Thursday, July 23, 2009

NEO-MU'TAZILAH & PENGALAMAN MENULIS


Kalaulah saya boleh mewajibkan anda melayari laman web tertentu, saya akan wajibkan anda untuk melayari laman INSISTS biarpun hanya sebentar. Terokailah laman itu, galilah sebanyak mungkin ilmu di dalamnya dan fahamilah keadaan umat yang kian menitiskan peluh kekufuran. Dalam laman itu, anda akan melalui proses kelana ilmu dengan laras bahasa yang tinggi dan termonologi yang berat tetapi mampu mengubah dogma dan pemikiran yang sempit kepada lebih terbuka.


Jika saya boleh mewajibkan anda membaca buku tertentu, akan saya wajibkan anda membaca buku-buku aliran pemikiran arus perdana khususnya sekularisme dan liberalisme. Cukup saya bertanya kepada anda, apakah yang anda baca, faham dan kaji tentang dasar pensekularan yang diterapkan dalam sistem pendidikan hari ini? Adakah anda mengenali Zainah Anwar dan Prof. Yakin Erturk di sebalik gerakan feminisme SIS?


Gejala pemikiran Islam Liberal (Islib) kian ligat menapaki hati ummat. Tanpa sedar, aliran pemikiran baru ini mengancam akidah umat dari dalam, dengan pendekatan yang halus, bersama strategi yang tersurat dan tersirat. Sekalipun golongan mu’tazilah sudah tiada, banyak lagi aliran pemikiran yang baru yang hadir dengan wajah neo-mu’tazilah. Mu’tazilah moden - Itulah liberalisme.


Pengalaman saya menulis satu artikel majalah minggu lepas menyebabkan saya mahu sahaja hanyut dalam lautan buku dan ilmu. Di hadapan saya komputer, di atas meja saya timbunan buku dan kertas kerja. Alangkah ceteknya ilmu dan gagasan pemikiran saya rasakan ketika itu. Satu ayat pun tidak tertaip, satu persoalan pun tidak terungkai. Saya buntu dalam menulis satu artikel tentang asas Islam. Akidah.



Akidah adalah akar dan pokok kehidupan Muslim. Bagaimana saya mampu mengulas tentang dahan, bunga dan ranting Islam, sedangkan saya tidak menjumpai persoalan akarnya. Rupanya baru saya sedar, akidah bukan hanya berbicara tentang Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ Wal Sifat. Bukan saja apa yang diceritakan oleh Fathi Yakan dalam Maza Ya’ni. Tidak cukup setakat membaca Asas-asas Islam dan Amal Islami karangan tokoh gerakan era 80-an. Kita ketinggalan ke belakang jika masih menatapi bahan bacaan ringan seperti itu. Pada pandangan saya, ia ringan.


Cabaran akidah semasa amat rumit. Neo-mu’tazilah telah mencengkam kita dengan pelbagai nama dan gaya pendekatan. Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia ligat mempengaruhi pemikiran umat di sana. Dan SIS menjadi duta liberalis di Malaysia dengan agenda feminisme, menuntut kesaksamaan gender. Malah, kebanyakan mereka adalah pensyarah di universiti Islam Indonesia dan Malaysia. Medan intelektual seperti di universitilah, ruang mereka melahirkan kader-kader dan pelapis liberalis. UIA tidak terkecuali.


Setelah saya membaca buku Ancaman Islam Liberal tulisan Dr Ugi Suharto, saya semakin dibuai keasyikan untuk terus mentelaah beberapa bahan tentang aliran akidah semasa yang lain. Ia termasuk buku Fenomena Pemikiran Islam Liberal dan Implikasinya kepada Kedudukan Islam dan Penganutnya di Malaysia. Dua buah buku ini amat membantu saya ketika menulis artikel Majalah bertajuk Feminisme: Tuntutan Keadilan Kontemporari. Cuma masalah saya ialah menulis dalam laras bahasa yang difahami umum.


Saya mencadangkan kepada anda untuk mendapatkan buku-buku ini di pasaran terutama buku Ancaman Liberal Islam tersebut. Setahu saya inilah bacaan paling akademik dan analitikal yang pernah saya baca dalam timbunan buku tentang akidah yang lain. Pada sesetengah orang, ia amat berat dan membebankan. Tambahan, ditulis dalam bahasa Indonesia.


Kebanyakan penulisan saya berbunyi ‘ancaman’, ‘kritikan’ dan ‘cabaran’. Untuk keluaran Ogos hadapan, saya menulis tentang ancaman neo-mu’tazilah mencabar akidah (bukan tajuk sebenar). Saya mengakui, saya bukanlah pakar untuk mengulas sesuatu isu yang asalnya bukan disiplin ilmu saya. Sejujurnya, saya amat meminati bidang kewartawanan dan penulisan kerana ia merupakan ruang terbaik untuk banyak belajar, membaca, menganalisis, berfikir dan melihat dunia semasa.


Saya tidak layak mewajibkan anda untuk membaca dan melayari ilmu-ilmu tertentu. Setiap individu sudah tentu ada kecenderungan budaya membaca masing-masing. Alangkah baiknya, jika usaha ini bermula dari dalam diri anda sendiri.


Sekadar muhasabah bersama, apakah usaha kita untuk mengesat air mata umat? Tentulah dengan persiapan yang paling utama.


Persiapan ilmu.

Cukupkah ilmu di dada?



6 Comentários:

Anonymous said...

Salam,saya dapati beberapa istilah dari artikel ini banyak dicedok dari blog zon remaja islam.blogsot..hasilnya artikel ini hilang keasliannya..tak salah memetik idea tetapi hendaklah disertakan sumbernya..Maaf,sekadar kritikan membina agar blog anda terus dengan keasliaannya.Wassalam

-Ana muslimah-

Nurhidayah Jaafar said...

waalaikummussalam.

kepada ana muslimah..

maafkan saya. saya rasa tiada masalah dari penggunaan istilah/perkataan. jika mencedok beberapa istilah/perkataan juga salah, maka setiap penulis sudah tentu dikatakan plagiat/meniru jika dia mengambil perkataan dari kamus dewan bahasa.

yang dikatakan plagiat ialah apabila seseorang penulis mengambil bulat2 sesuatu artikel atau bilangan ayat yang banyak lalu dicopy paste sebagai artikel diri sendiri tanpa menyatakan sumber. dalam hal ini, saya tidak mengambil bulat2 ayat yg digunakan. jika ada mungkin suatu kebetulan.

Maafkan saya sekali lagi. Kebanyakan inspirasi juga diperolehi dari penulisan org lain. Malah, jika anda penulis, mungkin juga anda akan mengambil sesuatu idea dari penulis lain sebagai inspirasi penulisan anda. saya juga begitu. saya tidak mengambil idea cuma saya menjadikan idea org lain sebagai inspirasi saya.

Maaf sebanyak-banyaknya. Saya mempunyai beberapa keadaan yang sangat kebetulan dgn blogger zon remaja islam. Antaranya dari segi pembacaan buku dr ugi suharto. Begitu juga dgn penulisan ttg feminisme & liberalisme. Saya telah tiga kali menulis artikel dalam ruag lingkup 2 pemikiran tersebut sebelum ini. Maka, penulisan ini adalah dari pengalaman saya sendiri. saya cadangkan anda membaca beberapa artikel saya sebelum ini tentang feminisme atau liberalisme. Mereka yang sering mengikuti blog saya pasti akan mengetahuinya.

Cuma saya mengakui bahawa inspirasi penulisan saya kali ini adalah dr zon remaja Islam. Tetapi percayalah saya tidak melakukan plagiat. Kebetulan sama dengan pengalaman saya, maka saya panjangkan inspirasi tersebut dengan menulis dari sudut pandang saya. Istilah yang digunakan sekalipun adalah sama tidak dapat dielak kerana ia adalah istilah yang telah ditetapkan. Masakan saya mampu mencipta istilah sendiri? saya bukan seorang cendikiawan bahasa. Maafkan saya.

maafkan saya juga. begitu juga dengan artikel saya yang terbaru tentang 'ancaman neo-mu'tazilah mencabar akidah'yang saya nyatakan dalam penulisan ini. artikel itu telah saya siapkan lebih awal sebelum saya mengenali blog zon remaja Islam. Malah, penulisannya juga dari sudut pandang yang amat berbeza.

maafkan saya atas komentar ini. saya bukan berniat mahu mempertahankan diri tanpa sebab. saya cuma mahu membetulkan keadaan dan salah tanggapan yang sudah tentu memberi imej yg buruk kepada saya sebagai blogger/penulis/wartawan.

saya amat mengalu-alukan komen seperti ini. Namun saya harap agar sebarang perkara yang dianggap 'privacy' boleh terus dimaklumkan melalui email saya iaitu darul_zikr83@yahoo.com

Anonymous said...

Assalamualaikum..
maaf sekiranya pandangan itu dirasakan sebagai privasi,saya sekadar memberi pendangan positif.tiada niat untuk mengaibkan anda..saya antara salah seorang pengunjung blog anda.Saya amat menggemari slot baitul muslim..sangat menarik.,semoga blog ini terus segar dengan idea2 yang unggul.Ameen.

-Ana Muslimah-

ustazah-engineer said...

Terima kasih sebanyak-banyaknya kerana menjadi pengunjung blog saya. Untuk pengetahuan ana muslimah, saya tidak berasa sensitif dengan komentar tersebut. Cuma saya menganggap ia suatu privacy kerana saya bukan sekadar blogger tetapi merupakan seorang wartawan & penulis majalah.

Terima kasih juga kerana meminati tulisan saya terutama baitul muslim. Sebagai hadiah buat ana muslimah, saya akan menulis satu entri baitul muslim selepas ini.

Salam perkenalan. Assalamualaikum..

Shamsul said...

Salam. semoga lahir lebih ramai penulis yg boleh mematahkan serangan pemikiran liberal di Malaysia. ALLAHUAKBAR..

cash loan said...

Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com

BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
  ******************************
1) Nama Penuh:
  2) Jantina:
  3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
  4) Tempoh Pinjaman:
  5) Negara:
  6) Alamat Rumah:
  7) Nombor Mudah Alih:
  8) Nombor Faks:
  9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
  11) Tarikh Gaji:
  12) Tujuan pinjaman:
  13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:
mohanmendcompany01@gmail.com

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO