BERMULA SAAT ITU...
Assalamualaikum w.b.t. Bersua kita kembali di medan dakwah ini; bertatih semula menukilkan kata-kata kebaikan buat ingatan kalian dan diri sendiri yang sentiasa dahagakan makna dalam setiap inci kehidupan.
Sukar sekali digambarkan perasaan saya pada saat ini bersama seorang insan yang tidak putus-putus mengekori saya dengan sepenuh perhatian dan ketulusan sebuah tanggungjawab. Ke mana saya pergi, apa yang saya mahukan, bila saya keluar rumah, siapa di sisi saya selain dia, cukupkah keperluan saya dan apa-apa sahaja yang dituntuti saya dalam hidup perlu dalam pengetahuannya.
Sejujurnya, ia amat membahagiakan sehingga detik ini dan ketika udara dihirup saat ini. Tambahan, ia masih baru dirasai dan dilalui berbanding kehidupan dahulu. Ya, dia suami saya. Kehidupan itu adalah rumahtangga saya. Ia bukan rumahtangga sebarangan. Bukan rumahtangga nafsu atau rumahtangga cinta dunia.
Rumahtangga itu ialah baitul dakwah, baitul Islam dan baitul jamaah. Kami disatukan bukan sebab mahu menyatukan kehendak fitrah insan semata, tetapi penyatuan kami ialah penyatuan fikrah, penyatuan jemaah, penyatuan amanah ummah, penyatuan agama dan penyatuan generasi amilin Islam. Moga ia dianugerahi Allah dengan sakinah, mawaddah dan rahmah berkekalan ke hujung hayat kami. Hayat cintanya kekal sampai ke Syurga.
Pengharapan yang tinggi ke atas baitul muslim ini agar ia menjadi medan saling kukuh dan mengampuh antara satu lain dalam mentelusuri jiwa perjuangan ini. Semakin meninggi harapan itu agar hubungan yang terjalin melahirkan generasi-generasi rabbani dari rahim Islam, dari rahimku sendiri.
Ya, Allah…berikanlah kami kekuatan. Tiada daya dan upaya melainkan dengan daya upaya dari-Mu Ya Allah.
Banner yang menghiasi khemah kenduri. Selalunya orang lain letak gambar dan ucapan. Kami buat kelainan sikit. Setiap yang hadir akan membacanya sekaligus mendoakan kami. Banner dihasilkan oleh suami sendiri, seorang grafic designer.
Penghargaan tidak terhingga dari saya dan suami atas kehadiran kalian ke majlis perkahwinan pada sabtu minggu lepas. Syukur kepada Allah dan seterusnya terima kasih kepada kalian. Moga berkesempatan berjumpa lagi. Doakan kami dengan kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan menaungi kami setiap masa dan keadaan.
Terima kasih kepada rakan blogger, Ms Rizal & sahabat yang meluangkan masa hadir.
YB. Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang turut hadir sama.
Maafkan saya, tidak semua gambar-gambar yang menarik dapat disiarkan. Gambar saya pun tidak dapat dipersembahkan untuk tatapan kalian. Semuanya ini atas keizinan suami.
Kata suami saya, isterinya cantik, biarlah suami seorang yang menatapi kecantikan itu.
Salam kebahagiaan buat kalian juga.
15 Comentários:
Assalamualaikum
alfu mabruk kpd akak & suami
moga2 baitul muslim kekal hingga ke syurga
btw,'meratapi' kecantikan?hehe
menatapi kot..=)
mabruk!
waalaikumussalam w.b.t.
syukron atas ucapannya..
haah ye..baru akk perasan. Ok, akk dah betulkan.
syukron atas pembetulan itu.
Assalamualaikum kak,
ish betul ke abang ipar cakap isterinya cantik? Die ada kata dak adik iparnye lagi cantik? Ehehehe, melawak je kak
Erm kak, ada ciri tambahan yang saya tengok abang ipar ada, senyum. Dia murah dengan senyuman ya :)
Renyih sampai ke telinga na kak :)
wslm w.b.t.
banyak cantik...huhu..
Tu yg asik tersenyum je tu..kalau tak larat senyum pun, memang kena senyum juga. dah kewajipan isteri menyambut kedatangan suami dengan bermuka manis.
bukan renyih sampai telinga, dah sampai hujung kepala dah ni..:)
alhamdulillah .. semoga kekal ke anak cucu..
Salam akak, alhamdulillah, lame honeymoon...
Dapat jugak tgk gambar suami akak. Ade match!
SALAM DAYAH...
barakallah...semoga kekal hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga..
maaaffff sangat..akak tak dpt hadir ke kenduri dayah. ada hal yang tk dpt dielakkan.. tp hadiah dah ada.. nnti masuk ofis akak bg yer...heheh..
Semoga kebahagiaan milik dayah dan rashid sentiasa hendaknya!
to afham.
Syukran atas ucapannya. Semoga kekal bukan setakat anak cucu tapi sepanjang hayat.
to Syi.
match ke? haah la, ramai yang cakap macam tu. yg kata macam adik beradik pun ada juga. honeymoon tak abis lagi. khamis ni sehingga selasa cuti untuk kenduri di kelantan pula. insyaAllah, nanti akk emailkan gambar walimah, tapi tunggulah balik kelantan nanti, boleh bagi gambar kat sana juga.
to kak nik.
tak apa kak nik. ramai juga yang tak berkesempatan hadir sebab urusan masing2 yg lebih penting.
Omboi kak nik cuti lama betul mengalahkan pengantin baru...huhu. saya nak sambung cuti lagi ni...macam mana deadline kita? Hihi...senang2 jadikan pengantin baru ni jelah cover majalah, takpun letak kat ruangan busana :)
Salam ziarah.Mabruk dan tahniah buat baitul dakwah.Semoga akan lahir ramai pemuda dan pemudi yang mengikat hubungan atas dasar kasih sayang kerana Allah dan RasulNya.
Banyak perkara menarik yang dapat ana cedok dari pengalaman akak dan suami.Banner doa oleh suami,jesteru pada awalnya blog walimatu urus dan kisah sedikit sebanyak perjalanan walimah atas landasan islam.semoga ana juga turut menelusuri jalan yang sama,insyaAllah.
semoga baitu muslim yang dibina dengan limpahan sakinah dan rahmah,insyaAllah.
kirim salam ana,buat suami akak.semoga kami dapat dipertemukan suatu hari nanti,atas kasih sayang keranaNya.insyaAllah.
Bila pula ustazah snap gambar ana ini? Tak pasal-pasal popular...haha..
Apa-apapun, jaga suami baik-baik. Memang kacak dan sepadan dengan ustazah. Semoga berbahagia sampai syurga hendaknya...
salam kembali.
warkahraudhah..
syukron. ana doakan kebahagiaan buat nta juga nanti. Mana yang baik dijadikan tauladan, yang tidak baik dijadikan sempadan.
InsyaAllah, suami menggalakkan ana menulis tentang perjalanan hubungan BM kami semenjak sesi taaruf lagi, bertunang dan berkahwin. Moga ia baik untuk pengajaran semua.
MS Rizal..
Bukan ana yang snap. Ana ada booke fotografer masa walimah tu. Bila tgk gambar2 yang ditangkapnya, tak sangka gambar nta & sahabat ada juga ditangkapnya sekali. Dia dah agak mungkin nta sahabat ana...
Baguslah, ada juga kenangan. Blogger rapat ana datang kenduri. Nta bila lagi? kan dah abis blaja...:)
salam,akak..
tahniah.semoga bhagia smpai akhir hayat.
jd isteri solehah tau..
ni blog baru ana.yg suara-ummah dh tutup
http://diari-hamba.blogspot.com
tahniah ya...semoga bahagia kekal ke akhir hayat
Tahniah ya. Semoga kebahagiaan kalian tertebar harum berpanjangan hingga ke destinasi abadi.
Hasan Ali dah jadi sejarah ... mungkin anda pun patut muhasabah diri mengenangkan nasib beliau yang menjadi mangsa "politik Machiavelli" yang anda pun turut sama berenang di dalamnya ....
Post a Comment