Tuesday, October 28, 2008

BUKAN AKU CEMBURUKAN MAWI & IKIN

[link berita 1]
[link berita 2]
[link berita 3]


Bukan aku cemburukan Mawi dan Ikin
Isu perkahwinan mereka dijaja melata


Bukan aku cemburukan Mawi dan Ikin
Perkahwinan di sponsor RM 4 juta


Bukan aku cemburukan Mawi dan Ikin
Hantaran membuka mata merobek rasa


Bukan aku cemburukan Mawi dan Ikin
gelaran‘The wedding of the year’ konannya


Bukan aku cemburukan Mawi dan Ikin
Berita kahwin gegak gempita satu Malaysia


Oh Mawi,
Gadis di luar sana berteriak duka dan ceria
Artis si jantung hati kini berdua
Malah ada gadis yang berprasangka
‘seronoknya andai aku yg empunya’
Bisik mereka melayan rasa


Oh Ikin,
Kononnya kamu menjadi ikon si gadis
Keberuntungan memiliki teruna itu
Yang kaya raya jutawan segera
Hantaranmu dari segenap pelusuk dunia
Dari Jordan, Mesir, malah Syria


Oh Astro,
Tiada lain bahan hiburan yang kau pentaskan
Tiada lain medium dakwah yang kau persembahkan
Kepada ummah akhir zaman
Kau perosak mentaliti remaja belia
Makcik pakcik atok nenek terbuang masa
Menonton media yang kau jajakan
Atas tiket populariti insan


Dulu Yusri dan Erra menggegar Malaysia
Bercerai berai duka nestapa
Siti dan Datuk K menyusul pula
‘Wedding of the year’ katanya
Mawi dan Ikin pula membibit ceria
Ceria sang peminat menunggu masa
Ceria sang wartawan merencana berita
Ceria gossip kian bermaharajalela


Inilah dunia perkahwinan artisku
Bercinta bagai nak rak
Berkahwin berarak
Beranak bersorak
Bercerai jadi bahan borak-borak


Inilah dunia perkahwinan artisku
Sarat hedonisme dan sekularisme
Perkahwinan suatu kemegahan
Menjadi pementasan dan bahan hiburan
Pembaziran tak ketentuan
Al-Quran sekadar hantaran


Keranamu mawi…keranamu ikin…keranamu Astro
Kerja dakwahku kian bertambah
Sedarkan ibu, sedarkan ayah
Ingatkan jiran sebelah rumah
Jua masyarakatku yang hampir goyah
Bahawa perkahwinanmu bukanlah sunnah

6 Comentários:

Unknown said...

kesian masyarakat kita - dilanda ombak bernama mawi

kesian kita - terpaksa tingkatkan usaha menyedarkan mereka yang mawi bukannya TUHAN

kesian mawi - diperalatkan oleh astro entah dengan sedar atau di luar sedar

Anonymous said...

betul tu kakchik

mawi dan jadi idol dari semua peringkat masyarakat. kanak-kanak, remaja, belia, makcik pakcik, atok nenek semua meminati mawi. kalau diambil yang baik saje tak ape,,masalahnya diambil semua..

dulu dia menjadi ikon dakwah yang baik, itu saya ada sedikit setuju..tapi sekarang, mungkin perlu difikirkan..susah nak mencari ikon dikalangan artis

Unknown said...

dah tak sesuai kot mawi sbg ikon dakwah skrg ni.

nasib baik keluarga kakchik tak terkena badai mawi ni... na'uzubillah.

moga2 dia mendapat kesedaran.

nahwanNur said...
This comment has been removed by the author.
nahwanNur said...
This comment has been removed by the author.
nahwanNur said...

salam kak,

sebenarnya saya dari dulu tak berapa setuju dengan mengidola kan artis, sebabnya, budaya yang diorang bawa tu banyak menghalal kan cara, walau kadang nampak seakan akhlaknya baik sedikit berbanding biasa, tapi derang tetap berkompromi dengan hedonisme. Kadangkala saya melihat tu seperti memperkecilkan syariat, yang mahu dan selesa ambil, tapi yang rasa berat di tinggalkan dengan alasan pelbagai alasan yang umum lihat seperti 'islami'. ini bisa menimbulkan kekeliruan pada umum terutamanya mereka yang tidak berapa faham tentang islam yang syumul.

'ya allah, tunjukkan lah yang benar itu benar, agar aku mengikutinya, dan tunjukkanlah yang batil itu batil supaya aku meninggalkannya...amiin'

p/s: akak mungkin tak cemburukan mawi dan ikin. tapi tentu cemburukan nahwan bukan? sahih! hehe

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO