LUAR BIASA HEBAT DENGAN SIKAP "TETAP LAPAR, TETAP BODOH"
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang telah memberi keluangan dan kesempatan untuk saya menulis, berkongsi ilmu sekaligus saling belajar antara saya dan pembaca.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang tetap sudi menjenguk blog yang hampir bersawang sesudah sekian lama tidak dikemaskini. Saya bersyukur dan gembira dengan sambutan terhadap blog ini. Meskipun semakin kurang, tetapi kunjungan tidak pernah putus daripada peminat tegar.
Secara terus terang, masa untuk mengemaskini blog ini semakin terhad. Kesibukan semakin menunjangi kehidupan yang semakin hari semakin kompleks. Permasalahan hidup sudah menjadi semakin sukar. Beban kehidupan semakin berat. Amanah semakin membukit.
Saya percaya, sahabat juga begitu. Justeru, saya dapat merumuskan bahawa kekuatan tenaga positif yang mampu menangani apa jua cabaran kehidupan. Dan dengan kekuatan tenaga positif tersebut saya meringankan hati dan jari untuk menaip setiap butir kata. Tidak lain, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan Allah jua.
Saya rindu untuk berkongsi ilmu, maklumat dan pengalaman yang diceduk dari beberapa buku dan program yang pernah saya tekuni. Sekadar permulaan, apa kata kita menerobos tujuan kewujudan kita sebagai makhluk ciptaan Tuhan. Jika sains banyak mengkaji ‘bagaimana sesuatu itu terjadi?’, maka kajilah ajaran agama tentang ‘apa tujuan sesuatu itu terjadi?’.
Sebenarnya, kita sering terlupa tujuan sebenar kita dijadikan. Sebagaimana pengertian ‘manusia’ yang berasal dari kata ‘nasi’ yang bermaksud lupa. Justeru definisi manusia itu menjerat diri kita sendiri. Kita dibawa arus kelalaian, kelupaan, keduniaan, keseronokan dan pelbagai arus kebejatan yang lain. Langsung kita tenggelam ketika merunduk bah tersebut, mengasingkan kita dari makhluk yang berjiwa besar dan berminda hebat.
Manusia ialah sebaik-baik makhluk ciptaan Tuhan, Saya dan sahabat mampu melakukan pelbagai perkara yang luar biasa. Sedihnya, kita sering melihat kehebatan itu pada diri orang lain, tidak pada diri kita menyebabkan kita mudah menyerah kalah sebelum bertarung dengan keupayaan sendiri. Barangkali mitos yang biasa kita tuturkan ialah ‘sudah nasib aku begini’ atau ‘ini sahaja yang termampu aku lakukan’.
Hidup ini terlalu singkat, jadi berikan yang terbaik!
Setiap apa yang saya tulis, itu adalah untuk saya. Setiap apa yang saya fikir, itu adalah untuk saya. Setiap apa yang saya buat, itu adalah untuk saya. Jadi, bagaimanakah hidup yang saya pilih?.Bagaimana pula hidup yang sahabat pilih?
Ketika saya membaca buku ‘Menjadi Pemimpin Super’, saya tertarik dengan satu saranan yang diutarakan penulis, Beliau menyarankan kita menjadi orang yang “Tetap Lapar, Tetap Bodoh”.
Orang lapar adalah orang yang sentiasa mensyukuri nikmat sesuap nasi. Orang lapar sentiasa tabah dalam menghadapi segala cabaran. Orang lapar sentiasa berusaha keras demi mencapai kehidupan yang lebih baik.
Orang bodoh biasanya tidak mempunyai perasaan syak wasangka. Orang bodoh biasanya bersikap terbuka pada perkara-perkara baru. Orang yang merasa dirinya bodoh akan sentiasa belajar dan terus sahaja mempelajari pelbagai ilmu baru.
Selamat menjadi manusia yang luar biasa hebat dengan sifat “Tetap Lapar. Tetap Bodoh”.
InsyaAllah, moga dapat berkongsi dan saling belajar di lain masa.
InsyaAllah, moga dapat berkongsi dan saling belajar di lain masa.
4 Comentários:
Saya mengalu-alukan sahabat untuk meninggalkan link sahabat atau apa sahaja link yang boleh dikongsikan.
Salam kak..betul2,saya memang sentiasa menanti post baru drpd akak..:) selamat berjuang akak..
tetap menjadi 'orang yang lapar dan bodoh' dalam erti manusia yang luar biasa hebatnya..wassalam.
slm. lama saya tak dtg sini.
'bodoh dan lapar'?
hmmm saya suka 'lapar' tu. Tp 'bodoh' tu saya kurang setuju. Kalau bodoh, kita menerima saja. Tapi kita seharusnya bersikap kritikal terhadap apa juga maklumat baharu yg kita terima. Kita bersikap terbuka untuk menerima tetapi harus menilai maklumat tersebut. Apa perumpamaan yg sesuai? hmmm...
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment