Tuesday, November 3, 2009

Pemimpin 360 Darjah

Apakah soalan nombor satu yang sering diajukan kepada pakar kepimpinan John C. Maxwell semasa beliau mengadakan persidangan kepimpinannya? “Bagaimana boleh saya laksanakan apa yang di ajar sedangkan saya bukan pemimpin atasan?”


Mampukah kita memimpin dengan baik sedangkan kita bukan orang penting? Bagaimana halnya sekiranya orang atasan adalah pemimpin yang lemah? Jawapannya adalah boleh!


Saya baru membeli buku ini. Sangat bagus!


Selamat datang ke Pemimpin 360-Darjah. Orang yang ingin memimpin dari peringkat pertengahan organisasi menghadapi cabaran yang unik dan mereka sering diikat oleh mitos yang menghalang mereka daripada mengembangkan pengaruh mereka.


Dr. Maxwell, salah seorang mentor kepimpinan yang disegani di seluruh dunia, memaparkan kepalsuan mitos ini yang menunjukkan bagaimana mengatasi cabaran dan mengajar tentang kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pemimpin 360-Darjah.


Sekiranya kita cuba memimpin dari pertengahan organisasi seperti kebanyakan profesional lain, maka kita memerlukan pandangan bernas Dr. Maxwell. Kita mempunyai peluang yang unik dalam usaha mempengaruhi orang lain dari semua arah – ke atas (hingga ke peringkat atasan), ke sisi (yakni rakan sejawatan) dan ke bawah (mereka yang anda pimpin).


Yang bagusnya adalah pengaruh kita jauh lebih luas daripada yang kita sedari. Amalkan disiplin kepimpinan 360-Darjah dan kita tidak akan mengalami ketandusan peluang dalam organisasi, kerjaya dan kehidupan.


Dedikasi v
Penghargaan xi
Pengantar Penterjemah xiii


Bahagian I
Mitos Memimpin dari Peringkat Pertengahan Organisasi
Mitos 1: Kedudukan
Mitos 2: Destinasi
Mitos 3: Pengaruh
Mitos 4: Tiada Pengalaman
Mitos 5: Kebebasan
Mitos 6: Potensi
Mitos 7: Diberi Kuasa ataupun Lupakan Sahaja


Bahagian II
Cabaran Pemimpin 360-Darjah
Cabaran 1: Ketegangan
Cabaran 2: Kekecewaan
Cabaran 3: Memakai Banyak Topi
Cabaran 4: Ego
Cabaran 5: Tiada Kepuasan Bekerja
Cabaran 6: Visi
Cabaran 7: Pengaruh


Bahagian III
Prinsip Pemimpin 360-Darjah
Memimpin Pegawai Atasan
Prinsip 1: Pimpin Diri Sendiri dengan Baik
Prinsip 2: Ringankan Beban Bos
Prinsip 3: Sanggup Melakukan Kerja yang Orang Lain Tidak Mahu Lakukan
Prinsip 4: Jangan Urus Sahaja- Pimpin!
Prinsip 5: Memupuk Hubungan yang Serasi
Prinsip 6: Sentiasa Bersedia Semasa Berdepan dengan Pemimpin
Prinsip 7: Tahu Bila Perlu Mendesak dan Bila Perlu Mengalah
Prinsip 8: Menjadi Orang Harapan
Prinsip 9: Jadikan Hari Ini Lebih Baik


Bahagian IV
Prinsip Amalan Pemimpin 360-Darjah
Memimpin Rakan Sejawat
Prinsip 1: Memahami, Mengamal dan Melengkapkan Pusingan Kepimpinan
Prinsip 2: Utamakan Pemimpin yang Cekap, Bukan Menentang
Prinsip 3: Bersahabat dengan Mereka
Prinsip 4: Jauhi Politik Pejabat
Prinsip 5: Ramaikan Kenalan
Prinsip 6: Menangkan Idea yang Bagus
Prinsip 7: Jangan Berlagak Sempurna


Bahagian V
Prinsip Amalan Pemimpin 360-Darjah
Memimpin Orang Bawahan
Prinsip 1: Perlahankan Langkah Semasa Berjalan ke Dewan
Prinsip 2: Anggap Mereka Semua 10/10
Prinsip 3: Kembangkan Potensi Anggota Pasukan
Prinsip 4: Tempatkan Individu dalam Zon Kekuatan
Prinsip 5: Tunjukkan Gaya yang Kita Mahu Mereka Contohi
Prinsip 6: Memindahkan Visi
Prinsip 7: Beri Ganjaran Atas Pencapaian


Bahagian VI
Nilai Pemimpin 360-Darjah
Nilai 1: Pasukan Pemimpin Lebih Berkesan daripada Seorang Pemimpin
Nilai 2: Pemimpin Diperlukan di Setiap Peringkat
Nilai 3: Berjaya Memimpin di Satu Peringkat Melayakkan Kita Memimpin di Peringkat Seterusnya
Nilai 4: Pemimpin yang Baik di Peringkat Pertengahan Menjadi Pemimpin yang Hebat di Peringkat Atasan
Nilai 5: Pemimpin 360-Darjah Memiliki Kualiti yang Diperlukan oleh Setiap Organisasi


Bahagian Bonus
Wujudkan Suasana yang Membolehkan Pemimpin 360-Darjah Beraksi
Nota Hujung
Mengenai Pengarang
Buku Dr. John C. Maxwell


Sekiranya ada buku yang dapat menerangkan kepada kita dengan jelas berkenaan ciri-ciri pemimpin berpengaruh yang perlu dimiliki, cabaran yang perlu dihadapi, bagaimana menangani setiap cabaran dan apakah nilai pemimpin, maka inilah buku yang dicari-cari.


Buku ini ditujukan khas kepada anda dan penulis menerangkan bagaimana anda dapat menjadi pemimpin 360-darjah walau di mana kedudukan anda dalam organisasi, persatuan, kumpulan, masyarakat, keluarga dan sebagainya sekarang ini.


Mungkin kita tidak menyedari yang kita juga tetap memainkan peranan sebagai pemimpin dalam kehidupan sehari-hari. Penulis buku ini menyentuh mitos berkenaan pemimpin, cabaran dalam memimpin bos, rakan sejawat serta orang bawahan.


Antara mitos yang dibincangkan termasuk pendapat popular yang mengatakan hanya bos sahaja boleh memimpin. Jika kita bukan bos, kita tidak perlu memimpin. Selain itu, ada juga berpendapat mereka hanya akan mula memimpin selepas mendapat pangkat. Kita akan terkejut membaca pendapat penulis buku ini.


Sekiranya ada yang tertanya-tanya mengapa perlu bersusah payah memimpin, buku ini ada jawapannya. Jika kita berpendapat setiap ketua atau pengurus adalah pemimpin, buku ini menerangkan mengapa penulis tidak berpendapat demikian.


Buku ini turut menerangkan yang memimpin perlu bermula daripada kedudukan kita hari ini, walaupun kita bukan siapa-siapa. Tetapi, bagaimana kita hendak melakukannya? Buku ini menerangkannya menerusi pengalaman pengarang sendiri, pemerhatiannya, kisah orang lain dan kisah yang dipetik daripada buku penulis.


Dipetik dari : di sini


3 Comentários:

simpleshida said...

salam perjuangan nan abadi ;)
aiwah. best..tgk tjuk aje mmmg dh mengUjakan diri ni utk terjah ke kedai buku nnti.

pasti isi yg bakal dihadam, dikunyah enak bangat. insyaallah bakal menjadi pembaca utk buku yg mmg kulihat tajuk sudah dapt rasekan aura besst lg lemak berkrim ;)

tq for share n sharing! be a thinker ("-)

Think for yourselves and let others enjoy the privilege to do so too.

"Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people." Admiral Hyman G. Rickover

"SimpLe minds are satisfied by simpListic expLanatiOns."

You can’t have goOd ideas, if yOu dOn’t have a Lot of ideas ! :: siMpLe-sHida ::

Nurhidayah Jaafar said...

Salah satu sebab yang mengujakan saya untuk membeli buku tersebut krn ia edisi bahasa Melayu. Pertama-sebab saya lemah berbahasa Inggeris & melihat kpd intipatinya saya tahu pasti BI adalah BI Tinggi. Kedua-membaca buku dlm BM adalah satu kepuasan.

Memang best Kak shida sampaikan saya tidak terkilan menangguhkan bacaan buku lain sampai saya habiskan buku ni dahulu. Sesuai untuk akk selaku ketua Unit latihan. Hehe..

Cari kak jgn tak cari, pastu boleh kongsi dgn AJK lain setiap kali pertemuan..baru lah mantop!

simpleshida said...

hehe.. nk senyum je bce ayat ni..

bce pelan-pelan nada sekata.. ;)
ala..kak simple shida ni..di mana ada saya disitu ada kak shida. Di mana ada kak shida, saya di mana2.

hehehe.. ;)

ok.. back to coment hok ats ni.
insyaallah akan dicekup buku ni ASAP.

actualy, i plan to share one book ..
1st meting JNS ... tpi.. melihtkn masa yg tbts. jd, pause seketika hajat tu. insyaallah will share & sharing anybooks after this... for everytime we meet. so that, we can reFresh..reload.. exchange our good atititude to better style & more efficient, insyaallah ;)

then, teruskan activate ur voice.. ur kreatif points of view in meetingss.. we are in TEam.. must co-operate+reBUild+reshuFFle+reMOve the weakness things.. to make sure we are not the losser.. hehe..

haa.. ape lg, jgn pndng belakang ar.. hehe. no turning back!! anda mampu mengubahnye !

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO