'KELIRU' PUNYA CERITA
Saya yakin anda dalam situasi bagus dan hebat sekali. Kalau tak luar biasa bagus pun, tentu bagus.? Kalau tak hebat sekalipun tentu hebat. Dan saya percaya ramai antara anda yang amat baik, bukan setakat baik!. Saya pula, ntahlah..keliru.
Entri saya sebelum ini, ‘Zon Selesa, Sampai Bila’ ada menyentuh tentang monolog diri saya ‘Saya mahu hidup, bukan hidup-hidupan. Apa beza hidup, apa itu hidup-hidupan?.
Satu soalan mudah. Apakah perbezaan antara ‘makan’ dengan ‘makan-makan’, beza antara ‘bermain’ dengan ‘main-main’, ‘buat’ dengan ‘buat-buat’, begitu juga dengan istilah ‘jalan’ dengan ‘jalan-jalan’. Satu perbezaan yang paling ketara walaupun istilahnya sama tapi bila jadi berganda, bezanya pada ‘MATLAMAT’.
Jika kita makan bermaksud kita makan dengan matlamat mengenyangkan dan memberikan tenaga bagi meneruskan hidup. Begitu juga bermain bola memberi maksud bermain dalam satu perlawanan dengan matlamat menjaringkan gol dan menang. Namun, kalau sekadar bermain-main, buat-buat, jalan-jalan, makan-makan seolah-olah seperti melakukan aktiviti sambilan, tiada matlamat, tiada kesungguhan dan mungkin sekadar mengisi masa kelapangan. Main-main je..buat-buat je..alah, jalan-jalan…uhh, saya tambah keliru!
Bagaimana dengan hidup kita? Adakah hidup atau hidup-hidupan? Adakah hidup kita terarah kepada sesuatu matlamat yang jelas lagi bersuluh ataupun sekadar mengikut rentak semasa dan rutin harian kebiasaan?.
Saya sebenarnya masih keliru dengan self management saya ketika ini. Saya rasa masih berada dalam zon selesa. Benar, saya bukan lagi di alam perjuangan mahasiswa dengan semangat juang darah muda. Bukan ‘hidup mahasiswa’ sahaja laungan juang saya. Kini saya berdepan dengan komuniti jiran tetangga yang pelbagai rupa, masyarakat berbilang bangsa dan agama yang meronto-ronta minta dihidupkan hati mereka, kaum keluarga yang perlu dipelihara, golongan remaja dan belia yang semakin ‘menyinga’ menunjukkan belang krisis moral, bapa-bapa, ibu-ibu, makcik-makcik, anak dara jiran sebelah rumah berpeleseran tanpa panduan, belum lagi sasaran dakwah dalam lrt, shopping compleks, sekolah-sekolah, kolej swasta dan entah di mana lagi yang dihambat dosa maksiat tidak sudah-sudah. Ohh..saya keliru.
Hebat di kampus bukan bermakna kita akan turut hebat di gelanggang masyarakat. Untuk mengekalkan setitik istiqomah itu sangat sukar, penuh mujahadah walhal itulah amalan yang disukai Allah. Saya keliru mencari kembali identiti diri bergelar pendakwah, saya rungsing jika tidak berfikir apa-apa dan berbuat apa-apa untuk merencanakan sesuatu buat masyarakat sekeliling saya.
Adakah saya sekadar berblog? Cukupkah dakwah saya hanya sampai pada mereka yang sering malayari blog saya walhal yang melayari blog saya kemungkinan hanya orang yang sememangnya faham Islam. Ah, takkan remaja yang memakai baju tidak cukup kain berminat melawat blog seorang yang bergelar Ustazah-Engineer. “‘Engineer’ boleh tahan lagi, ‘Ustazah’ pulak tu!, gerun aku! Mungkin begitu bentak mereka.
Namun, saya masih bersyukur. Saya masih memiliki kekuatan untuk meneruskan ‘kerjaya’ saya yang telah sedia diacu di zaman tarbiyyah kampus lagi. Cuma, saya masih belum berpuas hati dengan apa yang sedang saya lakukan. Kelebihan dan keistimewaan yang Allah anugerahkan masih belum dioptimumkan sebaik mungkin. Risau jika dikatakan hamba yang tidak bersyukur. Cemburu melihat sahabat-sahabat nabi yang berlumba-lumba menyumbangkan apa yang ada pada diri mereka untuk menegakkan Islam. Belum lagi diceritakan tentang sifat Tajarrud Abu Bakar yang dijawab dengan “Cukuplah aku meninggalkan Allah dan Rasul untuk mereka”.
Saya sangat keliru, adakah saya Ber BLOG atau GOBLOG! Menulis pandai, buat tidak mahu!
4 Comentários:
Ana rasa gitula... mmg sekadar berblog... sekadar memberi tahu kot... apa guna perkongsian tanpa respon... maaf sekadar peringatan...
terima kasih kalam bicara terhadap 2 komen anta sebelum ini utk entri2 ana yg ini dan sebelumnya. maaf, teringin nak explore blog nta lebih lanjut lagi tapi tiada kelapangan setakat ini. sibuk sedikit.
takpe, kita buat sekadar yang termampu utk berdakwah. Islam itu luas dan saluran dakwah itu banyak. namun kita sebagai hambaNYA semestinya memperbanyakkan usaha dan amal. itulah yang ana rungsingkan dan fikirkan. banyak lagi yg mampu kita lakukan tetapi kita tidak lakukan...
Barangkali kita terlalu mudah memberi alasan, "inilah yang aku mampu" walhal kita belum cukup usaha mengeluarkan seoptimum mungkin kemampuan kita.
kemungkinan tarbiyyah kita masih belum cukup mantap. untuk peringatan bersama...
moga2 kita tak jadi golongan yg bertopengkan tak MAMPU , padahal kita tak MAHU . Ini kerana golongan yang tidak berusaha utk MAMPU , masih lagi dikira golongan tak MAHU. Apapun , marilah sama berusaha menuju MAMPU. Kerna itulah bukti bahawa kita MAHU.
Thanks Bu Nurhidayah Jaafar.
sukses ya..!!
Post a Comment