MESTI KUAT WALAU KURUS SEPERTI SAYA
Saya mulakan tulisan saya dengan satu soalan, “Siapakah orang yang paling kuat?”
Mungkin ada yang mengatakan seorang ahli bina badan yang terkuat sekali. Mungkin juga ahli angkat berat. mungkin juga seorang yang mempunyai ilmu pertahanan diri itulah yang terkuat. Jika ditanya kepada budak-budak pra-sekolah, mungkin jawapan mereka ultraman, atau wonderpets.
Soalan saya yang kedua, “Bagaimana dengan solat Subuh anda hari ini?”
Sebenarnya, orang yang terkuat adalah orang yang mampu bangun pada waktu Subuh untuk menunaikan solat Subuh secara berjamaah. Jawapan yang lucu pada pendengaran sesetengah orang. Mungkin jawapan ini tidak masuk akal bagi sesetengah yang lain. Sebenarnya inilah jawapan yang paling tepat dalam konteks kehidupan seorang mukmin sejati.
Lihatlah hakikat kehidupan anda. Anda akan saksikan waktu Subuh adalah waktu yang paling berat untuk dihadapi. Sesetengah orang sanggup membuang selimutnya untuk tuntutan pekerjaan dan kehidupannya tetapi tidak sanggup pasrahkan dirinya kepada ALLAH pada awal pagi, pada saat kita amat memerlukan TUHAN kita untuk menghadapi hari-hari yang entah bagaimana itu. Hari-hari yang penuh kabut dan kalut.
Sekuat manapun diri kita, kalau tangan tidak bertenaga untuk mengangkat dan melemparkan selimut yang cuma sekilo itu, kita bukanlah kuat tetapi manusia yang amat lemah dalam mengendalikan diri kita sendiri. Mengapa kita ghairah dan kuat bangkit untuk menunaikan tuntutan hidup, tetapi tidak kuat untuk sekadar mengangkat takbir, melakukan gerak tubuh sebanyak dua rakaat itu sahaja, padahal dalam sehari entah berapa ratus kali kita menggerakkan tubuh kita, malah hingga berpeluh-peluh dan begitu letih sekali, tetapi untuk Subuh berjamaah tidak berupaya kita laksanakan. Apakah kita tidak berasa pelik? Atau ini fenomena biasa bagi manusia zaman mutakhir ini?.
Tuntutan kita sebagai muslim bermula pada awal pagi. Pada waktu begitulah rezeki dan rahmat menjadi murah. Burung terbang awal meninggalkan sarangnya untuk mencari nafkah yang melimpah. Semut-semut tidak pernah berhenti berusaha. Demikian juga semua haiwan lain yang melata di muka bumi ini.
Bagaimana kita mahukan keberkatan dalam hidup sedangkan perintah dari TUAN PUNYA keberkatan tidak kita hiraukan? Apakah kita sudah berasa cukup kuat untuk hidup bersendiri?. Apakah kita rasa cukup terjamin untuk menjalani kehidupan kita dengan meraih rezeki-rezeki yang belum pasti, yang sentiasa berada di tangan ALLAH itu?
Lihatlah makhluk lain yang begitu akur dengan kehidupan mereka. Dengarlah kokokan ayam pada awal Subuh. Sejak dahulu, sejak berzaman lagi, haiwan ini tidak pernah ponteng melakukan tugas mereka mengejutkan kita dari tidur. Kokokan yang panjang, sayu dan syahdu tetapi kita tetap juga angkuh. Dan pada saat yang sama kita terus mengaku kitalah yang termulia, kitalah makhluk yang terhebat dan terkuat, kitalah yang termulia, kitalah segala-galanya. Hakikat yang sebenarnya, ayamlah terlebih dahulu bangkit menunaikan tanggungjawab daripada kita. Kita yang mengaku memiliki minda yang cemerlang dan mempunyai akal yang berfikir rupanya gagal dalam peraduan dengan ayam.
Untuk siapakah laungan azan itu? Untuk ayam, untuk kambing, untuk burung, untuk kerbau, atau untuk kita semua? Sudah tentulah untuk kita kerana kitalah yang bernama manusia, kitalah yang terpintar, terhebat dan terkuat. Kitalah yang memiliki akal 1,000,000,000,000 neoron.
6 Comentários:
Memang benar sekali. Walau badan gagah macamana pun kalau imannya nipis, selimut nipis pun tak larat nak alih...
Alangkah baiknya kalau kita dapat bangun lebih awal daripada Subuh.
Orang yang gagah adalah orang yang bisa menahan marah..Betul tidak ustazah?
salam..
** betul betul betul...kalam min upih..epin ;)
setuju dgn statement tu.
wlpun kecik cili padi ke..
besaq cam dinosorr ke..
must and compuleri to be STRong person.. no matter how size..berat dan kepelbagaian laa yg nk diukuq.
tpi..IMAn ni.. xleh nk diwarisi.. even anak tok guru ke.. sheikh.. ustzah au alim ulamak.. coz it depends back to ourself..
cmne kite hadapi live.. kita lalui.. evertin ada kaitn dgn family a bit and surroundingss..
ups.. ayat tidak begitu kususun rapi..ehehe..
ala kullihal... sama-sama kita maintennnn IMAN.AMAL. moge kita sama-sama dok pkiaq how to improve not how to bersenanag lenang je..huhu..
jadilah seperti benih yg leh idup di mana-mana.. campak di bumi mana pun.. kite dpt stand to be ourself pluss baja IMAn..hati dgn baik.. insyaallah..sama-sama pesan memesan..
asif min ana..
wallahu'alam...
assalamualaikum...
kecil besar, kurus gemuk, semuanya tetap terletak pada hati dan iman. Itu yang ALLAH pandang dan di timbang kelak. walau saya tak sekurus akak, walau kita berbeza, namun setiap manusia ada kekuatan yang ALLAH beri untuk memperkasa iman sehinggalah ajal menjengah.
as behalf of u sis, izinkan sy jawab persoalan ms rizal, na'am, bisa menahan marah juga merupakan kekuatan, istiqamah dalam ibadah juga menunjukkan kekuatan, menahan nafsu itu juga menunjukkan manusia itu kuat, dan banyak lagi.
namun di sini, kita melihat kepada 'tiang' kepada agama kita dan merupakan kewajipan bagi manusia. perihal solat. dan lebih spesifik kpd solat subuh kerana telah ALLAH sendiri tekankan betapa beratnya solat subuh ini sehinggakan di dalam laungan azan terdapatnya peringatan tentang musuh subuh iaitu tidur.
'Sesungguhnya jika bilangan makmum solat subuh seramai makmum ketika solat jumaat, nescaya agama islam itu tidak mampu di perlekehkan oleh sesiapa pun dan tertegaknya syiar ini dengan megah di bumi ALLAH swt'
wallahua'lam
mantop! 4 ur all.
Rabiatul adawiyyah seorang ahli ibadat pernah berkata:
"Aku tidak pernah berasa jemu dan letih untuk beribadat, kerana yang letih itu adalah jasadku bukan jiwaku." (lebih kurang bunyinya)
Namun, walau kecil besar, gemuk dan kurus, penting utk jaga kesihatan bukan? Kerana kesihatan membuka ruang dan jalan untuk kita beribadah seoptimum yg mungkin.
Salaams,
what abeautiful piece of writing. I admire your style. it is true, to pray humans need extra strenghts to do that, unless the real pious one. Pray for me to be included in that category.
May I link your blog to mine? Thanks...
Post a Comment