Friday, October 16, 2009

Masalah atau Cabaran

Semasa di kampus dahulu, acapkali saya menjadi ‘peti aduan’ adik-adik kampus terutama yang rapat dengan saya. Kebanyakan perkara yang diutarakan berkisar tentang persatuan, jemaah, disiplin ahli, tarbiyah dan tidak sedikit dalam hal-hal peribadi.


Sehingga sekarang, sekalipun sudah graduasi, Allah masih membuka ruang diskusi antara kami diruang maya. Setiap idea dilontarkan, setiap masalah diperbincangkan. Diskusi demi diskusi meningkatkan potensi diri dalam keupayaan memberi dan kemampuan menerima.


Sebagaimana rindunya diskusi bersama mereka, begitulah rasa rindu mahu bertemu, tetapi tidak ketemu bila dan di mana agaknya. Adik-adikku..bila kita bisa bersua ya?


“Kak Dayah, saya ada masalah lah?,” terdengar aduan yang sama seperti semalam.

“Masalah…? Masalah atau cabaran?,” saya bertanya semula.

“Ermm..masalah!. Eh, tak. Cabaran,” jawabnya sambil timbang tara.

“Masalah atau cabaran ni?,” saya mula berprovokasi.

“Cabaran!,” jawabnya dengan tulus hati.


Masalah atau Cabaran

Masalah atau cabaran? Saya kurang berminat untuk membincangkan definisi keduanya. Malah tidak juga mahu menghurai perbezaan dan persamaan antara masalah dan cabaran itu. Mungkin ada yang kata, masalah atau cabaran lebih kurang sama. Namun tidak pada saya. Persepsi saya terhadap dua objek tersebut ada implikasinya terhadap psikologikal dan motivasi diri saya sendiri andai masalah tidak diundang tiba.


Mengecas motivasi kembali dengan menukar darjah masalah menjadi darjah cabaran.


Setiap yang rumit itu bukan masalah, tetapi cabaran!.

Setiap yang susah itu bukan masalah, tetapi cabaran!

Konflik itu bukan masalah, tetapi cabaran!

Kritikan itu bukan masalah, tetapi cabaran!

Masalah itu bukan masalah, tetapi itu adalah cabaran!


Cabaran untuk kita menjadi lebih tabah bernaluri, kreatif berfikir dan tegas bertindak. Masalah tidak akan selesai tanpa mencabar diri untuk berdepan dengan masalah itu.



Berhadapan dengan pelajar yang banyak karenah, suatu cabaran untuk lebih sabar dan tabah hati. Konflik persatuan yang tidak sudah-sudah, suatu cabaran untuk mencari alternatif yang lebih kreatif. Ahli mundur, tidak makan tolak ansur, mungkin kita tidak tegas dalam bertindak. Sekalipun lembut itu sikap kita, adakalanya letakkan cabaran untuk bertegas jika dengan itu kita temui hikmahnya.


Biasanya, ketika ditimpa masalah, saya berusaha menukar persepsi bahawa masalah itu ialah cabaran. Bunyi ‘masalah’ itu seakan bunyi ‘pasif’, ‘rumit’, ‘tekanan’, ‘gundah’ dan ‘menakutkan’ bagi saya. Namun sebaliknya dengan bunyi ‘cabaran’. Cabaran ialah jelmaan ‘kekuatan’, ‘kematangan’, ‘kehidupan’ dan ‘keegoaan’ yang positif. Dengan kekuatan, kematangan dan keegoaan, seseorang boleh berkata, “Aku pantang dicabar!”.


Anda sudah tentu biasa mendengar dialog Pendekar Mustar dan Sudin dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Apabila Pendekar Mustar berkata “Cobaan…”. Lalu dibalas semula oleh Sudin, “Ini bukan cobaan, ini betul-betul…”.

Maka saya ingin mengambil idea yang sama

Anda kata “masalah…”. Saya akan jawab kembali, “Ini bukan masalah, ini cabaran…”


Kembali Kepada Allah.

Jika Allah telah mengambil sesuatu dari kita, maknanya Allah pernah memberi kita sesuatu itu. Jika kita ditimpa masalah dan cabaran, maknanya Allah juga pernah memberi kita kesenangan.


Berlapang dada dengan Allah ialah bersedia menghadapi sesuatu yang sesuai dengan harapan. Kedua, bersedia menghadapi sesuatu yang tidak sesuai dengan harapan.


Di saat cemerlang gemilang,meniti dibibir kita syair pujian. Di saat dirundung malang, meniti dibibir kita syair ketenangan.


POSITIF!

2 Comentários:

:: siMpLe-sHida :: said...

salam perjuangn!

aiwah... sajian tampak enak. tertarik smbil menarik jemari menitipkan seulas pinang..sekapur sirih.ehehe.

masalah vs cabaran. 2 perkataan yg berbeda dari segi maksudnye, apetah lg dari sudut kronologi.

setiap manusia, psti tidak akan lari dari m.a.s.a.l.a.h. siape yg lgsung xde mslh? fuh, ss berani ar..kerat kuku ehehe... mseti sume ada mslh.. yumkin bentuknya skop peribadi, kewangan, family, kwn, tmpt keje, dll.

terjahan pelbagai mslh..mslh yg terhunjam, bertalu-talu mslh tertimpa.. pasti bersama bilamana nafas masih melalui proses mengikut saluran darah... menyedut oksigen dan menghempaskan karbon oksida ;)

masalah dibahagikan pd yg kecil/sederhana/besar/
kkdg mslh ni, sama ada dari kita, dari org lain yakni insan ke 2 ke 3 dan surounding laa.

jd, utk atasi mslh.. selesaikan mslh.. ada langkah... strategi..dan tekniknya. bergntung pd tahap mslh dan punca mslh tu. ;)


manakala cabaran ni.. ianya bukan suatu mslh.. malah ia penambah perisa bg sesuatu mslh..hehe.

cbrn disahut dgn mendombrak pemikiran kita menggabungkan sinergi..energi dan kekuatan utk mengatasi sgla rintagn itu.

cth. ketika saat menaip komen ni, skrin pc ni agak blur..huhu.
jd, ianya mslh bg penaip utk menaip dgn lancar dan pantas. terpaksa terkedip-kedip anak mata kornea ni utk memantulkan cahaya. Mslhnye komputer ni, mmg dh usang selari dengan usianya. Harus dibaiki lagi diupgrade..

namun, anggap ia 1 cbrn utk diatasi bg menyelesaikan mslh td. cbrn utk terus menaip..dan menaip hingga ke akhir noktah.

jd.. mslh dan cbrn 2 perkataan yg berbeda.. tampak sama tapi mmg tak serupa langsung..hehe.

cabaran ni lebih kepada halangn yg menimpa, kekangan yg bakal dijejaki.. rintangan yg harus ditempuhi..manakala masalah ada cara, langkah utk kurangkan mlsh td atau selesaikan hingga zero to zero ;)

tuntasnye… hidup ni mmg pasti terhidang dgn kepelbagaian sua rasa mslh. Manis, masin, pahit, kelat..masam. cbrn kepada cheff, bgaimana utk menjadikan masakannye lazat hingga menjilat jari.

Solusinye... letaklah garam secukup rasa.. ehehe.. ;)
Kurangkan makan garam nnti darah tinggi..hhiih..
Sekian dari dapur ss. Hehehe…

** monolog yg bercampur rasa... =D

ustazah-engineer said...

Waalaikumussalam perjuangan..

hehehe..kak simple shida punya komen sekalipun simple mcm penamanya, tapi penuh dgn rona rasa yg menyedapkan selera saya..

Betul juga, masalah & cabaran ni maknanya lain2. Tapi mcm mana ek, klu ada yg tak dpt beza antara masalah & cabaran. Yg cabaran pun dianggapnya masalah. last2 tension...

Yang ada masalah dihadapi masalah itu secara bermasalah. Last2 bertambah masalah.

Saya ada dengar satu hikmah lebih kurang bunyinya:

"masalah itu ialah bagaimana kamu menanggapinya sebagai masalah"

Thank utk akk juga ats perkongsian resepi masalah vs cabaran itu. Sedap hingga bertambah oksigen yg masuk di otak saya & akhirnya membebaskan karbon dioksida di sekeliling utk tumbesaran pokok2... hik3

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO