Thursday, May 7, 2009

JEMPUTAN WALIMAH SAYA

Assalamualaikum. Salam ceria. Semoga ketenangan itu sentiasa bersama-sama kalian setiap masa dan keadaan.

Saya agak sibuk sekarang dalam tempoh bulan ini dan bulan hadapan. Banyak idea dan pemikiran mahu dinukilkan di blog ini, namun masih belum punya ruang & kesempatan.

InsyaAllah, saya akan tampil selepas ini dengan wajah blog yang baru. Doakan saya untuk terus menulis.

Dengan kesempatan ini, saya ingin menjemput kalian sebagai rakan rapat blog, kenalan blogger, pengunjung blog dan sesiapa saja yang ingin memanjangkan perkenalan kita kepada sebuah pertemuan...

...ke majlis walimah/perkahwinan saya.



Maka, saya mengajak kalian untuk ke BLOG WALIMAH SAYA di http://nur-irsyad.jimdo.com/

Di blog tersebut, ada ruangan download kad walimah, jemputan dari pihak kami, pengesahan kehadiran, ucapan untuk pengantin dan doa. Lagu pengantin pun ada...:)

Jemput ya...berharap sungguh jika kalian dapat meninggalkan jejak di situ dengan ucapan & doa-doa yang baik.

Semoga keredhaan Allah bersama dalam setiap perkataan dan perbuatan kita.

Wassalam. Jumpa lagi dengan izin Allah.

6 Comentários:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Teringin saya ke majlis walimah ustazah, namun jarak membantutkan hasrat saya.

Kepada Ustazah, selamat menempuh alam perkahwinan, selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.

Dan dirahmati sentiasa.

ustazah-engineer said...

Waalaikumussalam..

Terima kasih dengan niat itu.

Tak mengapa, doa anda sudah cukup bermakna buat saya dan keluarga.

Semoga dimudahkan segala urusan

Unknown said...

Salam ustzh dan TAHNIAH kerana bakal bergelar ISTERI tak lama lagi. Kad jemputan pun cantik. Kakchik belum tgk lagi websitenya, nanti nak singgah juga kot2 le dpt hadir, blh la kenal ustzh.

Cikli said...

tahniah, semoga ceria dunia akhirat.

ustazah-engineer said...

terima kasih kak chik. saya pun berhajat sgt nak jumpa kak chik. tambahan, kak chik baru masuk majalah lepas...:)

InsyaAllah, kak chik pun dok area2 kota bharu gak. dah dekat dh tu dgn peng. chepa. Boleh dtg umh pihak lelaki 12 jun nanti di Panchor.

Faridrashidi said...

Assalamualaikum,

Alfu mabruk!mabruk alaik!mabruk ala gawaz!Rabbuna ma'ak..Allah yu barik fik!

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO