NISA’ CIRCLE: MENGGAMIT KENANGAN CAMPUS CIRCLE
Adakah hari ini gelombang motivasi saya berada di tahap Alpa, arus gelombang yang tenang dan cemerlang atau delta dan gamma, arus gelombang penuh kemunduran? Oh, saya bersemangat untuk bekerja dan bergerak kerja hari ni, lontaran semangat yang melonjak dan kembali membugar selepas berakhirnya usrah malam tadi.
Dengan berkonvoi 4 kereta ke rumah Ei iaitu tempat kami berusrah, saya mula menggamit kenangan demi kenangan bersama sahabat-sahabat sekampus dahulu. Usrah, halaqah dan tamrin
Sejak dalam kereta dan tempoh perjalanan ke rumah Ei, saya sudah rasa akan tarbiyyah usrah. Mencabar . Pertama, saya berdepan dengan cabaran kepenatan bekerja ditambah dengan cabaran kesabaran menanti sahabat, juga cabaran ke rumah Ei yang saya rasakan seperti ke tempat tamrin dan paling utama, cabaran daripada leteran emak setelah anaknya pulang hampir lewat malam. Tak terlintas diminda saya ‘semua itu adalah masalah’. Saya positif menganggap ‘semua itu cabaran’. Cabaran itu seakan-akan memberitahu kami bahawa jalan perjuangan ini berliku-liku.
“kita mulakan usrah kita malam ni dengan ummul kitab, Al-fatihah…”. Jelas suara Ei membuka tirai wacana minda haraki malam tadi.
Sejak dari mula saya belajar untuk beradab dengan majlis ilmu, mulakan Al-Fatihah dahulu dan akhiri majlis dengan surah yang memperingati tentang masa, Al-Asr. Namun, paradigma saya berpendapat, realiti usrah itu bukan semasa majlis usrah berjalan antara Al-Fatihah dan Al-Asr itu, tetapi realiti usrah itu bermula dengan Al-Asr dan berakhir dengan Al-Fatihah. Realiti usrah itu ialah setelah berakhirnya majlis usrah sehingga bersua lagi pada usrah akan datang. Realiti usrah ialah apa yang kita realisasikan di luar daripada usrah.
Satu perkara yang terkesan dan saya ingat hingga kini. Pernah suatu ketika saya lewat ke usrah pimpinan lajnah tarbiyyah kampus. Sudah terfikir dibenak fikiran saya, “Ah, sure kena denda la ni!”. Saya mengambil posisi kedudukan dan Adik Mat, pengerusi usrah mula bersuara, “ana minta kepada yang lewat untuk sama-sama membaca 3 Qul, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.” Hukuman yang cukup memberi tamparan di pipi ala sepoi-sepoi bahasa. Membaca 3 Qul bermaksud, ada syaitan yang merajai diri sehingga disiplin untuk menepati masa tidak ditunaikan, maka bacalah 3 surah tersebut mohon terhindar dari godaan jahat syaitan. Hukuman nampak lembut tapi sangat malu sendiri, “Lemahnya iman saya, banyak betul setannya”, getus hati.
Semasa menjadi nakibah, acapkali saya menetapkan usrah sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi. Saya tak salahkan adik-adik usrah jika mereka mengantuk semasa usrah kerana tidak cukup tidur, saya tak menilai rendahnya kualiti kekuatan mereka berusrah hanya kerana minda buntu untuk melontarkan idea jam 3 pagi, malah saya tak marah jika mereka terlewat bangun kerana kepenatan bergerak kerja, yang paling penting komitmen mereka untuk hadir. Itulah nilai kekuatan mereka pada penerimaan saya. Komitmen yang melambangkan kesungguhan untuk mendidik diri.
Berjuang itu susah, namun kesusahan itulah merupakan keindahan. Mendapat keredhaan ALLAH bukan mudah, namun kesudahan kepada keredhaan ALLAH ialah kemenangan yang hakiki di ‘hari esok’. Bila rasa susahnya berjuang, di saat itulah kita rasakan bahawa kita berada di jalan yg betul kerana Rasulullah dan sahabat turut susah-susah dahulu.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
4 Comentários:
Assalamualaikum...
bertapa ku cemburukan kalian. Namun ku tahu salah ku jua atas kelemahan diri dan ketidakmampuan diri untuk menghadiri.
Apapun, 1st thing 1st, alhamdulillah my task that night successfully completed. InsyaALLAH lepas ni hamba akan datang jika tiada urusan pengajian itu menjengah dan menuntut lebih perhatian dalam masa yang sama.
Ala kullihal, syukran for this entry that really burn my enthusiastic in this new halaqah ^__^
Al Balad:4.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah"
;-)
Sememangnya kemanisan usrah itu hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang duduk di dalamnya.
Jalan-jalan perjuangan ini lebih terang dengan adanya jemaah yang ditarbiyah.
Sukar untuk dinafikan....
assalamualaikum...
utk nahwan...
i tak marah pun u xdtg usrah...but i very terkilan..really.
anyway, akk memahami & belajar utk memahami walaupun sukar coz..
i really luv u so much my sis...
oppss sori..pengakuan terbuka! saje nak dpt feel lebih.
for pendekar, it's true!
Allah memang mnciptakan manusia berada dalam susah payah agar manusia akn kembali kepada-Nya, bergantung harap kepada-Nya dan menyedari akn kekerdilan diri.
buat ms rizal
syukron selalu menjenguk ke blog saya. InsyaAllah saya akn buat link blog anta nanti. ya, tarbiyah itu penting. pentingnya tarbiyah yang holisme (syumul)..
Post a Comment