Tuesday, January 13, 2009

BOIKOT BERSTRATEGI



Memahami Dasar Pemboikotan

Dalam apa-apa tindakan kita sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh lari daripada kerangka dasar yang mengikat kita, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Justeru, tindakan kita memboikot barangan produk Yahudi dan sekutunya Amerika merupakan suatu yang dituntut oleh Islam. Imam al-Bukhari telah meletakkan satu subtopik dalam kitabnya, Sahih al-Bukhari:

بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ

Maksud: Bab berjual beli dengan orang-orang musyrikin dan mereka yang memerangi Islam.


Di dalamnya, al-Bukhari merekodkan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Abi Bakr:

كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - ثُمَّ جَاءَ رَجُلٌ مُشْرِكٌ مُشْعَانٌّ طَوِيلٌ بِغَنَمٍ يَسُوقُهَا فَقَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « بَيْعًا أَمْ عَطِيَّةً أَوْ قَالَ أَمْ هِبَةً » . قَالَ لاَ بَلْ بَيْعٌ . فَاشْتَرَى مِنْهُ شَاةً

Maksud: Sesungguhnya kami duduk bersama dengan Nabi s.a.w. kemudian datanglah seorang lelaki Musyrik yang rambutnya kusut masai dan panjang dengan seekor kambing yang dia gembala. Maka Nabi bertanya: “(Adakah kambing ini) Dijual atau diberikan?” (atau perawi syak; adakah ia hadiah?) Dia menjawab, “Tidak, bahkan dijual.” Maka, Nabi pun membeli daripadanya seekor kambing. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 8, hlm. 196, No. Hadith: 2216)


Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkah bertransaksi dengan orang-orang yang memerangi Islam, telah menyatakan: “Telah sepakat orang-orang Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan Ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Kerajaan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang-orang Kafir, selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram. Tetapi tidak harus untuk seorang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang-orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.” (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478)


Perlu difahami bahawa, hukum asal berurusniaga dengan orang-orang kafir (termasuk yang memerangi Islam) adalah harus dengan syarat barangan itu halal di sisi Islam. Ia menjadi haram sekiranya keuntungan dan manfaat dari transaksi itu digunakan untuk memerangi Islam sama ada secara langsung atau tidak. Justeru, pemboikotan barangan Amerika dan Yahudi pada hari ini sangatlah bertepatan, kerana mereka sangat memberi komitmen kewangan kepada negara Yahudi, ISRAEL. Ia sesuatu yang tidak boleh disangkal!

3 Comentários:

lelucon said...

ya boikot, apatah lagi kalau boleh menguntungkan perniagaan umat Islam. Banyak produk-produk keluaran orang Islam dan tempatan tidak dapat sambutan, sbb masyarakat dah acapkali dimomokkan dengan barangan ber'jenama' dan konsep 'ada jenama ada kualiti'. Bukan setakat boikot, kalau terus tak nak beli barangan/francise dari luar pun takpe, sbb kita dah ada banyak pilihan di negara kita. Beli barangan tempatan dan keluaran orang Islam. cap 'gombak' pun berkualiti apa. kan? .... :)

Anonymous said...

terima kasih kerana bersetuju dengan saya..

cuma saya terfikir sejauhmana usaha boikot ini boleh menghentikan tindakan zionis terhadap umat islam. adakah ia suatu tindakan yang benar2 pragmatik?

saya menantikan saat itu, di mana semua pemimpin Islam bersatu dan umat islam yg lainnya bersatu untuk matlamat yang juga satu. Iaitu mengembalikan kalimah tauhid Lailaha illa allah di seantero bumi yg terdapat umat Islan di dalamnya.

lelucon said...

hmmm kalau ikut logik, mmg zionis tak terjejas sangat (jgka pendek). Tapi mungkin kita boleh tengok dari sudut lain - bgmana boikot ini boleh menyatukan umat Islam - Di Malaysia parti politik, NGO dan orang Islam bersatu buat demo. PPIM pula bergabung dgn persatuan di negara Islam lain utk selaras boikot. Ini satu pencapaian yg baik juga

:)

Post a Comment

RE-ENGINEERING OF ISLAMIC BUILDING © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO