Tuesday, November 24, 2009

Elakkan Pengurusan Reaksi


Pada tahun 2004, saya merupakan mahasiswa pengajian Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam. Pada suatu hari, ketika sibuk dengan gerak kerja organisasi kampus, seorang sahabat menegur saya.

“Kamu seorang yang terlalu tegas dan sentiasa serius. Kamu kena berubah sikap jika mahukan orang lain menyenangi kamu.”


Pada hari yang lain pula, seorang sahabat yang lain menegur saya.

“Kenapa kamu nampak main-main, kurang serius, apa yang dah jadi dengan kamu?, Serius sikit boleh tak?”


Pada tahun 2007, saya menjadi pimpinan salah sebuah organisasi Islam di kampus yang sama. Ketika itu, saya sudah menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Seorang sahabat menyapa saya.

“Kamu kelihatan tegas dan serius, kadang-kadang kelakar juga, saya ingin menjadi pemimpin seperti kamu.”


Dalam tahun yang sama saya pernah mengendalikan slot pengisian program kepimpinan. Pada hari pertama program tersebut, beberapa AJK yang lain menegur saya, “Program ini sangat tegas, kami berasa seperti berada dalam suasana tarbiyyah ala ketenteraan”.


Pada hari ketiga, beberapa AJK yang lain pula memberitahu saya, “Program ini sangat longgar. Kita mesti mengubahnya agar peserta dapat dilatih dengan suasana tarbiyyah ala ketenteraan.”


Hal ini sangat berbahaya jika kita bertindak mengikut pandangan orang lain dengan serta merta dan mengubah perencanaan kita untuk mengambil hati mereka. Manusia mempunyai latar belakang dan pandangan yang berbeza.


Oleh itu, kita perlu menganalisa, menyelidik, memastikan dan berbincang segala pandangan sebelum menukar perencanaan kita. Pengurusan secara reaksi akan membawa kita keluar dari jalan yang sepatutnya kita lalui.


Kita mesti mendengar pandangan setiap orang, tetapi bertindak mengikut perancangan yang difikirkan secara terperinci. Walaupun kita mewakili ahli-ahli kita, kita juga mempunyai tanggungjawab terhadap Allah S.W.T. untuk memimpin dengan bijaksana. Pergerakan hendaklah meletakkan gerakannya untuk memimpin orang ramai dan TIDAK dipimpin oleh mereka.


2 Comentários:

simpleshida said...

-salam alaik-
erm.. penulis nan penaip kurang sihat ye..?
uh..tampaknye musim ujan ni..jgn main ujan ekk..hehee.. ;) syafakillah..

aiwah.. ingin berkongsi kalam utk enntri ni.
bg yg biasa handle n kemudi prgram akan terasa dan berasa seperti ayat-ayat d ats.

kkdg kita akan rase dlm dilema..
cam di sana menanti..di sini menunggu tak kunjung tiba juge..hehe.. upss.. ade kaitan ke?
hehe... lawaks kejap..

The art of leadership is saying no, not yes. It is very easy to say yes.

pemimpin dan kepimpinan umpama irama dan lagu..
gula dan garam ..sudu dan garpu ;)
perlu digaul bersama agar dpt merasai kudapan yg enak lagi lazat ;) ( asek bab mknn je..hehe )

mmg bukan senang nk jd pemimpin yg sgt disegani..
yg sgt dihormati..dijulang.. dilaung dan diOmong-omong. tapi, begitulah perumpamaan.. manusia pergi meninggalkan nama.. kalu kuda belang mmg dia akan tinggalkn jalur gemilang..hehe.. black n white tu ;) hehe..

hujah pertama.. ( bru msuk hujah ni.. ats td mukaddimah aje..hihi ). jdlah diri anda yg sebenar. bak kata omputih BE YOURSELF. kdkgkala mmg kita akan cube try test sedaya upaya utk menjadi yg terbaik. spt yg kita idamkan..tapi.. dlm mase yg sama.. kena ukur kain baju... kapasiti dan daya tampung kita.. adakah kita mmpu melakukannye.. atau yang dikendong tecicir.. yg dijinjing bertaburan.. * ye kot..bunyi cam ni ar..hehe.

hujah ke2... tak dpt tidak.. kita juge perlu pndai tackle + adapt dgn cepat situasi yg berlaku surrounding.. means dlm prgram tersbt, kena make it fast utk kaji overall situasi.. dgn lontarkan dlm minda 5 W.. smbil mencedok jwpn dari pelbagai penjuru.. ;) insyaallah mlsh itu jdkan cbran ....haa.. btui..jgn jdkan cbrn itu masalah.. hok tu yg jd lemau...huhu..

hujah ke3...spt gmbrajh di ats tu..btk piramid. pemimpin ni.. tgk juge situasi cmne. ada yg gaya ats ke bwh.. dan bwh ke ats. konsep ini kena gune utk situasi yg berbeda mengikut rentak dan corak organisasi / prgram dll.

hujah ke 4.. ups.. cukup2 laa ye...
bg peluang pd debater yg lain.
haa.. cepat.. nk pAS baton ni.. sape berani..

hehehe..

** Leaders are more powerful role models when they learn than when they teach.

http://www.wisdomquotes.com/cat_leadership.html

IMANNURBALQIS said...

sama seperti situasi saya kak. Namun, Alhamdulillah kita belajar dari pengalaman yang lalu. Terima kasih atas perkongsiannya~ mohon copy di laman sesawang saya yea kak~

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO