JANGAN DOA SAJA!
Alhamdulillah, dengan izin-NYA kembali juga saya sebagai mujahidah cyber lalu mengatur rentak tari jari jemari ini di atas papan keyboard. Yup, menukilkan sesuatu buat manfaat kita bersama. Saya baru kebah daripada demam hampir 2 minggu, badan masih lemah, minda seperti perlu ditekan-tekan untuk berfikir, makan pun tak lalu tapi tak kisahla..yang penting tidur tetap lena.
Agak menongkah dagu begitu lama saya di hadapan PC, "Ape ye yang boleh dikongsi hari ini, buntu!, Ah..hentam sajalah."
Apa yang kita usaha, kita akan dapat. Ya, percayalah. TUHAN beri kita kudrat untuk pilih antara baik dengan buruk. Kita nak buat buruk, kita boleh. Tapi semua perbuatan buruk kita akan diberikan balasan dosa atau neraka dan perbuatan baik kita diberikan balasan pahala atau syurga. Memang kita boleh pilih sendiri.
Takkan kita nak kata, "Dah memang TUHAN tentukan aku jahat, maka jahatlah aku. Sudah memang TUHAN tentukan aku masuk neraka, nerakalah aku. Kan nak buat baik atau buat jahat tu kita yang pilih? Macam tu jugak nak berjaya atau nak gagal, kan kita yang pilih, kita yang tentukan apa yang kita nak buat, apa yang kita nak jadi? Kalau kita pemalas, degil, individualistik, tak nak berusaha kemudian gagal, kan tu salah kita sendiri? Takkan kita nak kata salah TUHAN pulak!" Eh, Mana boleh!
Maka itulah, saya yakin bahawa semua yang kita lakukan dengan betul strateginya, bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal, kita akan dapat kejayaan. Sebaliknya kalau kita lakukan sesuatu sambil lewa, nak tak nak memang kita akan gagal. Kalau berjaya pun berjaya yang tak semena. Jadi, janganlah TIDAK-TIDAK!
Kenapa saya kata begitu? Sebabnya setiap awal tahun ramai yang mula membuat azam baru. Bulan Ramadan pun begitu juga. Masing-masing nak buat perubahan sepertimana kelebihan Ramadan itu sendiri, mendidik diri agar lebih bertakwa dan dekat dengan ALLAH. Maka macam-macam yang kita azamkan sempena Ramadan ini. Nak buat itu, nak buat ini. Tapi bila berakhirnya universiti Ramadan, tak tahu apa yang dicapai. Sekadar syok sendiri orang kata.
Kenapa? sebab tak bersungguh-sungguh. Kalau bersungguh-sungguh, betul perbuatannya, pasti berjaya dengan izin Allah. Sebab itu saya katakan, kita masuk ke dalam bulan Ramadan ini seperti kita masuk ke sebuah universiti. Kita berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya bergelar graduan dengan segulung ijazah takwa yang tinggi nilai kualitinya. Ijazah takwa inilah yang bakal menentukan kejayaan kita dalam 'kerjaya' sebagai hamba-NYA.
Tengok orang kafir, kenapa mereka boleh berjaya sangat? Sebab mereka berusaha luar biasa, jauh lebih kuat daripada kita. Kita letakkan insya-ALLAH dulu sebelum berusaha. Sepatutnya insya-ALLAH di belakang. Ni belum apa-apa, "Insya-ALLAH, aku bakal berjaya." Sepatutnya, "Aku pasti berjaya, insya-ALLAH!" baru betul.
Contoh lain, "Ustazah-engineer boleh datang usrah esok?"
"Err..insya-ALLAH lah."
Bakal tak datanglah besok. Sebab insya-ALLAH dulu. Memang tak nak datang. Lebih-lebih dengan 'err..err..dan perkataan 'lah' di belakang. Orang yang betul-betul dia sebut. "Ya, aku pasti datang, insya-ALLAH." Jawapan dia padu, keras, tegas, yakin dan memang dia nak datang dan dia akan usahakan agar betul-betul datang. Kan berbeza tu.
Kita perlu ada imiginasi cemerlang supaya semua yang kita inginkan menjadi nyata. Semua yang kita capai, akan kita betul-betul gapai. Usaha dulu kemudian berdoa dan akhir sekali bertawakkal. Jangan bertawakkal dulu, usahanya kemudian atau usahanya tak seberapa, doanya yang lebih. Mana ada jalan? Sekuat mana kita doa, sekuat itulah kita usaha. Pasti berjaya, insya-Allah.
"Tak ada kerja yang tak mempunyai masalah, tapi masalah yang paling besar ialah apabila tak ada kerja."
Maka, saya ingin mengajak diri saya dan anda bekerja. Jom cari kerja! Paling penting bekerja sebagai jurutera manusia dan arkitek masyarakat, membangun dan membina ummah ini dengan rekabentuk senibina dan landskap ISLAM yang cukup indah.
Salam Ramadan dari saya. Maaf di atas keterlanjuran kata.
1 Comentário:
Benar, sebab itu konsepnya begini bukan begitu.
USAHA+DOA+TAWAKKAL=BERJAYA
Post a Comment