RE-ENGINEERING ORGANISASI (1): FENOMENA TERPENCIL
“Kenapa saya tak rasa lagi kemanisan dalam berorganisasi?” satu persoalan timbul dalam kolam hati mahasiswa si pecinta Islam. Fenomena 'hilang kemanisan' hanya satu fenomena terpencil.
Sejak semalam saya berfikir tentang perasaan yang membelenggu hati pecinta Islam tersebut. Saya kagum dengan orang sebegini. Otak ligat berfikir jika berlaku sesuatu yang tidak kena, mengkaji masalah dan selesaikan masalah. Bukan menjadi aktivis organisasi yang menimbulkan masalah, tidak menyelesaikan masalah, dan meninggalkan masalah seiring dengan dirinya yang meninggalkan organisasi.
3 Jenis Pemain Organisasi
Pada pandangan saya, ketika berlaku fenomena ‘hilang kemanisan’ ini, kita akan temui 3 jenis pemain di gelanggang aktivis organisasi. Pemain pertama, meninggalkan organisasi dan membiarkan ia mati. Pemain kedua, mereka ‘mati’ bersama matinya organisasi itu. Pemain ketiga, mencipta perubahan sehingga organisasi itu hidup semula.
Maka pilihlah, anda ingin menjadi pemain di posisi mana dalam gelanggang. Pilihlah ingin menjadi pemain pertama, kedua atau ketiga. Anda boleh pilih, ingin menjadi raksasa yang merosakkan atau ultraman yang menyelamatkan. Yang penting, jangan menjadi seperti superman kerana superman memakai seluar dalam diluar (maksud saya, superman kurang professional dalam hal tertentu).
Salah Melihat Reformasi
Apabila fenomena ‘hilang kemanisan’ ini timbul,
Sudah menjadi rutin organisasi, apabila fenomena ini timbul, maka setiap pimpinan organisasi mula membuat ‘round table discussion’. Duduk semeja bersama pimpinan lain membincangkan ‘apa yang tidak kena dengan organisasi kita’. Maka timbullah beberapa pandangan antaranya kepimpinan yang tidak kuat, sabotaj di tengah jalan, sistem komunikasi yang lemah, masyarakat yang tidak menyokong, tidak telus menegur, tiada komitmen daripada semua dan pelbagai lagi isu yang berlegar dibenak fikiran pimpinan sehingga berlaku fenomena ‘hilang kemanisan’ itu. Barangkali kita menyangka fenomena itu timbul kerana masalah dalaman organisasi seperti yang diutarakan tadi.
Walhal kita terlupa berfikir siapakah yang memberikan rasa kemanisan itu. Adakah kerja buat kita selama ini berada dan lingkungan keberkatan dari Allah, Tuhan yang memberikan rasa kemanisan itu. Tiada merasai kemanisan ertinya tiada merasai iman. Tiada merasai iman maka hilanglah keberkatan.
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Apapun, kembali kepada tarbiyyah.
Kita sering menganggap reformasi atau perubahan sebagai menyusun semula organisasi iaitu mengubah bentuk organisasi. Sebenarnya, tujuan perubahan adalah mengubah manusia, bukan mengubah organisasi. Apabila manusia tidak berubah, organisasi tidak mungkin berubah. Kemahiran kita sudah ada, pengetahuan tentang ruang lingkup organisasi kita sudah ada, sistem pembangunan organisasi pun sudah ada. Maka, apa lagi yang kurang? Berfikirlah tentang sesuatu yang dinamakan ‘Sikap’!.
Konklusinya, fikirkanlah apakah perubahan yang boleh dibuat terhadap manusia dalam organisasi itu sebelum merubah organisasi.
2 Comentários:
Salam kak nurhidayahku,
quot; 'Bermain tak mengapa, jangan bermain-main'.
ada seorang kenalan yang menyatakan persoalan sikap ni kak, katanya, setiap pilihan kita itu berdasarkan apa, keperluan atau kepuasan? kalau kata keperluan itu untuk agama, kepuasan itu untuk nafsu. Nafsu yang bukan tidak baik, tetapi terlalu menginginkan kebaikan sehingga lupa soal keperluannya pada agama ALLAH swt.
erm, jom kita fikir hero islam seantero dunia pula (asyik duk pk ultraman yg pakai baju ketat @ superman yang seluar dalamnya di luar), yang berjaya mencipta suatu organisasi bertamadun dan berjaya seperti umar abdul aziz, salehuddin al-ayyubi dan sebagainya.
Wallahua'alam
yelah adikku sayang intan payung..
akk turut mengkagumi salehuddin Al-ayubi, Umar ibn aziz, Muhammad Al-Fateh dan beberapa pimpinan
Islam dahulunya. aset kepimpinan berharga yang mereka miliki iaitu 'taqwa' takutkan Allah.
kita menyoroti jua kepimpinan rasulullah dan para sahabat sehingga piagam madinah itu terbentuk, maka kita akn dapati tabiat perjuangan ini sama, ada mehnah, ada tribulasi, ada usaha dan ada jua risiko. Itulah sunnah kepimpinan pejuang.
akk cuma menjadikan ultraman sekadar analogi sahaja. cuba kita lihat ditelevisyen, pelbagai versi ultraman telah dihasilkan. setiap musin, ultraman bertukar-tukar, ada byk jenis dan nama ultraman. namun, jalan cerita ultraman tetap sama, ada org yang memcetuskan kejahatan, selepas itu raksasa datang, skuadnya bertukar menjadi ultraman, dan melawan raksasa sehingga bunyi 'tiittt,tiitt,tiitt' sebagai tanda masa ultraman bertugas sudah hampir tamat dan dengan kuasa yang semakin power, raksasa mati dibom ultraman. Setiap musim jalan cerita sama cuma ultraman berbeza.
begitulah jalan cerita kepimpinan. Setiap musim atau sesi akn ada perubahan kepimpinan dari satu generasi ke satu generasi. pelbagai bentuk dan watak kepimpinan akan dilihat, seperti ultraman yg pelbagai jenis dan watak. namun, tabiat dan jalan cerita kepimpinan tetap sama. Ada susah, ada senang, ada risiko, ada mehnah, ada musuh dan akhir kepada jalan cerita tersebut cuma ada dua, Islam menang atau kita syahid!
maka jadilah kepimpinan pejuang.
Ramai yang ingin menjadi pejuang dalam kepimpinan, tetapi tidak ramai yang mampu bengkit apabila ditimpa cabaran.
Post a Comment