GELENG-GELENG, PUSING-PUSING, KEPALAKU PENING!
Sejak kebelakangan ini dan harap-harap tak la jadi sampai kehadapan pulak, satu persatu berita tentang gejala sakit jiwa dan otak generasi muda sekarang ini. Memikirkan gejala sakit jiwa dan otak mereka membuatkan jiwa dan otak saya juga turut sakit. Bukan berita yang hanya terpampang di dada dan isi perut akhbar tersebut, malah berita-berita terkini lagi sensasi yang berlaku di sekitar masyarakat kampungku…
Baru-baru ini, saya mendapat berita yang bukan menyayat hati tapi yang menyiat-nyiat hatiku yang sudah semakin hilang wibawanya dek ke’blur’an tak tahu nak buat ape lagi dah. Oh, adik program dan usrah remaja bawah kendalian saya dah selalu hilang tak balik-balik rumah. Tak tahu tido kat mana. Katanya, bercinta dengan orang Indon Pak! Dipergunakan atau sudah kena ubat guna-guna. Wa’Allahu a’lam. Ape? Pak Indon umurnya hampir 40-an.? Aduh pak! Waduh-waduh, pusing-pusing, kepalaku pening! Kalau dah sampai acukan pisau pada mak ayah memberontak, apa masalahnya tuh? Hari tu dengar anak murid belasah guru, sekarang remaja dah mula nak belasah mak ayah.
Kot depa ni dok ikut lirik lagu ni ka?
Oh, mama…
Aku mahu kawin,
Kawin dengan siapa…
Dengan siapa saja…
Tapi kok dengan pak indon seh? Geleng-geleng, pusing-pusing, kepalaku pening
Apa nak buat ni ustazah-engineer?
Buat tak tau! Yup, inilah yang kau selalu buat! Buat tak tahu.
Inilah yang kita sering buat! Buat tak tahu.
Selalu buat tak tahu. Bila datang masalah camni, baru rasa serba salah..
Baru nak ngomplain..mak ayah tak amik beratla, cikgu kat sekolah tak pandai mengajarla, pengaruh TV terlebih sudah la, laman web lucah la..tapi ape yang kita dah buat? Buat tak tahu?
Cepat bertindak! Remaja sekelilingmu semakin kontang jiwa mereka.
Semua dah naik sekarang ni.
Minyak naik, barang naik, remaja pun naik. Naik minyak!
Yang turun...pak lah sorang jer...
But, cmne nak stat agenda dakwah kita nih?
Macam kata Nabil Raja Lawak…Lu pikir la sendiri!
2 Comentários:
"Geleng-gelengla sambil fikir..atau geleng kerana berzikir.."
Kedua-duanya manfaat..
memang remaja sekarang dah makin susah nak kita dekati.
percakapan mereka: pakwe-makwe, handphone, shopping, sms, chatting, bosan, ikut aku le, buang masa... antara yang kakchik dengar dari pengunjung library tempat kakchik kerja.
tegurlah mereka secara ramah... tanya pasal sekolah, exam, apa yang diorang buat kalau masa cuti, sembang-sembang insya-Allah mereka lebih mudah, terbuka untuk lebih dikenali.
Post a Comment