Monday, August 18, 2008

BIJAK DENGAN BERFIKIR MUDAH


Sebahagian orang berfikir, orang-orang yang cerdas adalah mereka yang dapat membentangkan sesuatu hal secara kompleks dan susah difahami oleh orang lain. Pada pandangan saya perkara ini tidak benar. Apabila pemahaman seperti ini dibiarkan berada dalam sebuah organisasi, ia tentu bergerak dengan lambat dan menjadi kompleks. Ahli takut membuat keputusan, sukar melihat sesuatu dengan jelas dan kerumitan-kerumitan dalam pekerjaan sehari-hari semakin banyak.


Dalam dunia ini, kita dapat membezakan dua jenis orang yang bijak, yang pertama adalah mereka yang sekadar bijak sahaja. Kedua, adalah mereka yang bijak dan mewujudkan kesan yang luar biasa. Contoh orang seperti ini ialah Albert Einstein yang bukan sekadar pintar, malahan menciptakan sesuatu yang luar biasa iaitu teori relativitinya. Einstein mampu membawa kesan yang besar melalui rumusan yang mudah dan dapat difahami orang ramai iaitu E = mc2.


Begitu juga tokoh-tokoh besar yang lain. Adam Smith menjelaskan mekanisme pasaran dengan konsep invisible hands, Sigmund Freud menerangkan tentang konsep diri manusia dengan id, ego, dan super ego. Mereka berupaya menjelaskan pemikiran secara fokus dan mengabaikan hal-hal lain yang menjadikan sesuatu itu kompleks.


Kita juga mengenal pemimpin-pemimpin negara yang berfikir secara mudah. Bill Clinton mengajukan konsep Reinventing the Government atau mencipta semula pemerintahan. Pemimpin Costa Rica iaitu Jose Maria Figueres memperkenalkan IT Cluster. Margaret Thatcher melaksanakan program penswastaan dan Mikhail Gorbachev pula popular dengan konsep Glasnost dan Perestroika. Semua pemimpin besar ini menghadapi situasi yang kompleks sewaktu zaman pemerintahan mereka tetapi mereka mampu mengambil langkah-langkah yang kreatif dengan cara-cara yang mudah. Dengan tindakan itulah, para pengikut memahami dan menyokong mereka.


"Mempermudahkan itu sentiasa dapat membantu manusia bekerja dengan lebih cepat"


Kita mampu melakukan kawalan dengan lebih mudah apabila bertemu dengan sesuatu yang jelas. Apabila semua orang jelas dengan apa yang mereka perlu dilakukan, maka setiap kerja menjadi mudah dan mampu dilakukan dengan lebih cepat dan cekap.


Dalam kerja berkumpulan, kejelasan itu begitu penting supaya setiap orang dalam kumpulan tugas mereka saling melengkapi serta membantu satu sama lain. Apabila tidak ada kejelasan dan ahli-ahli kumpulan tidak tahu apa yang dilakukan sesama mereka, mungkin ada yang membuat kerja yang sama, membuat kerja berulang kali dan melakukan kesalahan yang sama berulang kali tanpa menyedarinya. Waktu habis begitu sahaja dan kerja tidak juga selesai. Maka, semua orang dalam organisasi mesti jelas dengan fungsi, bidang kerja dan tanggungjawab masing-masing.


"Memudahkan sesuatu yang kompleks membantu orang bekerja dengan lebih bijak. Dengan memudahkan perkara yang rumit, kita lebih mudah dapat melihat mana yang penting dan mana yang tidak penting."

4 Comentários:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt..

Simplyfying the complicated=Genius
I do agree with this.
But sometimes I'd think that making simple things complicated also has numerous advantages and not all people can think like this. What I really mean is elaborating simple points to complicated one, so that people can understand well.
However "bijak dengan berfikir mudah" is needed in DOING while making simple things complicated is nedded in THINKING. Otherwise our world will be upside down. Complicated in THINKing, interpret it as simple DOINGS. ^_^
Wallahua'lam.

Ibnurashidi said...

Salam..

Kadang2 berfikir mudah boleh menghilang kualiti...

Anonymous said...

waalaikumussalam

terima kasih kepada khairaummah dan ibnurashidi. saya positif dgn pandangan kalian.

berfikir mudah ada kalanya lebih baik. Complicated juga ada kalanya lebih baik. pada pandangan saya semuanya bergantung kpd situasi. first, fahami gelagat orang lain mahupun organize jika kita seorang organizer.

namun berfikir mudah bukan berfikir remeh..cuma mencari alternatif yang paling mudah dalam senarai alternatif.

mudah namun efektif dan efisyen daripada komplicated tapi lambat dan mendatangkan masalah.

saya teringat sabda Rasulullah,,

mudahkan urusan kamu, jgn susahkan..
sedangkan dalam doa kita akan mengucapkan..

ya allah..mudahkanlah urusan kami.
sememangnya manusia suka yang mudah.

sedangkan fasilitator juga disebut sebagai pemudah cara..bekerja sebagai seorang yang memudahkan aktiviti kelompok. di mana2 urusan semua orang nak mudah. di pejabat pos, balai polis, balai bomba, balai raya, jalan raya, bank2, jabatan2 kerajaan, semua orang nak urusan mudah...

selamat menjadi 'pemudah'

Anonymous said...

untuk mendapat ilmu berfikir mudah ni kena pandai menilai suasana dan situasi sebelum 'fikiran mudah' mengambil tempat.

berfikir mudah ni lebih pada problem solving since banyak melibatkan hal-hal complicated dan problem...

untuk memudahkan banyak perkara di dunia is not just think it simple. it's even more than that. trust me, when the times comes, kita mampu menadah tangan ke langit berdoa, "Ya Allah, permudahkanlah urusanku"..

anyway, is a nice article to read. sorry for bad comment, but saya suka bg komen, huhu

salam ziarah..

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO