanya tiada lansung pada hakikatnya. Kita yang risau banyak.*Merujuk pada pengalaman diri sendiri.
Ana ada tujukan satu warkah buat ukht. Semoga diberkati.
Waalaikumussalam w.b.t
Syukron al-qasam. Bagus dan baik artikelnya. Terharu atas peringatan itu.
Marriage blues? Tipulah kalau saya kata takde. Cuma kalau orang tanya, tulah yang saya jawab. Sebabnya, taknak "blues-blues" itu terus dilayan dan disebut-sebut selalu. Tak baik untuk kesihatan mental dan emosi nanti. Huhu...
apapun, doa itu sentiasa perlu mengiringi setiap inci usaha. Doa dari dalam diri & tentunya doa dari kalian semua.
Erm, lepas kahwin nnati, bolehla kita saling berkongsi cerita kan?
InshAllah, boleh je. Ana pun masih bertatih lagi. Kadang-kadang terjatuh juga.
Marriage is totally a bliss. Selamat menempuhnya dan menjadi wanita yang sempurna dan bahagia.:)
Sekadar berkongsi pembacaan, pengalaman sikit2 dan nasihat yang pernah didapati oleh masyaikeh.
Ana dulu ke Mesir masa 14 tahun. Ambil ijazah semasa 14. Serumah, dan sebumbung dengan mereka yang dah berkahwin. Berkawan semua dengan mereka yang dewasa. Alhamdulillah, Allah takdirkan kahwin pada masa yang sesuai, tak terlalu lambat tak terlalu cepat.
Take care, kak.
Komentarlah kalau sudi apa-apa yang boleh dikongsi sekali di artikel tersebut.
*Bau nasi minyak dah ni.:)
Salam kak,
Tahniah dan semoga berbahagia, diredhai Allah sehingga ke anak cucu!
Salam ustazah,
Terima kasih atas jemputan kenduri hari itu.
Maaflah saya terpaksa pulang awal sebab ada hal, tak sempat nak tengok ke'kacak'an pengantin lelaki.
'Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua di dalam kebaikan.'
jadikan baitul muslim sebagai wadah keluarga islam, masyarakat islam, negara islam. Kuatkan semangat dan jangan jadikan kekeluargaan sebagai halangan berdakwah. InsyaAllah
Post a Comment