Friday, May 22, 2009

FOKOS ATAU FOKUS

Saya sedang mencipta hobi baru sekarang. Layan adobe photoshop. Agak-agak dah bosan menulis, boleh tukar mood design apa-apa grafik pula. Untuk peringkat awal, saya explore part imej dulu. Explore sendiri-sendiri je..

Cuma masalahnya satu, saya ni cepat bosan dengan sesuatu perkara yang sama. Tak sampai setengah jam ber'grafik', mood bosan sampai. Erm, jadi dua gambar ni jelah hasilnya.


Kerja wartawan...tiap-tiap hari cuba mempertingkatkan perbendaharaan kata. Sampai dah jadi konfius untuk dua perkataan semudah ini. FOKOS atau FOKUS? Banyak kali edit text sebab konfius. Kejap taip Fokus, lepas tu tukar balik kepada FOKOS. Banyak kali mengedit perkataan yang sama sebab konfius. Lastly tengok kamus dewan. Baru jumpa yang betul iaitu Fokus.


Tak cantik pun. Tapi oklah buat permulaan.

"Tingkatkan kemahiran untuk lebih maju ke hadapan"

Jangan mudah berasa selesa dengan apa yang kita miliki sekarang. Lakukan anjakan dari masa ke semasa. Dari membaca kepada menulis, kemudian melukis. Selepas itu, cuba belajar menguasi kemahiran-kemahiran lain. Paling utama ialah 3P - Public speaking, Public relation dan Peka isu.

"Jangan salah mendefinisikan 'Syukur dengan apa yang ada'"

5 Comentários:

Farid Rashidi said...

"Jangan salah mendefinisikan 'Syukur dengan apa yang ada"

Salam,

Tertarik mahu respon tentang ini. Syukur setiap masa tak mengira waktu dan ketika sangat dituntut dan Allah SWT kasihi. Tidak kiralah apa yang ada di samping kita atau tidak ada. Dalam waktu senang mahupun susah.

Senang juga Alhamdulillah, susah juga Alhamdulillah.

Bersyukur dengan apa yang ada lalu berusaha dan terus berusaha. Kesyukuran tetap saja harus ada.

ustazah-engineer said...

Terima kasih atas pandangan nta.
Benar, usaha dan kesyukuran harus seiring.

namun, terlalu sedikit orang yang bersyukur, terlalu sedikit orang yang gigih berusaha dan terlalu sedikit orang yang bersyukur dlm kegigihan usaha.

nahwanNur said...

"Tak cantik pun. Tapi oklah buat permulaan".

Alhamdulillah okeylah ni, nanti dah kahwin dengan graphic designer tu lagi mantop! InsyaALLAH biidznillah.

Photoshop ni buat bukan benda mudah, walau dah pro. Pro maksudnya dah tahu function setiap yang ada. Tapi apa yang susah, adalah untuk membangkitkan emosi. Emosi atau mood setiap grafik yang kita sampaikan menentukan samada maksud itu sampai atau tidak kepada pemerhati.

Begitu juga setiap grafik kehidupan, perlu ada tatacara dan method yang berlainan mengikut kondisi dan keadaan untuk memastikan keberkesanan penyampaian.

p/s:

nahwanNur said...

"... Amat sedikit kamu bersyukur" memang banyak di ulangi di pengakhiran kalam ALLAH swt. Memang ia kebenaran yang tidak dapat di nafikan. Walau dengan mengucap alhamdulillah itu sendiri amat sedikit. Moga kita sentiasa di beri bimbingan dan tarbiyyah untuk sentiasa tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur.

Syukur alhamdulillah dan Terima kasih ALLAH swt, kerana anugerahkan saya kakak ini yang walau tegas, tetapi punya tinggi nilai budi dan kasih sayangnya. Dan terima kasih buat akak juga.

Hamba yang senantiasa dhoif dihadapanNYA,
Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

akak to adik said...

Tiada apa yang mampu akak katakan melainkan seukir senyuman buat adikku sayang...

SENYUM :) :) :) :)

Amik bunga ni --->-@

Jumpa nanti..nak kelik dah..

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO