MOTIVATOR TERBAIK!
Assalamualaikum. Apa khabar anda hari ni? Saya akan terima macam-macam jawapan. Okey...atau.. okeyla...Mungkin juga, baik atau Hermm...baik. Kalau anda jawab okey dan baik dengan confident, saya yakin anda dalam situasi cemerlang bagus. Tapi kalau okeyla...hermm baik, sila cari semangat semula.
Dalam suka, elok jugak kita ingat derita supaya kita tak terlalu lupa diri. Dalam derita elok jugak kita ingat detik-detik gembira supaya kita tak lupa nikmat TUHAN. Takkanlah tak pernah berasa bahagia, tak pernah berasa gembira sekalipun dalam hidup. Mustahil. Mesti ada.
Dalam masa hidup, ingat-ingat jugak saat kematian. Orang yang ingat mati tak tergamak dia buat perkara yang tak tentu. Kita ni jadi tergamak buat perkara yang tak tentu sebab tak perasan mati sedang mengintai. Tengah buat, kalau ingat maut boleh datang tiba-tiba tak akan tergamak.
Anda pernah nampak orang tunggang motosikal accident lalu mati, terlentang mayat di atas jalan raya?. Kalau anda pengguna jalan raya yang setia, saya percaya anda pernah terjumpa, pernah tengok, kadang-kadang pernah jadi penyebabnya. Betul tak?
Agak-agak orang yang meninggal di atas jalan raya, dia tahu tak yang dia bakal tak bernyawa lagi hari tu? Takkan tahu punya. Kalau dia tahu, dia tak tunggang motosikal hari tu. Tak usahkan nak tunggang motosikal, nak keluar pun taknak. Sebab dia tahu maut menanti.
Tapi dia keluar jugak, tunggang motosikal jugak. Begitulah maut 'juruintai' yang tak pernah lalai. Tiba masanya dia datang, dia datang.
Suatu hari saya pernah dalam perjalanan, rasa jammed semacam. Biasalah highway tu jam, tak hairan dah. Tapi hari tu jammed semacam, sebab accident, sebuah lori melanggar sebuah motosikal akibat hujan lebat. Meninggal, di situ jugak. Macam mana saya tahu dia meninggal?. Tubuh dah tak berkuit dan orang ramai dah tutupnya dengan surat khabar.
Dalam hati, Ya Allah, takutnya. Giliran kita entah bila. Nabi kata, orang yang paling cerdik orang yang paling banyak ingat mati. Maut atau kematian adalah antara motivator terbaik manusia. Ya, sungguh!. Ingatlah mati, kita tak tergamak buat perkara yang tak tentu.
Saya akhiri entri santai dan nak cepat hari ni dengan satu kata-kata motivasi.
"Biar pendiam tapi berisi daripada bising menyusahkan orang. Biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang". Orang arang ini adalah hitam yang menghitam orang lain pulak. Macam arang...dahla hitam, bila sentuh abis semuanya berjangkit menghitam. Jadi, mari kita tetapkan matlamat bermula hari ini, jangan jadi macam orang arang yang hitam dan turut menghitamkan orang lain.
3 Comentários:
Assalamualaikum,
ramai manusia berpendapat begitu, tapi mati bukan menyelesaikan. manusia takkan dapat mengubah manusia, cuma Al-quran yang dapat mengubahnya. wasalam
Saya suka dengan blog ustazah ni..mula2 tertarik sebab namanya ustazah engineer sebab bidang yang sama... tapi bagus juga jadi engineer manusia.. entry nin buat saya berfikir... saya linkan ustazah di blog saya..
Assalamualaikum,mohon keizinan untuk di linkkan blog.Usah jadi seperti arang kerana hitamnya ia dapat menghitamkan orang lain,namun jadilah seperti arang kerana sifatnya yang sanggup bekorban demi kesejahteraan arang lain.
Ambillah stiap kebaikan yang ada pada arang untuk berda'wah,dan jadikanlah keburukan yang ada padanya sebagai sempadan.
http://warkahraudhah.wordpress.com/
Post a Comment