Tuesday, September 8, 2009

"Abang dapat hidayah..."

Entah kenapa malam tadi hati saya cukup terhibur. Malah, saya masih tersenyum hingga ke hari ini. Ada sesuatu kisah yang sangat mencuit hati saya. Suami pula tidak henti-henti mengungkit dalam bentuk usikan dan senda gurau.


Segala bermula dari sesi tazkirah Ramadhan malam tadi.


“Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih memberi kita peluang untuk berada di surau ni, mengerjakan Ibadah di bulan Ramadhan yang banyak ganjarannya,” lebih kurang begitu Ustaz Rizal memulakan tazkirahnya.


“Syukur juga kerana Allah memberikan kita hidayah dan sebesar-besar hidayah iaitu al-Quran,” tambah ustaz lagi. Tutur katanya kali ini dikaitkan dengan sambutan Nuzul Quran semalam.


“Tapi ada juga yang tidak datang ke masjid tetapi dapat hidayah di rumah….” Kami, jemaah tarawih menanti bicara ustaz seterusnya.

“Sebab isterinya bernama hidayah…”.


Seluruh jemaah riuh dengan ketawa masing-masing. Saya senyum tersipu malu. Saya memandang reaksi suami dari saf wanita. Nampak suami pun macam control macho. Nasib baik tiada kenalan saya di surau itu. Kalau tak, habis saya diusiknya. Saya kembali control ayu.


“Abang dapat hidayah…,” kata suami selesai terawih.


“Abang pergi masjid, abang dapat hidayah. Pergi usrah, dapat hidayah. Pergi meeting, abang dapat hidayah. Balik rumah pun, abang dapat ‘hidayah’.” Saya tergelak mendengar usikan suami.


“Haah, orang lain dapat satu hidayah. Abang dapat dua hidayah!,” saya membalas dan kami bersama ketawa lagi.


Usai terawih, kami tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya, baki malam yang ada, saya mengajak suami meronda-ronda kawasan terdekat. Inilah peluang kami untuk melayan perasaan yang masih berbunga-bunga.


Bunga hidayah. Semoga bunga itu terus kembang mekar dengan warna kebahagiaan dan kuntum ketenangan hidup.


“Abang dapat hidayah hari ini?,” saya mengusik suami di ruang YM sebentar tadi.

“Hari-hari abang dapat hidayah, abang rindu hidayah.”

“Hidayah yang mana satu?,” saya bertanya, konon-konon tidak faham maksudnya.

“Dua-dualah. Abang dapat nur…dan abang dapat hidayah. Sebab tu abang dapat nurhidayah.”


Oh, Alangkah bahagia aku, pemilik nama itu….

12 Comentários:

Anonymous said...

assalamualaikum.

Shazwani Mazuki said...

Salam akak..ya Allah,sweetnye..
rs bahagia utk akak..
moga Allah terus melimpahkan kepada akak,suami & fmly..
Salam menginjak penghujung Ramadhan..

ustazah-engineer said...

Waalaikumussalam w.b.t

Yer ker sweet? Memang so sweet! alhamdulillah.

InsyaAllah. Allah akan kurniakan kebahagiaan kpd mereka yang menjaga hubungan dgn Allah dan manusia.

Malah, hubungan selepas kahwin itu bertambah mekar bila kita menjaga hubungan sebelum berkahwin. Allah akan kurniakan nikmatNYa andai kita bersabar memelihara hubungan itu.

Salam kebahagiaan buat wani dan keluarga. Sama-samalah mempertingkatkan amalan dalam ramadhan yg masih berbaki ini.

nahwanNur said...

:) :) den sonyum jo

SubhanALLAH walhamdulillah :)

MS Rizal said...

Bahagianya bercinta selepas berkahwin(",)..Salam Ramadhan buat ustazah sekeluarga..

ustazah-engineer said...

adik syg...
:):):):):)den pun sonyum gak! Hikhikhik
tapi bukan sonyum kambing, tapi sonyum ado makno tuh..

Ms Rizal
Oh, dah lama tak dengar berita dari nta. Blog pun sepi jer. Baru post artikel. Tak abis praktikal lagi?

Semoga berjaya mengejar cita-cita & kerjaya nnti. InsyaAllah

simple-shida said...

salam ziarah..

ehehe.. cute stori.. ;)
menatap smbil smile sokmo...
by the.. slmt bermujahadah..
ada agenda menanti hjg thun ni... get ready ya!! ;) soon will update the info..

barakallahu..

ustazah-engineer said...

salam ziarah kembali.

ehehe..baru cute stori, belum tengok cute orangnya lagi..;) gurau saje.

oh, agenda apa tu? program? menarik. Pape nnti inform yer...

Akhi Fadhli said...

aduh sakit jantung den...:) ana tumpang gembira untuk kak hidayah kita. walaupun xdpat 2 hidayah, dpat satu pun cukup la.. yang penting bahagia...

suara said...

Salam Ramadhan dik...
Alhamdulillah, seronok kak su baca kisah usik mengusik begini. Moga kekal hingga ke akhirnya...

ustazah-engineer said...

waalaikumussalam...

~akhi Fadhil
Tumpang gembira? harap jgn tumpang gembira saje tetapi turut menjadi di kalangan org2 yang merasai kegembiraan sebenar itu. Akk doakan untuk fadhil juga dan adik2 kampus yg lain.

~oh, dh lama tak jenguk blog kak suara. InsyaAllah lapang nnti saya ke sana. :)
seronok juga baca pengalaman akk. Pengalaman buat pengajaran org2 baru macam saya.

MarBu said...

melepaskan tension mengkaji isu2 berat dgn membaca artikel ini...hehe..menarik2... letak di tepi dahulu 'isme'2 n exam yg sedang dihadapi..

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO