Monday, September 14, 2009

WARTAWAN & PENULIS: SEKADAR PERKONGSIAN

Semasa sesi interview untuk kolum usahawan, En. Munzir Fauzi seorang fotografer berjaya. En. Munzir asalnya seorang jurutera elektrik, kemudian berhenti kerja dan memilih dunia fotografi sebagai kerjaya. Ia memberi motivasi kepada saya yang beralih bidang untuk lebih positif & membina.


Anda berminat menjadi wartawan atau penulis? Salah satu persediaannya ialah menguasai teknik pengurusan stress. Mengikut kajian, wartawan dan penulis merupakan kerjaya dalam raking tertinggi untuk cenderung mengalami stress. Sebagaimana perkataan ‘deadline’ yang dihubungkait dengan dua profesion ini, begitulah rasa ‘dead’ menerjah diri jika tekanan di luar kawalan. Lebih-lebih lagi ketika ‘deadline’ itulah idea turut ‘dead’ sekali.


Saya akui, menyiapkan bahan untuk majalah lebih stress dari menyiapkan tesis degree dahulu. Meskipun begitu, bekerja di media islamik suatu yang manis untuk dikenang kerana dikelilingi dengan teman sefikrah dan fahaman bekerja kerana Islam. Bak kata Kak Milah, rakan wartawan, “Biar stress dengan kerja, jangan stress dengan rakan sekerja”.


Sebagai orang lama, Kak Nik editor pun selalu mengomel, “Ahrgghh, stress, stress, tension!”, setiap kali tibanya deadline. Inikan pula saya yang tidak sampai setahun bekerja tanpa sebarang pengalaman dan kelulusan dalam bidang ini. Bezanya, tekanan itu tidak sama dibandingkan dengan wartawan atau penulis akhbar yang terikat dengan deadline setiap hari.


Tekanan sebegini tidak salah. Ia tekanan yang positif dan amat membina. Tekanan itu beransur hilang bila melihat penulisan terpapar di media yang dibaca ribuan orang setiap bulan. Cuba bayangkan, jika intipati penulisan itu disebarkan oleh pembaca kepada orang lain, lalu diamalkan. Ketika itu, tiada apa yang diharapkan oleh seorang penulis melainkan setiap tulisan menjadi amal dan beroleh pahala berterusan selepas mati kelak.


Teknik pengurusan idea dan pengurusan masa juga penting. Idea datang tanpa mengenal masa. Kadang-kadang idea datang semasa di dalam bas. Ada masanya sebelum tidur, ketika bersembang dengan kawan, masa menonton drama melayu, ketika membeli belah di pasaraya, semasa membaca novel, malah tidak mustahil idea datang ketika aktiviti termenung di dalam toilet. Saya juga pernah mendapat idea di dalam mimpi. Ketika itulah idea perlu diuruskan dengan baik supaya tidak hilang walau bukan waktu menulis.


Penulisan bekerja dengan idea dari sudut pandang yang berbeza. Pada saya, kurang masalah diperingkat penulisan buku kerana fokus bidang ilmunya adalah sama. Ilmu itu perlu digarap dan dikembangkan lagi. Tetapi menulis buku juga mencabar jika disiplin ilmu yang digarapkan juga mencabar. Terutamanya, jika penulisan berbentuk teknikal dan disiplin ilmunya adalah kritikal. Ia amat memerlukan taktikal.


Bersama Presiden PKPMI semasa penulisan isu PPSMI dalam Muslimah. Hari itu adalah hari pertama saya bekerja. Belum sempat masuk ofis lagi, diminta oleh editor untuk interview dan membuat ulasan topik utama bulan tersebut.


Cabaran besar bagi saya adalah menulis akhbar atau majalah. Keduanya memerlukan kita menguasai isu yang berbeza hampir setiap hari. Minda perlu cekap membuat tanggapan terhadap apa yang dilihat, dibaca, dan diperhatikan tentang dunia semasa. Maka, satu kelebihan bagi individu yang suka berfikir, suka membaca dan bijak membuat persepsi. Paling penting, menggarapkan isu yang diminati sasaran pembaca.


Jika penulis juga seorang wartawan, dia juga perlu ada kemahiran mencari soalan ketika sesi temubual. ‘Soalan yang baik memberi idea penulisan yang baik’. Sama seperti menghadapi sasaran dakwah, ‘ucapan yang baik, mendapat respon yang baik’.


Andaikata pendakwah tidak menguasai kemahiran interaksi dengan manusia atau kekok dalam berkomunikasi, maka pulangannya amat mendukacitakan. Dalam hal ini, saya terlebih dahulu akan membuat research tentang individu yang ingin ditemubual dan fokus terhadap penulisan itu nanti. Sama seperti pendakwah yang perlu mengenali personaliti mad’unya dan mencari bahan perbualan yang berkesan.


Wartawan juga perlu mempelajari perkara baru dari masa ke semasa. Perlu banyak membaca, bertanya, berbincang dan membuat persepsi terhadap isu yang berlaku ketika itu. Agak tertekan bila kita sudah mengkaji dan mencari bahan untuk satu isu pada minggu ini, tetapi ada perubahan apabila wujud isu yang lain di minggu hadapan. Justeru, satu kemahiran yang harus dipelajari lagi ialah pengurusan menghadapi risiko.


Ibarat seorang jurujual yang menjual produk tetapi tidak pandai memikat hati pembeli. Bagaimana kita harus meyakinkan pelanggan terhadap kelebihan produk yang dijual sedangkan mereka belum menggunakannya dan merasai kesan produk itu?


Begitu juga seorang pendakwah sebagai ‘jurujual produk Islam’. Bagaimana kita meyakinkan mad’u kita terhadap Islam andai mereka masih belum mengamalkannya dan merasai kesan amalan itu? Pandangan saya, wartawan atau penulis juga begitu. Penulisannya harus meyakinkan, penyampaian intipatinya berkesan dan nasihatnya mendorong amalan. Saya masih belum mahir menguasainya.


Cara saya, ‘Bermotivasilah dengan motivasi dakwah!’. Anggaplah menulis adalah kerja dakwah. Tuan Guru Nik Aziz yang terlalu sibuk dengan urusan kepimpinannya, masih sempat mengeluarkan buku terbaru hampir setiap bulan. Malah, ulama’ silam memanjangkan ilmunya dalam bentuk karya-karya agung seperti Imam Al-Ghazali, Syed Qutb, Hasan Al-Banna dan lain-lain.


Pemimpin yang berkarisma seperti Tun Mahathir juga menulis sehingga kita. Pendakwah juga harus cuba menulis. Kerana musuh Islam menyusupkan pemikiran batil seperti sekularisme, liberalisme, orientalisme dan isme-isme lain melalui karya-karya mereka. Malah, karya mereka lebih hebat daripada orang Islam sendiri.


Akhirnya, saranan saya, “Tulislah sepotong ayat setiap hari walaupun tak sedap!”.


5 Comentários:

nahwanNur said...

Assalamu'alaikum kak

saya perhatikan ayat para wartawan perlu hebat... bukanlah hebat macamana yang saya maksudkan, tapi bombastik macam perkataan akak ya :) saya tak boleh lah begitu, tiada upaya :]

Tapi kepingin menjadi penulis juga. Menjadi dealer kepada pengembangan setitis ilmu ALLAH swt.

Amiin ALLAHumma amiin

Nurhidayah Jaafar said...

Waalaikumussalam w.b.t.

Aktiviti menulis juga diibaratkan sebagai aktiviti berkomunikasi dengan pembaca. Bezanya adalah medium yang digunakan iaitu berkata menggunakan mulut, menulis menggunakan tangan. Sumbernya sama iaitu ilmu & pengetahuan.

Kalau kita belajar teknik berkomunikasi maka kita faham bahawa komunikasi berkesan bukan memerlukan ayat yang sedap, hebat atau bombastik. Ia dianggap berkesan bila maklumat itu difahami dan sampai pada pendengar. Menulis juga begitu.

Tidak kisah pun bagaimana seseorang itu menulis, yg penting faham.

Tengok juga pada sasaran. Laras bahasa yang digunakan perlu merujuk juga pada sasaran dakwah kita.

Maka, tiada masalah bagaimana seseorang itu menulis. Menulis melihat kepada kemampuan dan kekuatan kita. Jangan sampai pula menekan diri mahu menulis seperti orang lain.

Akk pun tertarik pada penulisan adik. Akk selalu baca bagaimana adik menulis. Tapi bila cuba mmg tak boleh. Sebab itu mungkin bukan kemampuan akk. Akk cuba juga tulis sajak n cerpen, tapi setengah jalan je. Terbantut sebab kurang cenderung ke arah itu.

Setiap orang mempunyai kemampuan menulis masing2. Paling penting keupayaan kita memaknakan penulisan pada isinya. Banyak isi yg manfaat byklah kebaikannya.

panjang pula komen...

idea tgh mencurah2...:)

Selamat hari raya.

madziani said...

saya akan cuba menulis walau hanya " sepotong ayat walaupun tak sedap"

salam hari raya :)

Nurhidayah Jaafar said...

to hana..

teruskan usaha. Semoga berjaya. Selamat hari raya kembali. Semoga beroleh kemenangan yang dijanjikan Allah

simpleshida said...

salam rmdhn yg hujungnye..

aiwah.. medan penulisan nmpk mudah lg easy.
tpi..memungkinkan segala mehnah trebulasi..
mendombrak pelbagi spekulasi.. mencetuskan provokasi.. maka terlontarlah kalam nan spontan melalui saluran impulse transformasi..ehhe..

fuh.. ayat si si sokmo. hehe.
lisan dan bukan lisan medium yg berbeda.
lisan kdgkala proses spontaneuss.. tnpa berfikir dah terlontar ayat itu. namun, lisan juge boleh disusun atur cantik lg terisi bilamana minda kita dlm keadaan sedar dgr kata lain waras..hihii..

non lisan ni..kdgkala tak semua dpt encod mksud tersirat. semuanye akan melalui proses komunikasi.. em.. ("_)

jd, oleh hal demikian.. menulis ni juge perlu bakat.. of course ILMU mesti disumbat juge. xde ILMu nuthin.. tpi..bakat boleh diasah..;) so that, kena rajin2 utk upload segala skills, knowledge, get many experiences ;)

insyaallah, sehari sehelai kertas,lama-lama jd buku =D. teruskan wasilah penulisan ni.. may Allah bless u!! go..go caiyok!!

waallahu'alam.

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO