Wednesday, August 12, 2009

Rumah Tangga Impian Yang Tidak Dimasuki Syaitan


Saya tidak sempat menulis. Banyak yang ingin dikongsikan, tetapi tiada keluangan. Alhamdulillah, terjumpa dengan artikel di bawah dan teruja untuk berkongsi dengan kalian. Semoga bersama memanfaatkannya.


Salam Perjuangan,


Coretan saya kali ini berkisar tentang rumahtangga yang diidamkan oleh semua anggota gerakan Islam. Rumahtangga yang dibina atas dasar aqidah Islamiyyah.


Saya merujuk kepada buku karangan Drs Kasmuri Selamat yang bertajuk Panduan Perkahwinan, Kunci Syurga yang terbuang.


Ada 4 ciri yang dinyatakan oleh beliau dalam buku tersebut iaitu :


1-Rumah isteri yang solehah

2-Rumah orang yang mensucikan diri dan sentiasa ingat kepada Allah SWT

3-Rumah orang yang sujud dan rukuk kepada Allah SWT

4-Rumah orang yang menunaikan hak dan kewajipan


Isteri solehah merupakan pendamping dan sahabat yang paling baik bagi si suami. Dialah penenang, pendamai, penyejuk, penolong, pengkobar semangat buat si suami yang berada di medan jihad.


Jika ada kebahagiaan dalam rumah tangga, maka syaitan dapat dicegah untuk masuk ke dalamnya. Sebab ianya merupakan rumah yang didirikan dengan berasaskan iman dan Islam.


Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

“Empat hal yang termasuk kebahagiaan : Isteri yang solehah, tempat tinggal yang lapang, tetangga yang baik, kenderaan yang nyaman. Empat hal yang termasuk kesengsaraan: Isteri yang buruk perangainya, tetangga yang buruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk”.

(HR Ibnu Hibban)


Sebaik-baik rumah adalah yang ada di dalamnya isteri yang solehah. Ia mampu membangun keluarga muslim dan mendirikan peradaban umat, serta sebagai ibu yang siap mendidik, membimbing, membiasakan kebaikan, membangunkan anak-anaknya untuk mengerjakan solat dan membantu suami untuk taat kepada TuhanNYa.


Rumah yang di dalamnya berterusan didirikan solat fardhu dan sunat adalah rumah yang bercahaya yang dimasuki oleh malaikat. Sementara syaitan akan bertempiaran melarikan diri daripada rumah-rumah yang sentiasa disebut nama Tuhan.


Penghuninya sentiasa bertaubat, membersihkan diri daripada maksiat dan sentiasa berhubung rapat dengan Allah SWT. Inilah rumah yang sentiasa bercahaya dengan cahaya iman dan taqwa.


Seluruh unit ahli dalam rumahtangga khususnya suami & isteri masing-masing memainkan peranan dalam memastikan semua ahli menunaikan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka sewajibnya ingat mengingati antara satu sama lain agar tidak melanggar larangan Allah dan meninggalkan segala perintah Allah SWT.


Alangkah indahnya rumah yang sentiasa bercahaya. Syaitan tidak mampu memporak-perandakan seisi rumah tersebut. Hanyalah Allah tempat mereka memohon pertolongan.


Islam Memimpin Perubahan

Bangunlah dan Berikanlah Peringatan


Amin Al-Kalantani

http://amin1982. wordpress. com

Shah Alam


Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO