Tuesday, December 15, 2009

Muda


“Ni adik kau ye?”

Tanya seorang peserta program kepada sahabat saya. Dia mengesyaki saya ialah adik sahabat saya itu. Saya tersenyum mulanya dan kemudian gelak-gelak. Saya dikatakan lebih muda berbanding sahabat saya yang berpangkat adik itu. Sepatutnya sayalah kakak.


Dan banyak lagi ucapan yang mengatakan saya kelihatan lebih muda berbanding sahabat yang bersama saya walaupun saya lebih berumur daripada sahabat itu.


“Nanti bila dah kahwin mesti tetap istiqamah dalam perjuangan! ,” seorang peserta program yang berstatus makcik menasihati saya.


Sepanjang program tersebut ramai yang mengatakan kepada saya “nanti kalau dah kawin….”, jangan lupa bila dah kawin nanti…”, “tengoklah nanti dah kahwin mesti gemuk punya…” dan macam-macam lagi ayat yang seolah memberi gambaran saya belum berkahwin.


Kalau saya bersama mak, ada juga yang kata kami adik beradik. Antara dua sebabnya. Sama ada saya yang kelihatan terlalu tua atau mak yang awet muda. Namun, jika dilihat pada iras wajah mak, memang mak kelihatan muda dari usia sebenar. Mak ceria! Mak suka gelak-gelak!. Walaupun lawaknya kecil tetapi gelaknya besar.


Saya selalu berjumpa dengan orang yang tidak mengenali saya. Mereka membahasakan diri saya ‘cik’. Apabila saya katakan bahawa saya sudah berkahwin, mereka tidak percaya. Adakah saya kelihatan budak-budak? Oh, tidak!


Suatu hari suami saya bercerita.

“Ramai kawan yang kata, semenjak berkahwin, mereka lihat abang ceria je dan makin berseri-seri. Nampak macam lebih muda berbanding sebelum kahwin dulu.. ”

Saya senyum melebar. Rugilah kalau saya tidak merai kegembiraan itu. Pujian ke atas suami adalah pujian ke atas isterinya juga.

Suami menyambung kata, “Mestilah ceria sebab abang dapat isteri yang ceria.”


Senyuman saya makin meleret tetapi senyuman suami lebih manis daripada saya. Pagi itu, kami bersiap ke tempat kerja dengan satu falsafah senyum yang indah.


Salam ceria dari saya. Jagalah kemudaan anda dengan senyuman dan keceriaan.


1 Comentário:

rosamajid said...

salam akak..

Saya setuju dengan akak..Senyum boleh menjadikan kita awet muda. Jadi jangan beratkan mulut kita untuk senyum. Senyum adalah penyeri wajah kita. Selamat senyum semua:)

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO