BACALAH KAMU SEBELUM KAMU DIBACAKAN! Belajarlah bagi mereka yang belajar, bekerjalah bagi mereka yang bekerja. Dan hari ni apa agendanya? Kalau tiada apa-apa agenda, apa kata kita baca buku. Jangan terhenti setakat satu buku sahaja, membaca perlu berterusan.
‘The beauty of reading will only be known by those who love books’.
Ramai orang tidak pandai menulis. Tak semua orang mampu menghasilkan buku. Tak pandai menulis, jadi pembacanya pun jadilah. Kaedah menimba ilmu zaman sekarang, tak ada lain kecuali membaca dan belajar. Itu sahaja caranya, membaca dan belajar.
‘Sikit ilmu kalo, jauh belakang dulok ada’ (loghat India).
Membaca jambatan ilmu. Kita realitikan bahawa bangsa kita bukan bangsa malas membaca. Kita buktikan , kita orang Islam bukan pemalas. Dahlah kerja malas, membaca pun malas. Apa nak jadi ni?
‘Baca buku penyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat. Kenapa susah sangat nak baca buku?. Bukankah buku penuh khasiat’
Bagi mereka yang bergelar pemimpin, garapkan ilmu kepimpinan dengan membaca. Pembacaan membangunkan pemikiran pemimpin yang mampu melihat dan menilai senario semasa akan dunia kepimpinan. Bagaimana hendak membina pemikiran jika otak tidak dituntun untuk berfikir dan bagaimana hendak berfikir jika tidak membaca. Lagenda pemimpin yang popular akhirnya lahir sebagai penulis buku dan sudah tentu penulis asalnya ialah seorang pembaca.
‘Good Leaders are Readers’
1 Comentário:
Assalamualaikum, akak...
ana tertarik dengan kata-kata hikmah dalam posting ni..ana mohon izin untuk ambil ye?teruskan menulis..hanya untuk islam..hanya kerana Allah..
Post a Comment